jam pintar di bawah
Foto: drobotdean - www.freepik.com

Peranti pintar kini telah menjadi sebahagian daripada komponen penting dalam kehidupan seharian kita. Selain telefon pintar, penggunaan jam pintar kini semaki popular di kalangan pengguna.

Selain dapat memberikan pelbagai informasi masa berguna, ia juga mampu menjadi penyimpan data dan pemerhati bagi aktviti haria seperti senaman, degupan jantung dan juga kualiti tidur.

Jadi tidak hairanlah mengapa ia bertambah popular terutamanya di kalangan generasi muda dan berkerjaya. Dengan populariti yang semakin meningkat tersebut menyaksikan pelbagai jam pintar dari bermacam jenama muncul di pasaran.

Malah kini ia telah terbahagi kepada beberapa kategori yang terdiri daripada premium dan juga mampu milik. Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa jam pintar pada harga paling berpatutan yang boleh anda jadikan sebagai rujukan.

FITBIT VERSA LITE EDITION

Seleksi Smartwatch Yang Berpatutan Boleh Didapati Di Pasaran 

Jenama yang sudah terkenal dan cukup berpengaruh terutama di kalangan kaki fitness di seluruh dunia. Fitbit Versa Lite Edition mampu mengesan data aktiviti kecergasan sepanjang hari. Selain itu, ia juga mempunyai kemampuan untuk memantau kadar degupan jantung selama 24 jam sehari. Baterinya boleh tahan sehingga empat hari dengan penggunaan yang kerap.

IKLAN

AMAZFIT BIP SMARTWATCH

Seleksi Smartwatch Yang Berpatutan Boleh Didapati Di Pasaran 

Jam pintar jenama dari Amerika Syarikat ini popular kerana ketahanan baterinya yang lama. Dengan satu caj penuh sahaja ia boleh bertahan sehingga sebulan. Binaan dalaman GPS membolehkan ia mengesan setiap langkah anda lakukan. Selain itu ia menawarkan 4 mode sukan berbeza. Notifikasi e-mel, SMS dan juga laman media sosial juga turut disokong.

BACA: Beberapa Rutin Senaman Mampu Besarkan Otot Bisep & Trisep

IKLAN

SKYGRAND UPDATED 2019 VERSION

Seleksi Smartwatch Yang Berpatutan Boleh Didapati Di Pasaran 

Jika mencari jam pintar yang lebih ringkas dan tidak terlalu rumit, inilah jawapannya. Antara ciri menarik ialah pemerhati tidur yang bukan sahaja merekodkan data tetapi melakukan kiraan kualitinya. Salah satu perkara paling menarik tentangnya ialah tempoh masa pengecasan yang sekejap iaitu dari satu hingga dua jam sahaja. Ia juga jam pintar kalis air dengan rating ketahanan IP68.

YAMAY

Seleksi Smartwatch Yang Berpatutan Boleh Didapati Di Pasaran 

IKLAN

Jam pintar yang sesuai untuk pengguna Android dan juga iOS ini mempunyai ciri-ciri yang tidak kurang hebatnya dengan jenama lebih besar. Selain mempunyai Fitness Tracker ia juga dilengkapi pedometer heart monitor bagi memerhatikan kualiti tidur.

GOZHEEC

Seleksi Smartwatch Yang Berpatutan Boleh Didapati Di Pasaran 

Satu lagi jenama yang menawarkan harga cukup berpatutan. GoZheec merupakan jam pintar yang sesuai digunakan oleh semua lapisan umur dan jantina. Ia menyokong pelbagai ciri-ciri kercergasan seperti Fitness Tracker dan Sleep Monitor. Ia juga menyokong peranti yang menggunakan Android dan juga iOS.

Buat anda yang ingin dapatkan jam pintar berpatutan seperti di atas, boleh dapatkannya di sini.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI