Boleh dikatakan bermula hujung minggu ini, orang ramai sudah mula merancang untuk balik kampung kerana bakal menyambut hari raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Jadi selain daripada bawa pakaian dan keperluan asas, anda juga digalakkan menyediakan ubat-ubatan di dalam kereta sebagai persediaan.

Standby sebarang kemungkinan

Takut terjadi apa-apa yang tidak diingin, dengan adanya ubat-ubat sedemikian, bolehlah kita merawatnya buat sementara waktu.

Bagi yang tertanya-tanya, apakah jenis ubat-ubatan yang sesuai untuk dibawa, jom baca perkongsian daripada Farmasi Salam :

Senarai Ubat-Ubatan Yang Perlu Disediakan Dalam Kereta Sewaktu Balik Kampung

IKLAN

Sudah pasti ramai yang tengah bersiap sedia untuk balik ke kampung halaman masing-masing. Ada yang dah start packing barang???‍♂??
.
Haa, buat checklist siap-siap takut ada barang & bekalan penting yang tertinggal pula nanti!
.
Sambil-sambil tu, boleh masukkan juga list bekalan ubat-ubatan basic yang perlu ada ketika pulang ke kampung.
.
Kita perlu ambil langkah berjaga-jaga ya! Ada fasiliti kesihatan yang bercuti di musim perayaan. Ada juga yang sukar diakses sepanjang perjalanan. Jadi agak susah untuk dapatkan bekalan ubat-ubatan.
.
Tapi.. Nak standby ubat apa ye?
.
Biasanya ada 3 senario biasa yang berkemungkinan boleh berlaku di kampung halaman atau sepanjang travel:

====================

IKLAN

1. Tak sedap badan, rasa macam demam, selsema, batuk-batuk. Di musim perayaan pula sangat sinonim dengan hidangan air sejuk berais kan? Hah, apa lagi.. Standby juga kalau-kalau sakit tekak nanti!
.
Idea ubat-ubatan yang boleh membantu situasi di atas:
.
 Paracetamol
– Demam, tak sedap badan, pening kepala
.
 Loratadine
– Selsema/alahan/gatal
– Tidak mengantuk, siapa drive boleh ambil
.
 Cloperastine HCl (batuk) + Bromhexine (jika ada kahak)
.
 OTC throat lozenges
– Melegakan sakit tekak
– Ada juga buat hilang ngantuk ketika drive?
.
====================

2. Mabuk jalan? Atau makan terlalu banyak?Rasa macam tersalah makan? Haish, mulalah perut rasa sakit, kejang dan cirit birit!
.
Idea ubat-ubatan yang boleh membantu situasi di atas:
.
 Dimenhydrinate
– Mengelakkan / mengurangkan muntah, loya, pening kepala dan mabuk jalan
.
 Charcoal tablets
– Disarankan pengambilan ketika sakit perut, cirit birit
– General detoxification agents. Boleh bantu nyah toksin di dalam perut
.
 Hyoscine butylbromide
– Sakit perut, perut kejang dan tidak selesa
.
 ORS (air garam)
– Mengelakkan dehidrasi ketika perjalanan jauh & sakit perut

IKLAN

====================

3. Rasa macam tersalah urat angkat beg-beg yang berat? Sakit pinggang ubah suai kedudukan perabot dalam rumah? Sambil-sambil membawang nak masak rendang terhiris jari?
.
Hah, perlu standby apa? Antara yang boleh membantu:
.
 Mefenamic acid
– Ubat tahan sakit
.
 Pain management cream/oinments
– Melegakan kekejangan, sakit otot dan lenguh-lenguh di badan
.
 Krim luka
– Mengelakkan jangkitan bakteria untuk luka kecil
.
 Plaster luka
– First aid paling simple dan wajib ada pergi mana-mana!
.

Ni antara idea bekalan ubat-ubatan untuk orang dewasa. Tapi kebanyakkannya merupakan ubat-ubatan terkawal ya! Perlu dapatkan khidmat nasihat pegawai farmasi jika perlukan ubat-ubatan ni.
.
Kami doakan semoga semuanya sihat & selamat dalam perjalanan pulang ke kampung. Dan berhati-hatilah ketika memandu?
.
.
#farmasisalam #mayhealthbewithyou

Sumber : Farmasi Salam

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI