Filem terbaharu keluaran DC, Shazam pada mulanya dijangka akan menemui peminat Malaysia pada 4 April ini namun daripada mereka yang berpeluang menonton awal, macam-macam reaksi diberikan.
#Shazam DI PAWAGAM HUJUNG MINGGU NI!
Limited shows only. Tickets on sale soon! pic.twitter.com/O93s7qJ0is— GSC Cinemas (@GSCinemas) March 26, 2019
Kurangkan elemen dark
Menerusi tayangan yang diawalkan beberapa hari dari tarikh sebenar itu, ramai yang berkata elemen dark dalam DC seperti sudah dikurangkan kerana Shazam adalah sebuah filem yang menyeronokkan.
Kisahnya tentang budak 14 tahun yang dapat superpower. Memang pelbagai perkaralah akan dia cuba namun DC tetap seperti biasa.
Kekal memaparkan elemen kekeluargaan dan superhero yang tampil membantu rakyat jelata dengan tangkas walaupun jalannya tak habis-habis mendada.
Ada dua post credits scenes
Lepas habis cerita Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal, ramai yang terus keluar panggung tanpa mengetahui, filem itu sediakan sebuah post credit yang mempaparkan kisah animasi ‘Puteri’ dalam bahaya meminta pertolongan raja Inderaloka baharu, Mat Jenin.
Yang nak tengok #Shazam bermula weekend ni tu… haaaa jangan cakap admin x bagitau pulok…
Ada 2 post credit scenes! Satu kat tengah credit, satu kena tungguuuuu sampai credit tu roll habis.
See you guys in GSC! pic.twitter.com/RXhQJ9rQD0
— GSC Cinemas (@GSCinemas) March 27, 2019
Dalam filem Shazam ini pula, terdapat dua post credits pada ending dan kepada sesiapa yang terburu-buru keluar awal, mesti akan terlepas menonton apakah babak istimewa tersebut yang mungkin menunjukkan kepada kesinambungannya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI