Semalam MASKULIN sempat menghadiri majlis sidang media dan pengenalan Toyata Vios terbaru yang dianjurkan oleh pengedarnya, UMW Toyota Motor. Bersempena dengan pelancaran model terbaru Vios tersebut, Toyota turut melancarkan sebuah muzik video istimewa sebagai salah satu daripada kempen mereka ‘As Never Before’.

Menariknya muzik video yang menampilkan judul yang sama iaitu ‘As Never Before’ menampilkan dua bakat seni berpengaruh di negara kita iaitu pelakon popular, Shukri Yahaya dan Shawn Lee, beatboxer terkenal.

Shukri Yahaya Dekati Muzik Hip Hop Menerusi Muzik Video Toyota ‘As Never Before’
Shukri Yahaya berganding bahu dengan Shawn Lee di dalam muzik video ‘As Never Before’.

Selain menampilkan mereka berdua muzik video tersebut turut menyerlahkan model terbaru Toyota Vios. Malah pihak produksinya meletakkan kamera di pelbagai sudut kereta bagi mendapatkan paangan menarik untuk tontonan penonton.

IKLAN

MASKULIN sempat menemubual Shukri Yahaya tentang pengalamannya dalam penggambaran muzik video ini. Shukri sebelum ini memang sudah terlibat dengan Toyota sebagai TGR Racer sejak tahun 2017 lagi.

Bercerita pengalamannya untuk menyanyi dan rap dalam muzik video ini, Shukri berkata sebenarnya dia lebih banyak menjadi back up kepada Shawn Lee. Ini merupakan satu pengalaman baru baginya.

IKLAN
Shukri Yahaya Dekati Muzik Hip Hop Menerusi Muzik Video Toyota ‘As Never Before’
Bukan selalu kita boleh tengok Shukri Yahaya cuba rap dan menyanyi dalam muzik video.

“Saya sudah kenal lama dengan Shawn dan dalam TGR Racer dia yang paling rapat dengan saya. Dari situ saya banyak belajar dan dapatkan tip tentang muzik rap dan hip hop daripadanya. Tapi ini memang satu pengalaman yang sangat hebat.”

Objektif muzik video ini disasarkan kepada pengguna muda atau young executive serta menonjolkan karakteristik Vios yang lebih segar. Toyota juga ingin menyampaikan mesej bahawa mereka seiring dengan generasi muda yang lebih tech savvy.

IKLAN
Shukri Yahaya Dekati Muzik Hip Hop Menerusi Muzik Video Toyota ‘As Never Before’
UMW Motor Toyota melancarkan Toyota Vios edisi terkini! Shukri dan Shawn mengiringi Presiden UMW Toyota Motor, Ravichandran K dan Timbalan Pnegerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

Malah muzik video ini dihasilkan dengan mengambil kira apa yang orang muda dengar sekarang. Jelas mereka lagi kajian terhadap muzik popular di Spotify untuk hasilkan muzik video ini.

Difahamkan juga bahawa ‘As Never Before’ merupakan muzik video terbesar dihasilkan oleh UMW Toyota Motor sepanjang sejarah mereka.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI