Ads

SHOKZ Perluas Kehadiran Di Malaysia, Buka Dua Monostore Baharu Di Pavilion KL & Bukit Jalil

shokz

Teknologi audio open-ear semakin mendapat tempat bukan sahaja dalam kalangan pelari dan peminat kecergasan, malah mula menjadi sebahagian daripada gaya hidup harian. Melihat perkembangan itu, SHOKZ memperkukuhkan kedudukannya di Malaysia menerusi pembukaan dua Monostore baharu di Pavilion Kuala Lumpur dan Pavilion Bukit Jalil.

Pembukaan tersebut menjadikan keseluruhan cawangan khusus SHOKZ di Malaysia berjumlah tiga lokasi selepas Monostore pertamanya di IOI City Mall, Putrajaya.

SHOKZ Perluas Kehadiran Di Malaysia, Buka Dua Monostore Baharu Di Pavilion KL & Bukit Jalil

Sejak 2011, SHOKZ membangunkan teknologi audio dengan konsep telinga terbuka yang membolehkan pengguna menikmati muzik atau panggilan sambil terus mendengar bunyi di persekitaran.

Pendekatan itu disokong sistem SHOKZ OpenSound, yang menggabungkan seni bina bunyi, algoritma audio pintar serta kawalan ketirisan bunyi. Bagi mereka yang berlari, berbasikal atau bergerak di kawasan bandar, kemampuan untuk kekal peka terhadap keadaan sekeliling menjadi antara kelebihan utama konsep berkenaan.

Peluang Cuba Sendiri Teknologi ‘Open-Ear’

Kedua-dua Monostore baharu ini bukan sekadar ruang jualan, sebaliknya dibangunkan untuk memberi peluang kepada pengguna mencuba sendiri rangkaian produk SHOKZ.

Antara model yang ditawarkan termasuk OpenRun Pro 2, OpenSwim Pro, OpenDots 2 dan OpenFit Pro. Pakar Open-Ear SHOKZ turut berada di lokasi untuk membantu pengguna memilih produk mengikut keperluan, sama ada untuk perjalanan ke tempat kerja, panggilan, aktiviti sukan atau kegunaan harian.

Ads

SHOKZ Perluas Kehadiran Di Malaysia, Buka Dua Monostore Baharu Di Pavilion KL & Bukit Jalil

Pengurus Jualan APAC SHOKZ, Lyndon Chen berkata, “Pembukaan dua Monostore baharu ini merupakan langkah strategik dalam carta pertumbuhan kami di Malaysia.

“Seiring dengan peningkatan pengguna yang menyedari manfaat produk open-ear, kehadiran fizikal yang lebih kukuh membolehkan kami berinteraksi dengan lebih rapat dengan pengguna untuk memahami cara rakyat Malaysia mengintegrasikan teknologi ini dalam kehidupan seharian mereka.

SHOKZ Perluas Kehadiran Di Malaysia, Buka Dua Monostore Baharu Di Pavilion KL & Bukit Jalil
Pengurus Jualan APAC SHOKZ, Lyndon Chen

“Pembukaan kedai kami di dua destinasi beli-belah terkemuka ini turut mencerminkan keyakinan tinggi kami terhadap potensi pertumbuhan audio open-ear di Malaysia, di samping mengukuhkan komitmen jangka panjang kami terhadap pasaran tempatan,” tambahnya lagi.

Ads

Bukan Lagi Sekadar Untuk Sukan

Walaupun SHOKZ sudah cukup sinonim dengan dunia larian dan kecergasan, jenama itu melihat ruang lebih besar untuk teknologi open-ear berkembang sebagai sebahagian daripada gaya hidup pengguna.

Menurut Pengurus Besar NOVE Malaysia, Jo Ten, “Sejak awal lagi, kami meletakkan kepercayaan penuh terhadap SHOKZ dan melihat potensi besar teknologi open-ear dalam mengisi jurang keperluan pasaran tempatan.

SHOKZ Perluas Kehadiran Di Malaysia, Buka Dua Monostore Baharu Di Pavilion KL & Bukit Jalil
Pengurus Besar NOVE Malaysia, Jo Ten

“Pembukaan Monostore SHOKZ di Pavilion KL dan Pavilion Bukit Jalil merupakan mercu tanda penting dalam perjalanan kami bagi melonjakkan lagi jenama ini dalam segmen gaya hidup. Walaupun SHOKZ telah mempunyai reputasi yang kukuh dalam arena sukan, kami melihat potensi luar biasa untuk teknologi ini menjadi sebahagian daripada gaya hidup seharian pengguna.

“Dengan SHOKZ, kami kekal komited untuk memacu pengembangan jenama ini di Malaysia serta membawakan pengalaman open-ear dengan lebih dekat kepada lebih ramai pengguna.”

Ads

Hubungan SHOKZ dengan komuniti larian dan kecergasan tempatan juga terus diperkukuhkan menerusi pelbagai inisiatif yang menekankan keseimbangan antara menikmati audio dan kekal peka terhadap persekitaran.

SHOKZ Perluas Kehadiran Di Malaysia, Buka Dua Monostore Baharu Di Pavilion KL & Bukit Jalil

Selain mencuba produk, pelanggan di Monostore juga boleh mendapatkan bimbingan penggunaan serta sokongan selepas jualan termasuk bantuan pascapembelian dan urusan jaminan secara langsung.

BACA: ‘Penyakit Tiga Serangkai’, Apa Kaitan Di Antaranya & Kenapa Sering Disebut Bersama

Pembukaan dua lokasi baharu ini jelas menunjukkan SHOKZ mahu membawa konsep open-ear keluar daripada lingkungan sukan semata-mata. Daripada trek larian ke perjalanan harian dan ruang kerja, teknologi tersebut kini semakin diletakkan sebagai salah satu pilihan audio untuk gaya hidup moden.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads