Mas kahwin adalah pemberian wajib daripada lelaki kepada pihak perempuan dan ia sesuai diserahkan sewaktu proses ijab dan kabul dilakukan di hadapan tok kadi.

Tok kadi atau pun jurunikah boleh membuat semakan sebelum ia dipersetujui oleh wali dan saksi yang menyaksikan ijab dan kabul yang akan anda lakukan.

Tiada nilai khusus

Senarai 15 Nilai Mas Kahwin Ikut Negeri Yang Lelaki Wajib Ambil Tahu!

Jika mengikut Islam, tiada nilai khusus ditetapkan kepada si lelaki untuk menyediakan mas kahwin atau pun mahar dalam bahasa Arab kepada pihak perempuan.

Hatta sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi pun boleh dianggap sebagai mas kahwin tanda pemberian lelaki seikhlas hati.

Wajar ikut logik zaman

Namun begitu, oleh kerana kita semua mengikuti perkembangan zaman maka pemberian mas kahwin sepatutnya yang sesuai dan relevan untuk kegunaan isteri.

IKLAN

Misalnya gelang, cincin atau rantai, itu semua terpulang kepada anda sebagai lelaki yang mahu jadi suami yang paling romantik.

Negeri tetapkan syarat

Memahami mungkin ada pihak yang sering ragu-ragu dan menimbulkan perdebatan yang bukan-bukan, setiap jabatan agama Islam di bawah kelolaan kerajaan negeri masing-masing tampil membuat satu penguatkuasaan.

Tujuannya, biarlah nilai dan amalan ini dapat dilakukan secara selaras sekali gus menjadi panduan kepada lelaki untuk bersiap-sedia menyediakan mas kahwin sebagai bukti anda mahu memiliki gadis tersebut sebagai isteri.

Berikut adalah kadarnya mengikut negeri :

Senarai 15 Nilai Mas Kahwin Ikut Negeri Yang Lelaki Wajib Ambil Tahu! Senarai 15 Nilai Mas Kahwin Ikut Negeri Yang Lelaki Wajib Ambil Tahu!

IKLAN

Ikut kemampuan lelaki

Jika mampu bayar kereta bulan-bulan sehingga cecah RM600 dan lain-lain perbelanjaan demi keseronokan RM800 ke atas sebulan, takkanlah bab mas kahwin tiba-tiba kita nak cakap, “Sebaik-baik perempuan itu adalah maharnya yang paling rendah.”

Memang kalau ikut nilai berdasarkan jadual di atas, mas kahwin yang paling murah jatuh kepada golongan janda yang cantik di negeri Sembilan pada kadar RM12 dan yang paling tinggi tak kira dara atau janda adalah di Selangor pada kadar RM300.

Tak salah beri lebih

Berdasarkan pengalaman penulis, sebagai tanda untuk menghargai wanita sebagai isteri, mas kahwin ikut negeri yang pernah penulis serahkan adalah RM80 kerana isteri merupakan warga Kuala Lumpur.

IKLAN

Namun dengan rela hati, penulis sediakan barang-barang wanita seperti cincin dan gelang emas yang berharga RM2,000 kedua-duanya dan jumlah keseluruhan perbelanjaan perkahwinan penulis Alhamdulillah masih di bawah RM8,000.

Elak daripada berhutang

Yang penting, jangan sesekali buat loan untuk menampung majlis perkahwinan sehari anda dengan grand yang melampau-lampau namun pada akhirnya boleh bergaduh kerana terpaksa membayar hutang demi ‘kemegahan yang singkat’.

Berkahwin ini lama. Sehingga akhir hayat. Didik diri untuk kembangkan duit sedia ada atau belajar menabung dan jangan sesekali suka berhutang. Ini kerana masalah duit dalam rumah tangga boleh buat suami murung sekali gus menyebabkan pergaduhan.

Elakkan berhutang dan bersederhanalah. Tetapi tak salah ‘bazirkan’ duit untuk kebahagian si dia selepas bergelar isteri. Percayalah, Allah akan balas murahkan rezeki anda berlipat kali ganda dengan cara yang anda tidak sangka-sangka. Insya’Allah..

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI