Automotif

Sempena Mesyuarat ASEAN 8-11 Julai, 3 Lebuh Raya & 15 Jalan Utama Ditutup

Share

Kuala Lumpur bakal jadi pusat tumpuan dunia bila Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN ke-58 (AMM ke-58) berlangsung dari 8 hingga 11 Julai 2025. Tapi dalam masa yang sama, kau kena ready sebab banyak jalan utama & lebuh raya sekitar Lembah Klang akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat.

Ni bukan acara biasa-biasa, bro. Mesyuarat ni himpunkan barisan Menteri Luar Negeri ASEAN, VVIP dan pegawai penting. Demi keselamatan & kelancaran acara, trafik sekitar KL akan dikawal ketat.

Kalau kau jenis yang ulang-alik kerja atau ada plan lepak tengah bandar minggu ni, elok sangat kau take note benda ni.

Timeline Penutupan & Laluan Terlibat

7 Julai (Mulai 7 pagi)

➡️ Lebuh KLIA
➡️ Lebuhraya Elite
➡️ Lebuhraya MEX
➡️ Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban
➡️ Lingkaran Putrajaya
➡️ Jalan Istana
➡️ Jalan Damansara
➡️ Jalan Tun Abdul Razak
➡️ Jalan Ampang
➡️ Jalan Sultan Ismail
➡️ Jalan Bukit Bintang
➡️ Jalan Imbi

Kalau biasa lalu kawasan ni awal pagi, better plan route lain siap-siap.

8 Julai (Mulai 10 pagi) – Fokus Persimpangan KLCC

➡️ Persimpangan Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee
➡️ Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee
➡️ Persimpangan Jalan Perak / Jalan P. Ramlee
➡️ Persimpangan Jalan Perak / Jalan Pinang
➡️ Persimpangan Jalan Stonor / Jalan Kia Peng
➡️ Persimpangan Jalan Stonor / Persiaran KLCC

Area KLCC memang sesak waktu biasa pun, minggu ni lagi padat bro. Jangan degil, elak lalu kalau tak ada urusan penting.

9 Julai

➡️ Pukul 7 pagi — Laluan hotel ke KLCC
➡️ Pukul 4 petang — Laluan KLCC ke hotel

10 Julai

➡️ Pukul 7 pagi — Hotel ke KLCC
➡️ Pukul 5 petang — KLCC ke hotel
➡️ Pukul 7 malam — Hotel ke KLCC
➡️ Pukul 10 malam — KLCC ke hotel

11 Julai (Mulai 7 pagi)

➡️ Laluan hotel ke KLCC

Pesanan ‘Gentle Reminder’ Dari JSPT Bukit Aman

Datuk Seri Yusri Hassan Basri, Pengarah Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, pesan kat semua:

Rancang perjalanan lebih awal – Jangan last minit baru nak redah, nanti menyesal
Guna pengangkutan awam

– MRT, LRT, Monorel semua berjalan seperti biasa, lebih lancar & jimat stress
Elak pusat bandar waktu puncak – Lagi-lagi untuk kenderaan perdagangan, jangan masuk kawasan sesak kalau tak nak menyumbang pada trafik jem

Stay cool, stay smart, jangan biar trafik rosakkan mood & jadual kau.

BACA LAGI : Elon Musk Bakal Undur Diri Dari Pentadbiran Trump, Apa Sebenarnya Berlaku?

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Nana