Tahun hadapan genap 10 tahun penciptaan & pengenalan model Iphone 4S. Ini adalah tahun dimana ramai orang beranggapan bahawa syarikat gergasi telefon Apple menaiktaraf penciptaan telefon mudah alih mereka.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Penganalisis Apple, Ming-Chi Kuo dan disiarkan portal Hypebeast, model Iphone seterusnya akan memperkenalkan rekaan berbentuk kotak daripada tahun 2010 pada tahun hadapan yang mana ia mengakhiri kitaran 3 tahun rekaan syarikat tersebut dengan model Iphone 11.

Sempena Ulang Tahun Ke-10 Iphone 4S, Apple Mungkin Perkenalkan Semula Model Ini

IKLAN

Spekulasi tersebut turut diperkatakan orang ramai bahawa Apple mungkin akan memperkenalkan semula Iphone 4S bersempena ulang tahun ke-10 model tersebut.

BACA: Fon Telinga Powerbeats Pro Wireless Dari Apple Kini Di Pasaran Malaysia

IKLAN

Teori lain pula menyatakan bahawa konsep rekaan yang akan diperkenalkan ini mengikut rekaan berbentuk kotak sepertimana peranti Apple Ipad. Kuo juga turut menyatakan bahawa model Iphone batch 2020 akan dikeluarkan dengan ukuran anggaran saiz skrin seperti 5.4 Inci hingga 6.1 inci dan turut dilengkapi dengan Skrin OLED.

IKLAN

Dia juga turut menjangkakan Apple akan mengadaptasi panel kaca 2.5D untuk memberikan paparan yang lebih lancar dan berkualiti kepada peranti tersebut.

Sumber: Hypebeast

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI