Beban kerja terlalu banyak dan komitmen harian yang membelenggu membuatkan ramai mengeluh tidak cukup masa untuk bersenam. Itu bukan alasan. Hanya 20 minit sehari, anda boleh lakukan senaman merangkumi keseluruhan otot badan.
JUMPING JACKS
-Berdiri tegak dalam posisi kaki dijarakkan sedikit. Tangan diluruskan dan diletakkan di sisi tubuh.
-Lompat dan pastikan kaki dibuka luas. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas kepala seakan menepuk tangan.
-Ulang semula sebanyak 20 kali.
WALL SIT
-Berdiri tegak dalam keadaan bersandar pada dinding
-Turunkan badan sehingga lutut membengkok (seakan duduk di atas kerusi). Kedua belah tangan diletakkan rapat di atas dada.
-Ulang semula sebanyak 20 kali
ABDOMINAL CRUNCH
Ads
-Baring dalam posisi kepala diangkat sedikit. Lutut diangkat dan dibengkokkan. Tangan diluruskan ke hadapan selari dengan paha.
-Angkat badan ke hadapan setinggi yang mampu dan lutut serta kaki tidak diubah posisi seperti asal.
-Ulang semula sebanyak 15 kali
SQUAT
Ads
-Berdiri tegak dan posisi tangan dirapatkan di sisi tubuh.
-Rendahkan badan (seakan posisi duduk di atas kerusi)
-Badan dibawa ke hadapan sedikit serta tangan diluruskan ke hadapan.
Siapa yang tak suka makan pisang. Selain banyak khasiat, buah pisang juga antara buah-buahan yang menjadi kegemaran setiap lapisan masyarakat.
Namun tak semua orang sesuai makan pisang kerana sesetengahnya boleh alami perut berangin dan sebu.
Untuk memastikan anda makan pisang dengan cara yang sihat dan selamat, ikuti perkongsian ilmu tulisan Pejuang Kesihatan, Doktor Hafiz Sulaiman tentang pisang muda dan pisang ranum.
Semoga dengan perkongsian beliau ini memudahkan anda untuk makan pisang mengikut kondisi tubuh badan dan kesihatan anda.
Bila makan pisang, ramai akan bedal saja kan asal sedap. Macam saya sendiri, lebu ranum sangat tak suka. Kalau putik muda sangat kelat pulok. Sedang-sedang pilihan hati. Rupanya paling sihat dan selamat!
Makan pisang pun sebenarnya kena tengok level masak ke tak dan ejas dengan keserasian perut kita serta apa aim kita untuk kesihatan.
1. Time kelat ni kandungan serat sangat tinggi. Serat tinggi ini susah dicerna perut kita. Kuman perut akan makan pisang susah cerna ni. Jadi pisang hijau memang prebiotik (makanan kuman usus) yang bagus. Paleo diet dulu-dulu fenomena kerepek pisang tanduk (plantain) sebab ni lah.
2. Bagusnya pisang hijau ni juga ialah sebab rendah FODMAPs. Jadi jika anda ada alah FODMAPs, eloklah elakkan pisang masak supaya tak kembung.
3. Masalah satu je pisang hijau ni. Sebab susah cerna, jadi mereka yang ada masalah kembung seperti SIBO, IBS dan masalah pencernaan lain moleklah elakkan dulu awal-awal rawatan pemulihan ya.
4. Lagi masak pisang ni, antioksida lebih tinggi sebab lagi lama hidup. Paling penting, pisang masak lebih sedap sebab kandungan gula makin tinggi.
Tapi orang sakit diabetes kena hati-hati sebab kandungan gula sebijik pisang ni dalam 12 gram ye.
5. Makin masak pisang yang tak bestnya, ialah kandungan ejen saraf DOPAMIN dan SEROTONIN dalam pisang ni berkurang. Bahan ni penting untuk perasaan “pleasure” dan “rewarding” serta penting untuk pergerakan badan. Kalau kekurangan dopamine, badan gerak tersekat-sekat macam orang parkinson. Serotonin pula hormon yang kawal mood serta penting untuk buat hormon tidur, melatonin. Orang anxiety, depression dan insomnia didapati kekurangan serotonin biasanya.
6. Orang ada angin, saraf dan badan jadi sensitif, orang tua-tua kata angiinnn. Moleklah jangan banyak makan pisang ranum sangat sebab tinggi ejen saraf HISTAMIN. Orang ada angin, perut dia rosak jadi enzim yang proses histamin dah kurang efisyen. Jadi histamin kumpul banyak dalam badan sebabkan radang dan alahan, angin-angin sana-sini. Mengikut pengalaman klinikal saya, jenis pisang emas dibawa belayar, masak sebijik atas peti paling “angin”. Pisang berangan okay sikit.
Jadi nak makan masa hijau ke, masa masak? Tepuk dada, tanya selera. Tengok tahap kesihatanlah jugak ye.
Makan beringat sikit kang perut sakit, badan menjerit.
Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bersenam di bulan Ramadan? Bolehkah ia dilakukan dan bagaimana untuk elak rasa terlalu penat? Jawapannya, ya mengapa pula tidak boleh!
Melakukan senaman sepanjang bulan Ramadan ketika berpuasa tidaklah semudah yang kita bayangkan. Namun, jika kita mengikuti panduan dan langkah yang baik diikuti dengan objektif serta tahap kemampuan diri, ia boleh memberikan kesan sangat baik.
Salah satu faktor yang paling penting ialah mengetahui bilakah waktu yang paling sesuai untuk melakukan senaman di bulan puasa.
Waktu terbaik melakukan senaman di bulan Ramadan ialah satu jam sebelum waktu berbuka puasa. Dan bila tiba waktu berbuka, minumlah air yang tidak berlakori atau berkalori rendah sahaja.
Lakukan senaman intensiti rendah dengan kadar degupan jantung tidak melebihi 65% kadar maksimum. Untuk mengetahui anda berada pada paras itu perhatikan sama ada anda berasa lega dan boleh bercakap dengan baik tanpa rasa tercungap-cungap.
Antara senaman yang baik dilakukan ialah slow jog, brisk walk (ikut kemampuan individu), sukan kasual dan sebagainya. Anda perlu tahu bahawa di bulan Ramadan setelah seharian berpuasa dan kehabisan glycogen, badan terpaksa membakar lemak untuk sumber tenaga senaman.
Sesetengah penggemar senaman yang sudah biasa dengan bentuk intensiti tinggi pasti teringin melakukan perkara sama di bulan Ramadan. Tapi ia sebenarnya tidak digalakkan untuk diamalkan ketika berpuasa.
Latihan intensiti tinggi seperti HIIT, tabata dan senaman kardio high instensity perlu dielakkan. Senaman-senaman ini jika dilakukan tanpa air boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Jadi elok-eloknya cubalah elak melakukan senaman jenis ini di bulan Ramadan.
Memiliki berat badan ideal tak semata-mata agar penampilan terlihat cantik dan segak. Lebih dari itu, berat badan ideal biasanya jadi salah satu petanda yang tubuh yang sihat. Semua orang, tidak kira umur, atau pangkat boleh je kurus, dengan syarat anda mestilah kekalkan disiplin dalam pemakanan seharian serta melakukan senaman sekerap yang mungkin.
Lexi Reed dari Terre Hauteu, Indiana, pada tahun 2016 lalu berat badannya sekitar 219 kg. Sementara suaminya, Danny memiliki berat badan 127 kg. Kini ia tampak lebih sihat dengan berat badan 81 kg, setelah menukar kebiasaan makan dan rutin olahraga, berat badannya turun sebanyak 138 kg.
“Kami tak ada jadual dalam pola makan, jurulatih peribadi, tapi yang kami miliki adalah satu sama lain dan motivasi untuk bekerja keras setiap hari,” tulis Lexi di akun Instagramnya @fatgirlfedup.
Pasangan ini menikah pada tahun 2015, mereka biasanya mengambil 8.000 jumlah kalori setiap hari. Tapi setelah memutuskan untuk diet menurunkan berat badan, mereka berhenti mengambil junk food. Keduanya pun memilih untuk mengambil makanan yang dimasak sendiri dari rumah Demi tubuh yang sihat, perjuangan dilakukan bersama.
Selain menukar tabiat makan, Lexi dan Danny juga makin rajin berolahraga. Mereka pergi ke gym 5-6 kali seminggu dan juga mengikuti kelas Zumba. Dengan melakukan perubahan dan melakukan diet sederhana seperti itu, dalam 12 bulan berat badan mereka sudah turun hampir separuh dari asal.
Dengan tips diet sederhana tapi dilakukan secara rutin dan konsisten, hasilnya ternyata sangat luar biasa. Untuk berhasil diet memang perlukan komitmen yang kuat dan kerja keras yang tak ada habisnya.
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasan nya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan sangat tidak baik untuk kesihatan tubuh.
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi?
Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
Sumber : Buletin Semasa
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang