Pernah tak anda tertanya mengapa Instafamous gambar-gambar mereka selalu sahaja menyerlah. Setiap posting pasti mendapat jumlah like dan komen yang sangat tinggi.

Tolak tepi spam iklan perniagaan di ruang komen, foto-foto mereka sebenarnya dihasilkan dengan menggunakan teknik tertentu. Sebab itulah nampak sangat cantik.

Jangan ingat perempuan sahaja yang suka bergambar ya. Pada zaman sekarang lelaki juga tidak kurang hebat bila bab melaram. Tak hairanlah semakin ramai Instafamous di kalangan lelaki.

Anda juga mesti nak tahu apa rahsia mereka. Jom MASKULIN bantu anda selongkar tip bergambar untuk dapat jumlah lebih banyak like dan follower.

SUDUT BAIK

Tip Posing Bergambar Untuk Buat Foto Lebih Menarik, Baru Banyak Like

IKLAN

Buat apa kalau handsome tapi gambar tak menarik. Antara faktor utama untuk nampak lebih mengancam dalam gambar ialah dengan mengambilnya pada sudut yang baik. Sebagai contoh jika anda ingin kelihatan lebih tinggi ambillah dari sudut bawah. Anda dan tukang ambil gambar haruslah sentiasa berkomunikasi dengan baik juga.

BACA: Awas Bila Berswafoto Di 5 Negara Ini, Anda Mungkin Langgar Undang-Undang!

FAKTOR CAHAYA

Tip Posing Bergambar Untuk Buat Foto Lebih Menarik, Baru Banyak Like

IKLAN

Pada masa kini kamera telefon pintar sudah menghampiri kualiti kamera digital yang berharga mahal. Jadi masalah pengcahayaan itu tidak lagi menjadi masalah sebenarnya. Namun jika anda tak menggunakan teknik pengcahayaan dengan baik pasti gambar tidak akan nampak menarik. Sebagai contoh elakkan ambil gambar membelkangkan sumber cahaya seperti sinaran matahari.

KONDISI LATAR BELAKANG

Tip Posing Bergambar Untuk Buat Foto Lebih Menarik, Baru Banyak Like

IKLAN

Mengapa orang yang pergi melancong beriya-iya ambil gambar terutamanya berhampiran monumen terkena. Ya, tak lain tak bukans ebab ingin latar belakang yang menarik. Selain latar belakang popular anda juga boleh guna latar belakang kemas yang bercorak, bergeometri dan berwarna-warni.

GUNA PROP

Selain itu anda juga boleh meningkatkan keunikan foto dengan menggunakan prop. Penggunaaan prop membuatkan foto nampak lebih menarik. Antara prop penting ialah makanan, hiasan meja, beg tangan juga boleh dijadikan prop dalam foto OOTD anda. Tapi janganlah pula anda guna objek sensitif seperti minuman keras, rokok dan barang-barang berbahaya dilarang undang-undang!

TIRU MAJALAH

Tip Posing Bergambar Untuk Buat Foto Lebih Menarik, Baru Banyak Like

Jika anda kering idea nak pose, usah gundah-gulana. Ambil idea yang ditonjolkan dalam majalah fesyen atau gaya hidup seperti MASKULIN. Tiru sahaja pose yang diketengahkan dalam ruangan fesyen atau personaliti. Pasti anda sendiri pun nampak pose macam model!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI