Senaman 15 Minit Di Waktu Petang Pada Bulan Puasa, Simple & Senang Sahaja

Share

Berbeza betul bulan Ramadan tahun ini. Kerana wabak COVID-19 kita sudah sebulan lebih terpaksa melakukan semua aktiviti di dalam rumah.

Bagi peminat senaman ia bagaikan perkara yang sudah menjadi rutin biasa sejak PKP diperkenalkan pada 18 Mac yang lalu.

Kini kita bakal memasuki fasa keempat PKP yang akan bermula esok dan tamat pada 12 Mei 2020. MASKULIN menjangkakan sepanjang bulan Ramadan ini kita akan terus kekal dalam tempoh PKP.

Walau apapun harapnya ia berakhir dengan segera.

Jadi untuk bulan puasa bolehkah kita bersenam. Ya, masih boleh tetapi lakukanlah dengan kadar yang tidak membebankan diri. Sebab itulah kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa step senaman yang boleh anda lakukan hanya selama 15 minit.

Lagi best jika anda melakukan senaman ini selepas jam 6 petang, sesuai habis senaman lepak sekejap lepas itu boleh terus berbuka puasa.

Berikut merupakan jenis senaman yang anda boleh lakukan untuk15 minit.

1. Plank

Ketika bangun pagi, lakukan plank kira-kira 3 hingga 4 minit. Anda pasti dapat rasa kesannya serta merta.

2. Push-up

Jangan buat terlalu banyak. Cukup sekadar untuk lakukan selama 20 kali dalam satu set. Ini akan membangkitkan otot lengan dan dada anda pada waktu pagi.

3. Bird-dog

Regangan ini mampu memberikan sensasi yang cukup baik untuk otot keseluruhan badan anda.

4. Squats

Berdiri dan lakukan squats dengan perlahan-lahan. Tarik nafas dan uang selama beberapa minit.

5. Dead bug

Senaman yang nampak ringkas ini sebenarnya memberikan impak kepada bahagian perut. Lakukan selama beberapa minit sudah mencukupi.

6. Down-dog

Selepas itu lakukan own-dog. Aliran darah dari kepala turun ke badan akan dirasai. Memang badan akan jadi lebih segar.

7. Wall-sit

Satu lagi senaman untuk perut. Guna sahaja dinding dalam bilik tidur. Lakukan selama kira-kira 5 minit. Jika terlalu lama, berhenti dan ulang semula.

IKLAN