Mimpi adalah mainan tidur namun ada kalanya, ia sekadar aktiviti otak di bawah kawalan separa sedar.

Dalam masa sama, ada juga yang beranggapan mimpi membawa petanda yang tertentu sama ada penting atau biasa-biasa sahaja.

Sering Mimpikan Ular Sewaktu Sedang Tidur? Baca 10 Tafsiran Popular Mengenainya!

Misalnya dalam masyarakat kita, cerita seseorang itu yang bermimpi tentang ular amat popular bahkan ramai yang sering mengalami dalam versi yang tersendiri.

Nak tahu apa tafsiran popular apabila anda tidur dan bermimpikan tentang ular? Baca entri  ini :

Maksud mimpi dipatuk ular

Mimpi ular ini kebiasaannya adalah perkara berkaitan dengan jodoh dan perkara-perkara yang kurang elok yang berada di sekeliling kita.

Contoh mimpi dipatuk ular, kebanyakan orang akan menafsirkan bahawa dia akan dipinang atau akan bertemu jodoh, baik lelaki atau perempuan.

Itu ada kebenarannya, tetapi harus diingat bahawa mimpi setiap orang dan penafsirannya adalah sangat berbeza untuk setiap orang yang bermimpi.

1. Bagi yang belum kahwin

Sering Mimpikan Ular Sewaktu Sedang Tidur? Baca 10 Tafsiran Popular Mengenainya!

Pendapat umum mengatakan mimpi dipatuk ular atau dibelit ular berkemungkinan menjadi petanda bahawa anda akan bertemu jodoh atau memperolehi isteri / suami tidak lama lagi.

IKLAN

Seorang gadis yang bermimpi dikejar ular, mimpi itu kemungkinan memberi alamat si gadis akan segera dipinang orang.

Manakala jika seorang lelaki yang bermimpi dikejar ular, kemungkinan itu tandanya bahwa dia diminati oleh ramai wanita.

2. Lihat kekasih pegang ular

Menurut tafsiran yang ditemui, bagi seseorang yang masih bujang dan bermimpi melihat kekasih hatinya memegang ular, berkemungkinan ia membawa erti anda akan mendirikan rumahtangga dengan seseorang yang berani sifatnya.

3. Kekasih dipatuk ular

Sekiranya di dalam mimpinya itu dia mendapati kekasihnya dipatuk ular, kemungkinan ia memberi alamat bahawa si pemimpi akan menghadapi masa yang sukar.

4. Gangguan jin atau syaitan? 

IKLAN

Sering Mimpikan Ular Sewaktu Sedang Tidur? Baca 10 Tafsiran Popular Mengenainya!

Ada juga yang mengaitkan sifat ular sebagai suatu simbol ancaman. Jika ular yang dimimpinya bersifat pelik seperti ular hitam, ular yang berwarna kuning keemasan, ular yang sangat besar, berkepala dua ataupun ciri-ciri lain daripada ular yang biasa dilihat, ada yang berpendapat ia kemungkinan jelmaan jin atau syaitan. Justeru mimpi ular yang sedemikian dikatakan adalah simptom gejala bahawa anda sedang didekati atau sudah pun diganggu oleh jin atau makhluk halus.

5. Jika bukan gangguan jin? 

Dikatakan mimpi itu memberi petanda akan mendapat jodoh, tetapi apa maknanya pula kalau si pemimpi tu seorang yang sudahpun bertemu jodohnya ataupun seseorang yang sudahpun berkahwin?

Hmm.. apa mungkin seorang suami yang baru beristeri satu akan menambah ‘kuota’nya? Dan bagaimana pula halnya jika yang bermimpi itu adalah seorang wanita yang sudah pun mendirikan rumahtangga? Sedangkan agama melarang seorang isteri mempunyai lebih dari seorang suami yang sah pada satu-satu masa! Tafsiran ini masih mencetuskan polemik sehingga hari ini.

6. Bagi yang sudah berkahwin

Menurut salah satu tafsiran yang ditemui, dikatakan bahawa sekiranya si pemimpi itu telah pun berkahwin, tetapi bermimpi dipatuk atau dibelit ular, kemungkinan itu membawa erti beliau akan beroleh kemakmuran dalam hidupnya.

IKLAN

7. Ular jadi naga

Sering Mimpikan Ular Sewaktu Sedang Tidur? Baca 10 Tafsiran Popular Mengenainya!

Manakala jika bermimpi melihat ular dan tidak semena-mena ular itu bertukar menjadi naga, tandanya akan ada orang besar (berpengaruh atau berpangkat) yang akan menolong anda.

8. Ular warna-warni

Jika mimpi melihat seekor atau beberapa ekor ular yang berwarna-warni, dikatakan makna tersirat di sebaliknya ialah si pemimpi akan beroleh kebahagiaan.

9. Melihat ular yang banyak

Sekiranya bermimpi melihat ular yang banyak, maknanya akan panjang umur.

10. Dikepung banyak ular

Mimpi dikelilingi oleh ular yang banyak, dikatakan suatu petanda bahawa si pemimpi akan mempunyai ramai musuh.

Jadi daripada 10 tafsiran popular ini, versi manakah anda pernah bermimpi tentang ular? Kongsikan bersama Maskulin!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI