Gara-gara jatuh hati dengan seorang cashier 7-Eleven, seorang lelaki Taiwan disahkan menghidap penyakit diabetes dalam masa yang cukup singkat.

Semuanya berpunca apabila di kerap ke premis terbabit untuk membeli kopi semata-mata mahu bertemu wanita berkenaan.

Setiap Hari Beli Kopi Di 7E Demi Bertemu ‘Crush’ , Lelaki Ini Akhirnya Hidap Diabetes

Minum kopi manis sejak dua tahun lalu

Lelaki yang tidak diketahui identitinya itu berkongsi mengenai kisahnya di sebuah forum, Dcard, pada Isnin lalu.

IKLAN

Katanya, dia sebenarnya mencuba untuk mendekati wanita itu sejak dua tahun lalu apabila dia ternampak ‘cinta hatinya’ itu di premis tersebut.

Demi mendapatkan perhatian dan mahu wanita itu mengingatinya, lelaki itu mengambil keputusan untuk memesan kopi dengan permintaan lima sudu gula.

Setiap Hari Beli Kopi Di 7E Demi Bertemu ‘Crush’ , Lelaki Ini Akhirnya Hidap Diabetes

IKLAN

Pick up line tak semanis awak

Terkejut dengan permintaan itu, wanita berkenaan bertanya, “Tak terlalu manis ke?”. Lelaki itu membalas, “Tak semanis awak,” katanya membuatkan wanita itu tersenyum.

Sejak dari itu, dia kerap datang ke premis tersebut untuk memesan kopi dengan jumlah gula yang sama.

IKLAN

Akhirnya menghidap diabetes

Setiap Hari Beli Kopi Di 7E Demi Bertemu ‘Crush’ , Lelaki Ini Akhirnya Hidap Diabetes

Namun, keadaan menjadi buruk apabila doktor mengesahkan lelaki itu menghidap diabetes akibat perbuatannya itu.

Ada netizen yang bersimpati, tidak kurang juga yang meragui kesahihan ceritanya namun jika benar, kenapa sampai nak susahkan diri sendiri?

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI