Yee sang menjadi hidangan utama Tahun Baru Cina. Dalam kelazatan buah-buahan serta sayuran, yee sang mampu memberikan pelbagai khasiat yang diperlukan tubuh.

Ini kerana warna buah-buahan dan sayuran yang ada dalam yee sang tersebut menggambarkan khasiat yang terkandung di dalamnya.

Siapa Suka Makan Yee Sang? Ini 20 Khasiatnya Yang Ramai Orang Tak Tahu!

Sehubungan dengan itu, mudah untuk kita memilih dan memaksimumkan pengambilan pelbagai khasiat dalam makanan dengan hanya melihat warnanya seperti :

Warna merah

Warna merah pada tembikai dan buah naga contohnya mengandungi likopen yang bertindak sebagai antioksidan untuk badan. Nutrisi ini dapat mengurangkan risiko kanser prostat pada lelaki, menurunkan tekanan darah, mengawal pertumbuhan tumor, mengawal kadar kolesterol LDL  menghalang radikal bebas yang berbahaya.
Warna jingga

Jingga pada buah oren dan betik pula mengandungi beta-karoten (salah satu sumber vitamin A) yang diperlukan tubuh sebagai bahan imunisasi melindungi kulit dan sel badan daripada pencemaran bahan kimia dan alam sekitar.

Warna kuning

IKLAN

Buah-buahan berwarna kuning seperti pisang mengandungi vitamin C yang melindungi daripada jangkitan, meningkatkan imunisasi badan serta pertumbuhan dan pembaikan tisu. Selain itu ia juga mengandungi potasium yang juga baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangi pembentukan plak di arteri serta berfungsi sebagai pencuci perut.

Warna hijau

Sayur-sayuran hijau mengandungi asid folat yang membina sel tubuh selain indola dan lutein yang membantu merendahkan tekanan darah dan kadar kolesterol LDL, menjadikan sistem pencernaan kembali normal serta meningkatkan kesihatan retina dan penglihatan. Ia juga mengandungi alil sulfida yang bertindak menyerang sel kanser.

Bahan utama penghasilan yee sang

Bagi anda yang teringin mahu menghasilkan yee sang, ini 7 bahan berasaskan perbezaan warna yang perlu disediakan :

IKLAN

Siapa Suka Makan Yee Sang? Ini 20 Khasiatnya Yang Ramai Orang Tak Tahu!

Bahan A

– 1 cawan hirisan lobak merah
– 1 cawan hirisan jambu batu
– 1 cawan kubis ungu
– 1 cawan hirisan salad romaine atau bulat
– 1 cawan daun ketumbar dicincang kasar
– 1 cawan limau gedang atau limau mandarin
– 1 pek hirisan isi ikan salmon

Bahan B

IKLAN

– 3 sudu enzim Noni Gold
– 3 sudu makan minyak zaitun
– 3 sudu makan jus limau
– 3 sudu makan manuka
– 1 sudu panggang bijan
– 1 sudu makan badam panggang
– Sedikit serbuk lada putih

Cara menyediakannya

Siapa Suka Makan Yee Sang? Ini 20 Khasiatnya Yang Ramai Orang Tak Tahu!

Anda perlu menggunakan cawan penyukat untuk meletakkan semua bahan A di atas pinggan yang besar. Seterusnya, tuangkan bahan B apabila semua tetamu berkumpul untuk makan dan sajian sedia dihidangkan.

Kalau nak lagi sedap, anda juga boleh menggunakan sos plum yang mempunyai rasa masam dan manis. Tuangkannya dan disusuli dengan tindakan memicit jus limau pada ikan mentah bertujuan untuk mengelakkan kemasukan bakteria selain menyedapkan rasa ikan itu.

Selamat mencuba!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI