Biasalah kehidupan lelaki zaman moden sememangnya cukup sibuk dengan pelbagai tugasan dan tanggujawab. Tak kiralah sama ada yang bujang atau berkahwin, tidur yang berkualiti dan nyenyak merupakan satu perkara yang sangat penting demi kesihatan fizikal dan mental. Tapi jika setiap pagi anda ‘berperang’ dengan alarm pagi itu bermakna tidur anda tak nyenyak sebenarnya!

Kurang tidur sebenarnya sangat tidak elok untuk kesihatan. Apatah lagi jika perkara ini berlanjutan dalam tempoh yang lama. Mungkin korang tidak sedar sebenarnya anda sendiri tidak cukup tidur.

Tapi tubuh badan korang tidak dapat menipu. Jika ada salah satu daripada 5 petanda yang Remaja kongsi kali ini, itu bermakna korang kurang tidur!

1. Badan masih penat walaupun baru bangun tidur

Tidur merupakan satu tempoh masa untuk badan dan otak kita berehat. Namun jika kamu bangun tidur dan masih berasa letih itu bermakna kamu kurang tidur. Maka dengan itu korang harus ubah masa tidur dengan kadar segera, Jangan biasakan diri dalam keadaan begini berpanjangan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.

2. Ada masalah untuk beri perhatian

Sering Tekan ‘Snooze’ Alarm Pagi? Itu Tanda Tidur Anda Tak Nyenyak!

Ads

Jika beada di dalam kuliah susah nak beri fokus kepada pensayarah. Jika lebih teruk kamu akan berpeluh dingin dan sukar untuk berikan fokus sepenuhnya terhadap apa yang kamu lakukan. Usah paksa diri, sila pergi rehat dan tidur sekarang!

BACA: 10 Cara Untuk Nampak Lebih Menarik Ikut Kajian

3. Set alarm lebih daripada satu

Sering Tekan ‘Snooze’ Alarm Pagi? Itu Tanda Tidur Anda Tak Nyenyak!

Ads

Setiap pagi anda ‘berperang’ dengan alarm. Bukan satu tetapi mungkin lebih daripada lima waktu alarm di-set. Jika mempunyai waktu tidur yang mencukupi badan akan secara otomatik akan bangun sendiri pada waktu yang anda ingini. Badan dan minda kita boleh dilatih untuk bangun pada waktu yang sama setiap hari dengan syarat tidur dalam jumlah masa mencukupi.

4. Tak boleh survive tanpa kafein

Sering Tekan ‘Snooze’ Alarm Pagi? Itu Tanda Tidur Anda Tak Nyenyak!

Ads

Oleh kerana mengantuk anda pasti mencari kopi kerana kononnya untuk elak daripada mengantuk. Kesan ‘kick’ kafein yang kamu ambil setiap hari menjadikan anda perlu mengambilnya untuk lebih segar. Apa akata setiap pagi selepas bangun tidur minum air kosong. Jika kafein diambil berlebihan ia boleh menggangu jam tidur anda.

5. Badan tak mampu melakukan banyak aktiviti dalam sehari

Sering Tekan ‘Snooze’ Alarm Pagi? Itu Tanda Tidur Anda Tak Nyenyak!

Ini petunjuk jelas yang kamu kurang tidur. Jika badan sudah penat memang anda tak dapat buat banyak aktiviti. Sedangkan rakan-rakan relaks sahaja teruskan hari dengan pelbagai aktiviti kamu sudah termengah mencari kerusi untuk duduk. Ingatlah seorang lelaki yang sihat minda dan fizikal memerlukan tidur yang cemerlang!

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI