Image by Freepik

Bersenam bagai nak rak tapi hasilnya macam ‘hampeh’!

Anda pula garu kepala sebab penat dapat tapi hasil tak seberapa. Rupanya bukan salahorang tapi salah diri sendiri.

Terdapat beberapa tabiat dan jenis pemakanan yang patut anda kawal dan kurangkan jika ingin hasil senaman lebih mantap.

Senaman Boleh Jadi Sia-Sia Jika Tak Tinggalkan Amalan Pemakanan Ini, Buat Penat Saja!
Image by katemangostar on Freepik

Berikut MASKULIN kongsikan beberapa amalan pemakanan yang perlu anda berikan perhatian dengan teliti!

TERLALU BANYAK GULA 

Senaman Boleh Jadi Sia-Sia Jika Tak Tinggalkan Amalan Pemakanan Ini, Buat Penat Saja!
Image by kues1 on Freepik

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.

IKLAN

Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.

Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

TERLALU BANYAK LEMAK & KOLESTEROL 

Makanan seperti daging, telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol.

IKLAN

Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung. Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.

TERLALU BANYAK GARAM

Senaman Boleh Jadi Sia-Sia Jika Tak Tinggalkan Amalan Pemakanan Ini, Buat Penat Saja!
Image by 8photo on Freepik

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.

Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

IKLAN

TERLALU SEDIKIT SERAT 

Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 – 80 jam untuk melalui saluran penghadaman.

Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.

Semoga bermanfaat!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI