Gaya Hidup

Sempena Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia McDonald’s Raikan Dengan Nama ‘Mekdi’

Share

Buan Ogos dan September sememangnya cukup istimewa di hari rakyat Malaysia. Inilah bulan di mana kita semua rakyat Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan dan penubuhan negara tercinta, Malaysia.

Jalur gemilang berkibar megah di serata pelosok negara menandakan jiwa-jiwa patriotik yang mekar di hati anak bangsa.

Begitu juga dengan badan-badan korporat yang tidak ketinggalan memperkenalkan cara mereka tersendiri bagi meraikan sambutan Hari Merdeka dan juga Hari Malaysia.

Sebagai sebuah jenama restoran makanan segera terkenal, McDonalds telah memperkenalkan keunikan cara mereka tersendiri untuk meraikan identitinya di kalangan rakyat Malaysia.

McDonald’s Malaysia turut meraikan 37 tahunnya sebagai syarikat Malaysia dengan menerima pakai nama panggilannya, Mekdi.

BACA: Tip Posing Bergambar Untuk Foto Lebih Menarik, Baru Dapat Banyak Like

PANGGILAN WARGA TEMPATAN

Sebagai sebuah simbolik unik sebuah papan tanda ‘Mekdi’, iaitu panggilan warga tempatan bagi ‘McD’, dipamerkan di cawangannya di Bukit Bintang. Cawangan tersebut merupakan yang McDonald’s pertama dibuka di Malaysia pada tahun 1982.

“Sepanjang 37 tahun lalu, rakyat Malaysia telah membantu membangunkan jenama McDonald’s Malaysia seperti yang dikenali hari ini.

“Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan mereka, kami telah memutuskan untuk menerima pakai nama panggilan mesra Mekdi yang diberikan kepada kami.

“Di mana ianya kini sinonim dengan jenama kami,” kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai.

HIDANGAN ISTIMEWA MALAYSIA

Dalam meraikan Bulan Kebangsaan, McDonald’s Malaysia menyambut segala yang berkaitan Malaysia dengan memperkenalkan Nasi Lemak McD, hidangan kegemaran ramai rakyat Malaysia dalam versinya tersendiri.

Hidangan itu disajikan lengkap dengan nasi bersantan yang wangi, ikan bilis rangup, timun segar dan telur goreng, berserta sambal pedas. Pelanggan juga boleh merangsang selera mereka dengan menambah Ayam Goreng McD dan secawan Teh Ais Limau.

Menyedari populariti Nasi Lemak di kalangan rakyat Malaysia, McDonald’s Malaysia juga memulakan petisyen di seluruh negara di laman web Change.org supaya Nasi Lemak diiktiraf secara rasmi sebagai hidangan kebangsaan Malaysia dengan sasaran mengumpul 1 juta tandatangan menjelang Hari Malaysia (16 September).

IKLAN