Gaya Hidup

Shazam : Superhero Miliki Unsur Komedi, Kurangkan Elemen Dark Dalam ‘Dunia DC’

Share

Filem terbaharu keluaran DC, Shazam pada mulanya dijangka akan menemui peminat Malaysia pada 4 April ini namun daripada mereka yang berpeluang menonton awal, macam-macam reaksi diberikan.

Kurangkan elemen dark

Menerusi tayangan yang diawalkan beberapa hari dari tarikh sebenar itu, ramai yang berkata elemen dark

dalam DC seperti sudah dikurangkan kerana Shazam adalah sebuah filem yang menyeronokkan.

Kisahnya tentang budak 14 tahun yang dapat superpower. Memang pelbagai perkaralah akan dia cuba namun DC tetap seperti biasa.

Kekal memaparkan elemen kekeluargaan dan superhero yang tampil membantu rakyat jelata dengan tangkas walaupun jalannya tak habis-habis mendada.

Ada dua post credits scenes

Lepas habis cerita Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal, ramai yang terus keluar panggung tanpa mengetahui, filem itu sediakan sebuah post credit yang mempaparkan kisah animasi ‘Puteri’ dalam bahaya meminta pertolongan raja Inderaloka baharu, Mat Jenin.

Dalam filem Shazam ini pula, terdapat dua post credits pada ending dan kepada sesiapa yang terburu-buru keluar awal, mesti akan terlepas menonton apakah babak istimewa tersebut yang mungkin menunjukkan kepada kesinambungannya.

IKLAN