Di antara perkara terbaik untuk membahagiakan dan memujuk hati pasangan adalah dengan makanan yang lazat seperti ais krim. Makanan yang menjadi pemanis mulut ini boleh dikatakan cukup digemari sesiapa sahaja terutamanya wanita.

Terbaru, Wall’s Malaysia telah membawakan siri ais krim premium inspirasi dari Perancis dikenali sebagai Carte D’Or. Ditubuhkan pada 1978, Carte D’Or merupakan jenama manisan yang berkualiti dari Paris dengan warisan kemahiran profesional turun-temurun serta dihasilkan daripada pelbagai bahan asli yang dipilih dengan teliti dari seluruh dunia.

Rangkaian aiskrim Carte D’Or mempunyai empat perisa istimewa iaitu Dark Chocolate Truffles, French Vanilla Crème Glace, Caramel Glace with Almond Tarte Crumbles dan Glace à La Strawberry.

Sensasi Ais Krim Premium Dari Perancis, Carte D’Or Dengan Empat Rasa Berbeza

Setiap satunya menawarkan sensasi rasa premium yang cukup menarik. Hadir dengan kuasa imaginasi, kesedapan Coklat Itali yang sangat memikat deria rasa ini mampu membawa anda ke Itali malah terus ke negara tropika Madagascar apabila merasai keunikan vanila Madagascar.

IKLAN

Sensasi Ais Krim Premium Dari Perancis, Carte D’Or Dengan Empat Rasa Berbeza

Pengarah Pemasaran Makanan & Minuman Unilever Malaysia, Shiv Sahgal, berkata, “Keletihan dalam mengharungi pandemik pada masa kini menyebabkan ikatan perhubungan semakin renggang dan interaksi sesama kita kian berkurangan serta menjauh.

“Oleh itu, rangkaian aiskrim Carte D’Or ini diharap dapat menjadi penghubung silaturahim, menerusi keenakan rasanya yang sungguh menakjubkan. Disamping itu, seleksi aiskrim premium ini juga dihasilkan sebagai pelengkap yang cukup sempurna untuk makan malam dan majlis keraian yang mana kita boleh menikmati aiskrim ini dengan begitu sahaja atau menyuntik kreativiti spontan dengan mempelbagaikannya dalam hidangan manisan kita.”

IKLAN

Sensasi Ais Krim Premium Dari Perancis, Carte D’Or Dengan Empat Rasa Berbeza

Aiskrim Carte D’Or kini boleh didapati secara eksklusif di Jaya Grocer, Lazada, Shopee, GrabFood and Foodpanda, kedai e-dagang dan rakan penghantaran makanan, serta bakal memasuki pasar raya dan pasar raya besar yang terdekat dengan anda di seluruh negara mulai Ogos ini. Harga jualan yang disyorkan untuk satu pain (pint) adalah RM20.

IKLAN

KERJASAMA MANISAN SEDAP

Carte D’Or juga menjalin kerjasama dengan kafe manisan ternama, Xiao By Crustz, untuk memperkenalkan manisan edisi terhad menggunakan aiskrim Carte D’Or yang mewah. Terdapat empat manisan istimewa yang dihasilkan daripada empat perisa aiskrim Carte D’Or yang berbeza iaitu Chocolate Ice Cream Macaroon, Vanilla Mango Ice Cream Dome, Caramel Ice Cream Choux dan Strawberry Ice Cream Pistachio Cake.

Sensasi Ais Krim Premium Dari Perancis, Carte D’Or Dengan Empat Rasa Berbeza
Carte D’Or – Xiao By Crustz Collaboration

Manisan edisi terhad ini hadir dalam set dua dan empat, dan pelanggan boleh melakukan pembelian terus di kafe cawangan Happy Mansion atau secara dalam talian melalui laman web Xiao By Crustz.

Buat anda yang ingin merasai sensasi rasa hebat ini boleh dapatkan makulmat lanjut di laman sesawang Carte D’Or Malaysia www.joyatparty.com.my/carte-dor-ice-cream/ dan halaman Facebook rasmi Wall’s Malaysia.

Jangan lupa untuk follow Instagram MASKULIN bagi update gaya hidup terkini lelaki!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI