Sentuhan Lelaki ‘Wedding Planner’ Kampung, Mampu Beri Kejutan Wow Pada Pelamin Budjet

Share

Siapa sangka pelamin yang viral di laman sosial baru-baru ini, merupakan hasil kerja tangan seorang lelaki muda. Ahmad Rasidi Md Idris, 26, atau lebih dikenali sebagai Eddy adalah antara individu yang mampu merealisasikan keinginan bakal pengantin, khususnya di luar bandar untuk merakamkan hari bahagia mereka berlatarbelakangkan pelamin indah.

Netizen dikejutkan dengan kreativiti pelamin rekaan Eddy  kerana dia berjaya melakukan transformasi menakjubkan di bahagian ruang tamu sebuah rumah di Kampung Chepir, Sik, Kedah dengan hiasan pelaminnya yang indah.

Menurut lelaki muda ini, tidak seperti di bandar, menghias pelamin di rumah kampung lebih mencabar disebabkan beberapa faktor.

“Memang agak mencabar berbanding buat pelamin di dewan atau hotel, tapi bila tuan rumah suka dengan sentuhan saya, itulah kepuasan saya,” kata graduan Universiti Sains Malaysia ini.

Jom kita lihat hasil tangan beliau yang awesome ni.

Sumber : Mstar online 

IKLAN