Berbeza betul bulan Ramadan tahun ini. Kerana wabak COVID-19 kita sudah sebulan lebih terpaksa melakukan semua aktiviti di dalam rumah.
Bagi peminat senaman ia bagaikan perkara yang sudah menjadi rutin biasa sejak PKP diperkenalkan pada 18 Mac yang lalu.
Kini kita bakal memasuki fasa keempat PKP yang akan bermula esok dan tamat pada 12 Mei 2020. MASKULIN menjangkakan sepanjang bulan Ramadan ini kita akan terus kekal dalam tempoh PKP.
Walau apapun harapnya ia berakhir dengan segera.
Jadi untuk bulan puasa bolehkah kita bersenam. Ya, masih boleh tetapi lakukanlah dengan kadar yang tidak membebankan diri. Sebab itulah kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa step senaman yang boleh anda lakukan hanya selama 15 minit.
Lagi best jika anda melakukan senaman ini selepas jam 6 petang, sesuai habis senaman lepak sekejap lepas itu boleh terus berbuka puasa.
Berikut merupakan jenis senaman yang anda boleh lakukan untuk15 minit.
Ads
1. Plank
Ketika bangun pagi, lakukan plank kira-kira 3 hingga 4 minit. Anda pasti dapat rasa kesannya serta merta.
2. Push-up
Jangan buat terlalu banyak. Cukup sekadar untuk lakukan selama 20 kali dalam satu set. Ini akan membangkitkan otot lengan dan dada anda pada waktu pagi.
Ads
3. Bird-dog
Regangan ini mampu memberikan sensasi yang cukup baik untuk otot keseluruhan badan anda.
4. Squats
Berdiri dan lakukan squats dengan perlahan-lahan. Tarik nafas dan uang selama beberapa minit.
Ads
5. Dead bug
Senaman yang nampak ringkas ini sebenarnya memberikan impak kepada bahagian perut. Lakukan selama beberapa minit sudah mencukupi.
6. Down-dog
Selepas itu lakukan own-dog. Aliran darah dari kepala turun ke badan akan dirasai. Memang badan akan jadi lebih segar.
7. Wall-sit
Satu lagi senaman untuk perut. Guna sahaja dinding dalam bilik tidur. Lakukan selama kira-kira 5 minit. Jika terlalu lama, berhenti dan ulang semula.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
SERAMAI 17,500 peserta bakal menyertai larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2017 sejauh 28.3 kilometer (km) anjuran IJM Corporation Berhad dan Allianz Malaysia Berhad yang melibatkan dua lebuh raya yang dianjurkan syarikat konsesi Besraya (M) Sdn Bhd, New Pantai Expressway Sdn Bhd (NPE) dan EC Pixels.
Besraya Highway Challenge bakal menguji peserta menempuh cabaran menyusuri lebuh raya Besraya sepanjang 13km dan 6km pada 30 Julai 2017 sementara NPE Highway Challenge menawarkan jarak larian separuh maraton sepanjang 21 km dan 10km pada 10 September 2017.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad, Datuk Soam Heng Choon berkata, laluan lebuh raya ini merangkumi 28.3 km di mana ia menghubungkan kawasan Salak Selatan, Jalan Ampang dan Jalan Istana.
“Larian bermula di Plaza Tol Loke Yew ke Pandan Indah melalui Jalan Istana dan Salak Selatan sebelum berpatah balik ke Plaza Tol Loke Yew.
“Bagi acara kedua pula, ia akan bermula di KM2.4 Lebuh raya NPE berhadapan Sunway Pyramid. Lebuh raya ini akan ditutup sepenuhnya seperti yang telah dilakukan pada 4 empat acara larian antarabangsa yang pernah dianjurkan di sini (2007, 2011, 2012 dan 2013) di mana ia berjaya menarik penyertaan seramai 14,000 peserta.
“Untuk penganjuran kali ini, Lebuh raya NPE memperkenalkan laluan larian baharu sehingga ke Taman Desa dan acara ini juga akan melibatkan tiga daerah di bawah seliaan tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu DBKL, MBPJ dan MPSJ,” jelasnya yang memaklumkan lebuh raya yang terbabit dengan larian ini akan ditutup semasa larian.
Heng Choon turut merakamkan penghargaan di atas kerjasama semua pihak dalam usaha menjayakan larian ini yang bertujuan menggalakkan cara hidup sihat dengan aktiviti larian.
“Kami sangat teruja dengan penganjuran acara ini yang bakal memberi peluang buat peserta merasai sendiri berlari di dua lebuh raya ini yang juga di bawah pengawasan divisyen tol IJM.
“Kami berganding bahu bersama pihak berkuasa bagi memastikan lebuh raya ditutup sepenuhnya demi keselesaan dan keselamatan peserta kerana ianya adalah keutamaan kami.
“Acara sukan menjadi nadi utama dalam program tanggungjawab sosial IJM. Selain menjadi penaja, IJM turut mengamalkan pendekatan turun padang dan melibatkan diri dalam keseluruhan perancangan larian. Selain menyumbangkan semula kepada masyarakat, kami berhasrat untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada orang ramai untuk memupuk gaya hidup yang lebih sihat,” ujarnya.
Pemenang bagi hadiah keseluruhan iaitu peserta terpantas daripada gabungan catatan masa bagi kedua-dua acara ini bagi kategori utama (13km & 21km) akan membawa pulang hadiah wang tunai, trofi dan paling menarik tanggungan ke salah satu acara maraton terkemuka di dunia. Setiap peserta juga akan mendapat penajaan pakaian dari Brooks.
Setiap individu memiliki perasaan takut terhadap sesuatu. Ianya subjektif dan tidak dapat digambarkan ketakutan itu. Ada yang sehingga tak boleh lelap mata kalau difikirkan dan boleh menganggu mood. Ketakut ini juga sering di panggil dengan fobia.
Mari kita ketahui 8 jenis fobia yang kita selalu hadapi tanpa sedar.
Anuptaphobia adalah ketakutan untuk kekal berseorangan atau lebih dikenali sebagai single. Selalunya seseorang yang menghidapi Anuptaphobia ini mungkin sudah terbiasa mempunyai pasangan, dan apabila kehilangan pasangan dia akan merasakan gelisah seperti dunianya tidak sempurna. Orang yang menghidapi penyakit ini apabila dia single dia akan berasakan dirinya tidak dihargai dan tidak layak untuk dicintai. Bagi mengelak perasaan sedemikian dia akan terus mencari pasangan.
Agoraphobia adalah fobia dimana seseorang itu takut untuk berada di sekeliling orang ramai. Bagi yang tidak suka bergaul dengan orang, anda mungkin salah seorang yang menghidapi penyakit ini. Seseorang yang menghidapi penyakit ini kebiasaannya akan takut untuk mengunjungi pusat beli belah, menaiki kenderaan awam seperti bas, lrt dan juga takut untuk keluar dari rumah.
Nomophobia merupakan fobia takut akan kehilangan telefon atau ketiadaan telefon. Fobia ini kedengaran agak lucu namun sebahagian besar dari kita mungkin menghidap fobia ini. Di zaman moden telefon bimbit merupakan suatu perkara yang amat penting kerana ianya merupakan talian yang dapat menghubungkan seseorang dengan seseorang walau dimana kita berada. Jadi tidak hairanlah jika anda merupakan salah satu penghidap nomophobia ini.
Uxoriphobia adalah perasaan menghormati isteri melebihi ibu bapa atau sesiapa saja. Ia juga dikaitkan dengan perasaan takut seorang lelaki kepada isterinya. “Uxor” didalam bahasa Latin bermaksud isteri dan “phobia” bermaksud “perasaan takut kepada”. Di Malaysia, individu yang mengalami Uxoriphobia biasanya digelar sebagai “lelaki dayus”. Mereka sering menggunakan alasan terlampau sayangkan isteri untuk melindungi perkara sebenar iaitu takut dimarahi isteri.
Athazagoraphobia adalah perasaan takut yang tinggi jika kita akan dilupakan, diabaikan atau tidak dipedulikan. Perasaan takut diabaikan adalah perkara biasa dalam kehidupan kita, namun jika perasaan ini tidak dikawal ianya akan memberi kesan yang buruk dalam kehidupan kita. Seseorang yang mengalami athazagoraphobia mungkin pernah menghidapi situasi pernah ditinggalkan oleh seseorang sehingga timbul fobia ini dalam diri mereka.
Phasmophobia adalah keadaan di mana seseorang yang amat takut dengan hantu. Siapa sahaja yang tidak takut dengan hantu? Selalunya orang yang menghidapi fobia ini sering berfikir tentang kewujudan roh-roh yang sudah mati meninggalkan kita, jadi tidak hairanlah jika seseorang yang menghidapi fobia ini akan mengalami situasi di mana takut dengan hantu secara berlebihan.
Adakah anda seorang yang pemalu? Ya? Anda mungkin penghidap Erythrophobia. Seseorang yang menghidapi Erythrophobia selalunya mukanya akan bertukar kemerah-merahan apabila perasaan malunya muncul. Selalunya perasaan malu ini muncul apabila dipuji, atau dimalukan oleh seseorang.
Hemaphobia adalah ketakutan kepada darah atau pemindahan darah. Perkataan asalnya adalah hema dalam bahasa Yunani bermaksud darah dan fobia adalah bermaksud ketakutan. Hemaphobia juga dipanggil Haemaphobia atau Hematophobia atau Hemophobia dan berkaitan dengan Epistaxiophobia (ketakutan untuk mempunyai atau melihat pendarahan hidung atau pendarahan sehingga mati).
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perjalanan untuk menurunkan berat badan merupakan cabaran yang berbentuk sangat peribadi kepada setiap orang. Cabaran yang dihadapi dari segi fizikal dan mental merupakan bentuk ujian yang sangat besar.
Apatah lagi jika seseorang itu mengalami masalah berat badan yang agak serius. Untuk memulakan perubahan memang senang untuk dituturkan dengan kata-kata. Namun untuk dilakukan secara konsisten memerlukan bukan sahaja kekuatan jati diri malah disiplin yang sangat tinggi.
MASKULIN tertarik dengan satu perkongsuan dari seorang lelaki yang kami anggap cukup hebat kerana mampu merealisasikan sesuatu yang diidamkan ramai.
Pernah mencapai berat badan sehingga 151 kg, Ahmad Anwar berkongsi bagaimana dia melawan rasa malas untuk bersenam. Menerusi perkongsiannya, dia mengambil dua strategi utama untuk sentiasa aktif iaitu meingkatkan NEAT (non exercise activity thermogenesis) dan juga melakukan aktiviti kegemaran dengan kerap.
Ingin tahu bagaimana dia melakukannya dengan berjaya? Ikuti perkongsiannya di bawah.
————————————————————————-
Dulu, tiap hari aku mengeluh bila fikir esok pagi nak kena buat senaman. Badan berat 120kg. Walaupun waktu ni dah turun 31kg tanpa senaman, aku tak rasa happy.
Sebab?
Badan rasa berat. Tak rasa ringan pun walaupun dah hilang 31kg. Badan rasa lemah dan tak bermaya. Gelebeh tak payah cerita. Perut londeh sampai ke peha.
Even badan dah susut tapi orang tak kata pun aku kurus. Orang tegur aku nampak macam sakit!
Aah memang sakit sebenarnya!
Crash Diet buat aku sakit. Gastrik, kurang nutrisi, low blood pressure
Ha! Sebab tu aku selalu pesan.
Tak rugi belajar pasal pemakanan. Sebab kunci kejayaan diet ni ada pada ilmu. Kau buat betul, kau dapat hasil yang betul, simple!
So, bagaimana aku hadap malas bersenam ni?
Ada 2 strategi:
1. Tingkatkan NEAT
2. Buat aktiviti yang aku suka, pada kadar yang aku suka dengan mind set ansur maju (bapak panjang tajuk)
1st aku tingkatkan NEAT atau nama panjangnya non exercise activity thermogenesis.
Bahasa melayu mudah cerita ialah aktifkan dirimu jangan duduk tak buat menda. Dalam nak tingkatkan neat ni, aku guna 2 pendekatan:
1. Aku akan pastikan dalam setiap jam akan ada peruntukan masa atleast 5-10 minit bangun dan bergerak (regangan, jalan setempat etc etc)
2. Aku akan selitkan peluang untuk bersenam dalam aktiviti harian biasa.
Untuk no 1, simple je. Aku make sure dalam setiap sejam hidup aku ( kecuali time tido la) akan ada 5-10 min aku bergerak. Contoh macam sekarang ni, aku tengah taip post ni sambil berdiri dan berjalan tau.
Untuk no 2? Aku cipta apa sahaja benda biasa rutin dalam kehidupan aku kepada peluang untuk bersenam. Contoh nak pergi kedai biasa naik kereta? Aku tukar kepada jalan kaki. Parking kereta dekat? Aku tukar jauh supaya dapat berjalan. Ada lif? Aku naik tangga.
Benda benda ni nampak simple tapi kesan dia besar sebenarnya. Kita latih diri kita untuk lebih berdisiplin dan biasa hidup aktif. Dapat tingkatkan stamina dan regangkan otot otot yang dah keras lama kerana tak aktif.
Lama kelamaan kita sudah rasa biasa aktif dan tidak lagi rasa berat untuk bersenam sebab otot dah mula biasa bergerak dan kita juga dah mula ada keinginan dan rasa mudah dalam pergerakkan. Dah tak rasa sakit sakit bila mula buat senaman.
Sekarang bila berat aku tinggal 73kg, aku suka buat aktiviti lagi pelik sebagai motivasi untuk kekal aktif. Antaranya, aku suka sarapan kat atas bukit jugra . Naik semata mata nak duduk dan sarapan lepastu turun.
Well buat masa sekarang aku rasa itu yang menyeronokkan kan? So aku buatlah. Korang carilah cara yang bersesuaian dengan korang asalkan matlamat utama untuk kekal aktif tercapai.
Jom hidup aktif!
——————————————————–
Syabas MASKULIN ucapkan kepada Ahmad Anwar. Semoga perkongsian fit journey yang dilalui mampu memberikan inspirasi buat anda yang turut ingin menurunkan berat badan.
*artikel dan perkongsian MASKULIN ini telah mendapatkan kebenaran dari Ahmad Anwar
Kredit: Ahmad Anwar
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang