Mohd Shahir Abdul Rahim mengakui dirinya dulu seberat 113 kilogram.
Mengimbau kembali pengalaman sepuluh tahun lalu, anak kedua dari lima orang adik-beradik ini mengakui boleh menghabiskan 24 biji donat seorang diri. Mungkin kerana ketika itu dia masih seorang remaja, maka berat badan bukanlah faktor penghalang buat dirinya untuk tampil di khalayak.
Meskipun, ada kalanya pandangan kurang menyenangkan dari masyarakat sekeliling, namun tidak pernah sekalipun Shahir mempedulikannya. Sehinggalah pada tahun akhir pengajian di Universiti Malaya (UM), perasaan ingin berubah mula terbit di hatinya hingga mendorong untuk menurunkan berat badan.
“Sebenarnya banyak juga faktor yang mendorong transformasi. Tapi, faktor paling utama mestilah sebab konvo. Saya nak kelihatan segak dan kemas seperti orang lain. Lebih-lebih lagi semasa mengambil gambar mengenakan jubah konvo bersama segulung ijazah. Dan juga sebagai persediaan rapi sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
‘PANTANG’ NASI SETAHUN
“Pada awalnya, agak susah juga untuk berdiet. Dari seorang yang suka makan, saya perlu ubah dengan mengehadkan pengambilan makanan. Saya mula ‘set gol’ untuk turun dua kilogram dalam masa sebulan. Namun, jika turun lebih dari itu saya gembira. Hasilnya dalam tempoh empat bulan berat badan saya menurun sebanyak lapan kilogram. Satu pencapaian yang membanggakan.
Ads
“Daripada segi pemakanan pula saya makan apa sahaja kecuali nasi. Saya ‘pantang’ nasi selama satu tahun. Pada waktu pagi, saya bersarapan dengan roti sebelum ke kuliah. Tengah hari pula, saya makan lauk sahaja asalkan bukan yang bergoreng. Pada waktu malam, saya hanya mengambil makanan berasaskan sup dan sebelum tidur saya mengamalkan minum secawan teh hijau untuk penghadaman.
Mengelak makanan tertentu atau mengurangkan sukatan pengambilan makanan selalunya kurang berkesan jika tidak disusuli dengan aktiviti fizikal seperti bersenam. Bagi menjayakan misi berkenaan, Shahir turut melakukan senaman sekurang-kurangnya sekali sehari untuk mengekalkan momentum aktif dan mengelakkan kemalasan di kemudian hari.
“Untuk mencapai target yang tidak menjerat badan, saya menyeimbangkan pengambilan makanan dengan senaman. Saya lakukan senaman dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang selama satu jam. Namun apabila mula sibuk dengan urusan, saya hanya melakukannya sekali sehari pada waktu petang sahaja. Atau jika terlalu sibuk memadai dengan tiga kali seminggu.
Kesungguhan yang dipamerkan jejaka Batu Pahat, Johor ini tidak hanya terhenti setakat itu. Baginya, setiap usaha yang dilakukan pasti akan berjaya jika dilakukan secara berdisiplin dan berhemah. Tanpa kecekalan yang tinggi, siapa pun akan terkandas di tengah jalan.
Ads
SIMPAN BAJU SAIZ M
Mengulas lanjut, jejaka 30 tahun ini mengakui turut berasa putus asa dan tidak yakin dengan kejayaannya. Namun, halangan itu dihadapi dengan meletakkan satu sasaran yang jelas.
“Mula-mula dulu timbul juga rasa putus asa. Rasa lapar membuak-buak. Terliur lihat orang lain makan dan banyak lagi halangan-halangan lain. Namun, saya yakinkan diri dan ingat kembali pakaian-pakaian yang saya cuba dalam fitting room setiap kali ke pusat membeli-belah,” katanya sambil ketawa.
“Biasanya, saya akan cuba baju bersaiz M dan membelinya jika berkenan. Saya akan simpan di dalam almari dan melihatnya semula apabila rasa give up. Itu antara penyumbang semangat untuk kekalkan disiplin. Selain itu, saya juga mencari ikon untuk dijadikan contoh pembakar semangat.
“Namun, semangat terbesar ialah adanya dua orang rakan yang turut serta dalam ‘cabaran’ ini. Kami sama-sama bersaing merebut berat badan ideal.
Ads
Walaupun sibuk bekerja, namun Shahir yang kini memiliki berat badan 75 kilogram masih meneruskan gaya hidup aktif sebagai usaha mengekalkan bentuk badannya.
“Setelah melaluinya sendiri, baru saya tahu untuk menurunkan berat badan tidaklah susah. Namun, untuk mengekalkan berat badan ideal itu yang susah. Bagi yang memiliki tahap metabolism mudah gemuk dan mudah kurus ini penjagaan makanan amat dititikberatkan.
“Sehingga ke hari ini, saya masih mengamalkan pengambilan teh hijau sebelum tidur dan hanya mengambil nasi dua kali seminggu.
“Selain berjaya mendapat berat badan ideal, apa yang paling membanggakan ialah adik lelaki saya turut mengikut jejak langkah setelah melihat kejayaan saya,” ujar Shahir akhiri perbualan.
Temubual Bersama Wartawan Fadhlin Ismail
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam kita menjalani ibadah puasa, ramai yang mengambil kesempatan untuk berdiet. Kalau nak berdiet penting untuk anda miliki jadual diet yang mudah untuk diikuti. Barulah mudah berat turun secara konsisten.
Buat anda yang ingin menurunkan berat badan sebanyak 5-10 kilogram sepanjang Ramadan ini, boleh ikuti jadual diet yang dikongsikan Norafiza Mahmud. Menerusi jadual diet ini, beliau berjaya mengenakan baju kebaya saiz S sepanjang Hari Raya.
Lelaki jangan bimbang kerana jadual diet ini juga sesuai untuk anda jadikan amalan sepanjang Ramadan. Dapatlah suami isteri kurus sama-sama! Semoga bermanfaat.
Ini jadual diet sepanjang Ramadhan. Boleh pakai kebaya saiz S raya ni.
Jom buang 5kg-10kg. Apa ada hal!
Jadual ini tidak di pengaruhi oleh gula, garam, santan ataupun minyak yang tinggi.
Kau orang boleh rasa garam di dalam sambal belacan atau air asam. Juga merasakan gula di dalam jus buah-buahan.
Alamak, takda kueh langsung ke❓
Ye, dalam menu ni xda kueh langsung. Tapi kau orang boleh memilih 1 atau 2 jenis setiap kali berbuka dengan kuantiti 2 ketul sahaja. Jika kau orang memilih nasi maka, terpaksa meninggalkan kueh.
Jika memilih kueh, lupakan nasi untuk hari itu. Alasannya adalah, kau orang perlu set jadual makan dan memilih yang mana perlu. Ala bukan tiada hari esok untuk makan.
Ini gambaran berapa banyak nasi yang perlu kau orang ambil. Malas la nak tipu kau orang. Sebenarnya kalau memang nak betul betul slim memang perlu elakkan nasi. Tak Percaya. Lihat gambar terakhir.
Untuk menu yang ini. Masak dahulu tahu bersama hujung sudu butter. Kemudian sayur dan tempe. Kemudian baru grill ikan. Ini untuk mengelakkan hanyih ikan bercampur dengan sayur.
Masak sotong dahulu bersama hujung sudu butter. Kemudian masukkan sayur tanpa menambah butter. Last sekali tahu. Mudah bukan?
Paling kebabom. Terung grill bersama cencalok. Eeeee, kecur air liur tau!
Cik oya, kenapa perlu 15 minit bersenam❓
Nak bersenam atau mengeras rumah atau apa pun yang mampu memberi signal “berpeluh”. Cara ini dapat memenuhi keperluan 8 gelas sehari dalam tempoh berpuasa.
Jadi, masak ikan, udang dan sotong mahupun sayur menggunakan apa❓
Gunakan “non stick pan” dan ⅓ sudu makan “butter”. Sama ada untuk memasak barang basah atau sayuran. Butter sudah cukup untuk memberi rasa sedap.
Semua grill. Udang, sayur dan tahu. Masuk dahulu udang bersama butter, Kemudian angkat udang yang sudah masak. Masukkan pula sayur tanpa menambah butter. Kemudian, grill pula tahu tanpa menambah butter.
Cik oya, kenapa berbuka tiada nasi❓
Percayalah, Berbuka tanpa nasi dapat mengembalikan tenaga yang hilang. Malah, kau orang akan lebih segar dan cergas.
Nasi hanya akan melemaukan aktiviti selepas berbuka.
Kudap-kudap: Apple hijau, badam, apricot, kurma
Boleh ke saya hendak minum ais❓
Boleh. Awak taruk beberapa ketul ais di dalam jus epal, jus timun dan sebagainya. Pastikan semua jus bebas daripada campuran gula.
Ini jus apple dan peria. Kau orang boleh sahaja membuat apa apa jus buah. Cuma di larang memasukkan gula. Itu sahaja.
Ini mango susu + yogurt. Sekilo RM4.50 sahaja. Ala murah sangat mango ni. WAJIB mencubanya. Sangat sedap.
Best for penghadaman. Buah naga.
Bila masa yang sesuai untuk minum tea detox❓
Tea detox start dari awal berbuka. Sepanjang sebelum tidur wajib minum. Ini akan memberi kesan optimum untuk slim. Kulit juga akan cerah di pagi raya.
Boleh ke tahan lapar kalau tak makan nasi❓
Boleh sayang. Pakai je bengkung setiap hari. Gunakan bengkung biasa. Ala, rm25 je di lazada. Bengkung ini untuk support tulang belakang, kurangkan rasa lapar. Ini bukan bengkung untuk “shaping” ok.
Pernah tak anda lihat bentuk badan seorang perenang? Lihat sahaja bahu dan otot belakang mereka. Bentuknya yang menjadi idaman setiap lelaki. Buat anda yang ingin memiliki bahu yang lebih lebar, besar dan ‘berkepak’ seperti mereka usah risau. Apa teknik senaman mereka?
Bentuk badan yang jika dilihat seakan berbentuk ‘V’ dai abdomen hingga ke atas. Inilah bentuk badan yang cukup maskulin serta nampak semula jadi tegap.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa teknik senaman yang mampu merealisasikan impian anda.
OVERHEAD PRESS
Untuk senaman ini anda memerlukan bantuan palang. Kedua-dua tangan memegang palang namun tidak lebar daripada kedudukan bahu. Pastikan kedudukan siku anda dalam kadaan vertikal. Kaki pula perlulah sedikit lebar daripada kedudukan bahu. Mulakan lakukan pressing ke atas hingga kepala melepasi palang. Ulang sebanyak beberapa kali.
SEATED NECK PRESS
Bagi senaman ini pula anda memerlukan kerusi dan barbell. Mulakan posisi dengan posisi duduk di atas kerusi yang mempunyai sokongan belakang. Dengan kedudukan tangan berada di depan, pegang barbell dalam beberapa inci lebih lebar daripada bahu.
Tolak barbell dan regangkan lengan dn siku ke kedudukan overhead. Teruskan dengan mengangkatnya ke bahagian atas kepala pula. Lakukan sebanyak 3 hingga 5 set dengan 6 hingga 10 reps.
Seterusnya lakukan senaman dalam kedudukan duduk yang sama dengan menggunakan dumbbell. Gunakan dua dumbbell utnuk tangan kiri dan kanan. Mulakan dalam kedudukan locked-out di atas kepala dengan bahagian dalam tangan menghadap luar.
Perlahan-lahan angkat satu tangan secara bergilir-gilir. Lakukan press ke atas dengan angkatan dumbbell. Pastikan tangan tidak dipusing bagi mengelakkan kecederaan. Ulang proses ini sebanyak 4 set dengan 6 hingga 8 reps setiap belah tangan.
Senaman ini pula dilakukan secara berdiri dengan menggunakan barbell. Dalam posisi berdiri, pastikan anda memegang barbell dalam kedudukan sama lurus dengan bahu. Gunakan otot belakang dan gerakkan bilah bahu. Posisilan kedudukan barbell sedikit jauh dari badan.
Angkat barbell dalam arc motion dengan memastikan tangan sentiasa lurud. Elakkan daripada melakukan hayunan untuk kesan lebih maksima.
FRONT RAISE
Dengan menggunakan dumbbell, pastikan anda dala kedudukan berdiri dengan kaki dilebarkan selari bahu. Gunakan dua dumbbell untuk tangan kanan dan kiri. Pegang dumbbeel dalam kedudukan 5 inci daripada paha. Angkat tangan ke hadapan dengan membengkokkan sedikit siku.
Apabila dumbbell dalam kedudukan sama tinggi dengan bahu, berhenti seketika. Perlahan-lahan bawanya semula ke bawah dalam kedudukan asal. Lakukan sebanyak 3 ke 5 set dalam 10 reps untuk setiap belah tangan.
Diharapkan perkongsian ini mampu membantu anda mendapatkan rutin senaman yang lebih mantap! Ikuti YouTube MASKULIN untuk video teknik workout seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat anda yang mungkin tak berapa tahu, crossfit merupakan jenis senaman yang efektif bagi menghasilkan badan yang fit. Sesiapa sahaja tak kira peringkat umur dan jantina boleh melakukannya. Cuma apa yang membezakan iaah kemampuan fizikal serta tahap kesukarannya.
Crossfit juga merupakan program senaman yang menggabungkan pelbagai pergerakan dalam tempoh masa tertentu. Kali ini MASKULIN ingin kongsi empat jenias teknik senaman crossfit yang boleh anda lakukan di rumah atau gimnasium.
Efektif dengan melakukan pergerakan pantas pada keseluruhan otot tubuh nyata memberikan kesan secara menyeluruh. Lakukan deadlift dengan mengangkat bebanan yang anda mampu lakukan bergantung kepada kekuatan tubuh dan stamina yang dimiliki.
BURPEE OVER BAR
Lakukan burpee over bar secara berselang dengan deadlift dengan kiraan 5-4-3-2-1 . Turunkan tubuh anda ke permukaan lantai dengan kaki menjurus ke belakang di sebelah deadlift. Lakukan push up lantas berdiri semula dan melompat ke bahagian lain deadlift dengan mengulangi pergerakan yang sama.
KETTLEBELL SWING
Kettlebell mempunyai beberapa jenis bebanan dan pilih berat yang mampu anda lakukan. Hayunan kettlebell mampu memberi rengan kepada keseluruhan otot utama tubuh anda. Lakukan dengan mengangkat kettlebell dengan kedua belah tangan dan mulakan hayunan hingga ke posisi 70 darjah. Lakukan secara berulang dari kiraan 20-10-5.
GOBLET SQUAT
Kekal menggunakan kettlebell dengan mengaplikasikan sifat fizikal bebanan yang dimiliki. Lakukan squat sambil memegang kettlebell dengan menggunakan kedua belah tangan dan bawa kettebell ke paras dada. Lakukan secara berulang dari kiraan 20-10-5.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.