SENI AVANT-GARDE DI QLIQ HOTEL, DAMANSARA

Share

Seni bina moden serta struktur dekorasi yang serba futuristik membuka mata penulis saat pertama kali menjejakkan kaki di Qliq Hotel. Ruangan lobi yang luas, dipadukan pula dengan unsur “avant-garde” dalam setiap perincian perabot mengundang rasa ingin tahu mengenai hotel ini.

Mengetengahkan konsep moden-futuristik, setiap bilik mahupun dewan perbincangan direka khas dengan sentuhan seni kreatif dan juga pengunaan rona yang lebih menarik. Jika dilihat dari luar bangunan juga, ia bagaikan corak paten bongkah yang tidak sama panjang untuk memberi unsur seni yang lebih jelas, namun berbeza. Butiran seni di dinding yang seakan 3D mengilham inspirasi kepada pelanggan untuk merasai dimensi luar biasa. Dunia robot. Mungkin mengadaptasi dari filem Transformer?

Menyediakan ruangan bilik yang selesa, serta pemandangan yang begitu indah untuk dilihat walaupun tatkala berada di tengah-tengah bandar Kota Damansara. Premier Suite antara pilihan pasangan kekasih untuk mencoret momen manis bulan madu mereka. Mana tidaknya, dengan pengunaan rona warna yang begitu klasik, diadun pula dengan dekorasi bagai meraikan pasangan sejoli menjadikan Premier Suite ini antara yang paling popular.

Menjengah pula ke sudut fasiliti, semuanya ada di checklist anda! Gym, swimming pool, dewan/bilikmesyuarat, dewan kuliah dan yang pastinya Q Lounge untuk anda merehatkan minda sambal menikmati keindahan di sekeliling Qliq Hotel, Damansara.Perfect!

Apa yang menariknya, setiap tingkat memiliki warna lantai yang berbeza untuk memudahkan para pelanggan ketahui mengenai bilik jenis kelab dan suite. Kesemua jenis bilik ini didatangkan dengan faedah yang eksklusif danmenarik. Jika anda mempunyai rakan wanita yang ingin bercuti, Qliq Hotel adalah pilihan terbaik di mana mereka memberi perkhidmatan istimewa kepada kaum wanita. Contohnya, “The Ladies Only Floor” disediakan hanya di tingkat 20 dan ia adalah bersifat eksklusif untuk pelanggan wanita. Lebih privacy 

dan lebih selamat.

Harga bilik bermula dari RM 228.00 satu malam dan jika anda ingin melakukan sebarang aktiviti mesyuarat ataupun perbincangan, harga bilik bermula dari RM 300.

IKLAN