Amat menyedihkan kerana ramai lelaki yang cukup memandang remeh dan tidak mengambil berat tentang bau yang ada pada badan mereka.
Malah tidak menghairankan masih ramai lagi lelaki selesa tampil di pejabat atau pun di majlis-majlis rasmi tanpa sebarang haruman atau perfume pada badan.
Tahukah anda selain penampilan yang kemas dan personaliti diri di antara perkara yang mampu membuatkan seorang wanita tertarik kepada seorang lelaki adalah bau yang harum?
Di sinilah pemilihan dan cara menggunakan minyak wangi atau perfume dengan betul memainkan peranan yang sangat penting!
Bagi sesetengah lelaki pula mereka anggap hanya perlu lakukan semburan di beberapa lokasi badan sahaja sudah mencukupi. Tapi sebenarnya tip dan cara untuk buatkan perfume lebih tahan lama lebih daripada itu.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa tip bagaimana anda boleh buatkan bau perfume lebih tahan lama dan bau lebih mengancam!
Ads
1.
Pilihlah perfume yang berkualiti tinggi. Jangan kedekut untuk melabur sedikit bagi mendapatkan perfume yang berkualiti.
Tidak kurang juga untuk anda pilih minyak wangi yang mempunyai kandungan alkohol yang rendah, kerana alkohol boleh mengurangkan kebolehcapaian bau.
2.
Ramai yang lakukan kesilapan ini selepas itu hairan kenapa bau tidak tahan lama. Ingat, jangan semburkan wangian terlalu dekat dengan kulit.
Semasa melakukan semburan pegang botol semburan kira-kira 20 ke 30 sentimeter dari kulit. Dan lakukan semburan itu titik-titik nadi seperti belakang telinga, leher, pergelangan tangan dan juga siku.
3.
Salah satu lagi cara untuk buat perfume lebih tahan lama dan wangi ialah dengan menyapu losyen atau minyak badan sebelum melakukan semburan. Kulit yang lembap dapat membantu mengekalkan bau wangian lebih lama.
Ads
Foto: czechandspeake.com
4.
Ini juga satu lagi kesilapan besar yang ramai orang lakukan. Selepas melakukan semburan jangan menggosok kawasan tersebut.
Menggosok hanya akan memecahkan molekul minyak wangi lalu boleh mengurangkan kebolehcapaian bau.
5.
Semasa anda memakai pakaian semburkan sedikit perfume pada pakaian anda dari jarak kira-kira 20-30 sentimeter.
Ingat, wangian yang disemburkan pada kain akan tahan lebih lama daripada wangian yang disemburkan pada kulit. Tapi usahlah terlalu banyak pula ya.
Ads
6.
Simpan botol wangian anda di tempat yang sejuk dan kering seperti dalam almari atau laci. Hindari meletakkan botol di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari.
Ini kerana cahaya matahari boleh merosakkan perfume. Dan perfume yang rosak akan hilang kekuatan baunya.
7.
Jangan sembur terlalu banyak wangian. Menggunakan terlalu banyak wangian tidak hanya menjadi terlalu kuat dan tidak enak, tetapi juga mengurangkan kebolehcapaian bau wangian itu sendiri.
Dalam dunia perniagaan, kejayaan sering kali dikaitkan dengan latar belakang pendidikan dan pengalaman luas dalam sesuatu industri. Namun, bagi lelaki ini, perjalanan mencipta empayar makanan dan minuman (F&B) bukanlah satu laluan yang mudah.
Malah, ia penuh dengan cabaran, bukan hanya dalam dunia perniagaan tetapi juga dalam kehidupan peribadi. MASKULIN mempersembahkan MAN OF THE MOMENT edisi Februari 2025, Aizuddin Khalid, seorang usahawan yang membuktikan bahawa kesungguhan dan visi jelas mampu mengatasi segala rintangan.
Merupakan Pengarah Urusan Kay’s Steak & Lobster, sebuah jenama restoran yang semakin kukuh dalam industri F&B tempatan, ada kisah di sebalik usahanya membina jenama ini. Sebelum menceburi bidang F&B, beliau terlebih dahulu mecipta kerjaya dalam dunia perbankan dan pelaburan.
“Selepas saya habis belajar di Australia, saya sertai industri perbankan dan pelaburan dalam tempoh tiga hingga empat tahun. Tapi selepas itu saya ambil keputusan untuk buka bisnes.
“Masa tu, bila difikirkan saya rasa F&B paling senang untuk dimulakan. Itulah yang ada dalam fikiran saya ketika itu,” jelasnya yang sebenarnya berdepan lebih banyak cabaran dalam membina perniagaan ini.
Tanpa pengalaman dalam industri makanan dan minuman, setiap perkara terpaksa dipelajari dari bawah. Namun, itulah yang membentuk perjalanan kejayaan Aizuddin dan Kay’s Steak & Lobster sehingga ke tahap sekarang.
Sehingga kini, jenama ini sudah memiliki empat cawangan di Lembah Klang dan dalam perancangan untuk berkembang sehingga ke Johor Bahru serta Pulau Pinang menjelang Mei 2026 dengan konsep baharu.
PENGALAMAN BERHARGA
Setiap kejayaan pasti ada kisah jatuh bangunnya. Salah satu pengalaman paling berharga buat Aizuddin adalah ketika menjadi pemandu syarikat e-hailing, Grab.
“Pada masa itu saya buat Grab untuk tampung income peribadi dan keluarga. Sebab income restoran saya tak kacau dan saya laburkan sepenuhnya ke dalam perniagaan – beli peralatan, buat pemasaran. Dan pada masa tu juga saya tak ambil gaji, semuanya untuk kemajuan restoran,” ujarnya.
Keputusan untuk mengutamakan perkembangan perniagaan walaupun dalam keadaan peribadi yang sukar membuktikan mentaliti seorang usahawan sejati.
Keberanian ini akhirnya membuahkan hasil apabila Kay’s Steak & Lobster kini berkembang pesat dengan lebih 100 kakitangan dari pelbagai latar belakang.
Menguruskan restoran bukan sekadar menyajikan makanan enak, tetapi memastikan konsistensi rasa dan servis terbaik diberikan kepada pelanggan.
“Bila buat F&B, makanan kena konsisten. Bila pelanggan datang, mereka mesti dapat rasa dan kualiti yang sama di semua cawangan.
“Jadi risiko paling besar adalah konsistensi makanan. Apa yang kami lakukan adalah menetapkan SOP ketat dan menggunakan dapur pusat (central kitchen) yang dikendalikan oleh staf terlatih,” jelasnya.
Selain itu, nama juga memainkan peranan penting dalam membina jenama yang kukuh. Pada mulanya, restoran ini menggunakan nama lain tetapi kurang mendapat perhatian. Pada tahun 2017, nama Kay’s Steak & Lobster dipilih untuk menampilkan jenis perniagaannya dengan lebih jelas selain nama tersebut melambangkan huruf depan nama arwah bapanya.
FALSAFAH KEJAYAAN
Sebagai seorang yang berlatar belakang dalam perbankan dan pelaburan, Aizuddin melihat perniagaan dalam perspektif yang lebih analitikal.
“Untuk membuat untung dalam perniagaan, kita kena tahu semua angka kita. Kedua, kita kena kerja lebih kuat dan cari jalan bagaimana meyakinkan orang ramai tentang produk dan servis kita,” ujarnya.
Malah, inspirasi terbesar beliau dalam hidup datang daripada arwah bapanya sendiri.
“Arwah bukan seorang ahli perniagaan, tapi dia ada karakter yang sangat baik. Dia seorang yang sangat people person, tak berkira dengan orang dan sentiasa buat sesuatu dengan sehabis baik. Itu yang saya pegang dalam hidup dan perniagaan,” tambahnya.
Kay’s Steak & Lobster bukan sekadar menawarkan makanan, tetapi juga pengalaman kulinari premium dalam suasana selesa. Antara menu paling popular ialah Beef Wellington, yang pada asalnya hanya diperkenalkan sebagai menu bermusim, tetapi kini menjadi hidangan tetap kerana permintaan tinggi.
Selain itu, restoran ini juga terkenal dengan menu istimewa sempena perayaan seperti Nasi Lemak Lobster untuk bulan Ramadan dan hidangan khas untuk Aidilfitri.
INSPIRASI & PERJUANGAN MENGHADAPI THALASEMIA
Di sebalik kejayaannya sebagai usahawan, ramai yang tidak tahu bahawa Aizuddin juga menghidap Talasemia, sejenis penyakit genetik yang menjejaskan kualiti darah dan memerlukan pemindahan darah setiap bulan.
Namun, bagi Aizuddin, penyakit ini tidak menjadi halangan untuk mencapai impiannya.
“Saya ambil langkah untuk bekerja sendiri kerana lebih fleksibel untuk menjalani rawatan. Nasihat saya kepada mereka yang mempunyai kondisi seperti saya, jangan ada rasa rendah diri dan jangan biarkan ia menghalang anda daripada melakukan apa yang anda mahu,” katanya.
Malah, Aizuddin telah membuktikan bahawa pesakit Talasemia masih boleh hidup normal, berkahwin dan memiliki keluarga. Anak beliau kini disahkan sebagai pembawa Talasemia, namun masih dalam keadaan sihat dan perlu memastikan pasangannya bukan pembawa penyakit yang sama pada masa hadapan.
INSPIRASI BUAT GENERASI BAHARU
Kisah perjalanan Aizuddin Khalid dalam membina empayar Kay’s Steak & Lobster membuktikan bahawa kejayaan bukanlah sesuatu yang datang bergolek. Ia menuntut pengorbanan, kecekalan, dan keinginan untuk belajar dari setiap kegagalan.
Dari seorang yang bergelumang dalam dunia kewangan dan perniagaan, kepada pemandu Grab, seorang penghidap Talasemia hingga menjadi seorang usahawan berjaya, kisah beliau memberi inspirasi kepada ramai lelaki di luar sana untuk terus mengejar impian.
“Saya masuk F&B tanpa pengalaman memasak, sebab itu saya cari mereka yang pakar dalam bidang ini. Kena ada pasukan yang kuat dan semangat yang sama. Dalam perniagaan, kena sentiasa terbuka untuk belajar dan tak boleh cepat berpuas hati.”
Dengan segala halangan, cabaran serta falsafah perniagaan yang dibawanya, tidak hairanlah Aizuddin Khalid kini dianggap sebagai di antara figura usahawan muda yang cukup disegani di dalam industri F&B tempatan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
PENGGUNAAN VIT E CREAM 1,000IU LEBIH SESUAI UNTUK KULIT NORMAL DAN TIDAK TERLALU KERING.
Sesuai digunakan untuk sesiapa yang berumur 20+ kerana kandungan vitamin yang ada di dalamnya tak terlalu tinggi mengikut pH kulit. Jika kulit berminyak dan berparut, boleh guna Vit E Cream 1000 iu dgn syarat mesti guna Tea Tree Oil
Facial Cleanser setiap hari dan Tea Tree Oil Purifying Mask setiap minggu utk kurangkan minyak.
UNTUK KULIT ULTRA KERING, KUSAM SERTA MATANG, KAMI SARANKAN GUNA VITAMIN E CREAM 3,000IU.
Ia sesuai digunakan untuk sesiapa yang berumur 30+ kerana kandungan vitamin di dalamnya tinggi dan sangat sesuai bagi yang sudah berumur kerana pH kulit makin berkurangan mengikut umur..
kedua-duanya boleh digunakan pada waktu siang dan malam..
VITAMIN E CREAM INI JUGA MEMBANTU UNTUK MEMUDARKAN PARUT JERAWAT.
Kulit berminyak tidak sesuai gunakan kedua-dua item di atas. Jika ingin pudarkan parut boleh gunakan, TETAPI perlu sapu di bahagian yang berparut SAHAJA dan pakai pada waktu malam. Pantau keadaan kulit selepas penggunaan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selain daripada digunakan untuk berkumur dan memastikan mulut anda tidak berbau. Listerine juga ada beberapa lagi kegunaan lain yang bagus dan efektif yang anda tak pernah tahu.
Di sini MASKULIN kongsikan 10 cara kegunaan lain Listerine yang boleh anda amalkan.
1. Hilangkan Bau Busuk Pada Ketiak Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak. Listerine mampu menghilangkan bau tengik ketiak anda dan memberikan bau yang lebih segar.
2. Hilangkan Kegatalan Akibat Gigitan Serangga Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam.
3. Membasmi Kuman di Mangkuk Tandas Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas pun berbau wangi.
4. Membantu Hilangkan Kelemumur Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine ke atasnya. Urut Listerine ke seluruh bahagian rambut hingga terasa sejuk. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut. Lebih jimat daripada bayar rawatan kelemumur di salon.
5. Menghilangkan Kutu di Bulu Haiwan Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut.
6. Membersihkan Muka yang Berjerawat Sapukan sedikit Listerine ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Hebatkan!
7. Membasmi Kuman di Berus Gigi Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah boleh gunakan tanpa was-was berus gigi anda!
8. Bersihkan Skrin TV atau Monitor Komputer Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata.
9. Hilangkan Bau Busuk di Dalam Tong Sampah Tong sampah di rumah jika berbau boleh ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.
10. Melegakan Masalah Kaki Anda Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat.
Ini antara beberapa cara lain penggunaan Listerine. Bolehlah anda cuba. Kalau tak rajin nak cuba, beli jugalah Listerine tu untuk berkumur.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.