Menyimpan janggut adalah salah satu amalan sunnah yang dianjurkan kepada kaum lelaki dalam Islam. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa Rasulullah SAW bukan hanya menyimpan janggut, malah sangat menjaga kekemasan dan kebersihannya.

Dalam dunia lelaki moden hari ini, janggut sering dikaitkan dengan imej maskulin, matang dan berkarisma. Tapi bagi lelaki Muslim, ia adalah lambang keperibadian dan identiti yang berlandaskan sunnah.

Simpan Janggut Sunnah Bagi Lelaki, Ini Cara Rasulullah SAW Jaga Janggut
Gambar Hiasan AI

Dalam sebuah ceramah, Ustaz Muhaizad ada berkongsi mengenai cara Rasulullah SAW menjaga janggut, dan mengingatkan agar kita tidak hanya menyimpannya tanpa penjagaan. Janggut yang tidak dijaga boleh kelihatan serabut, kotor dan memberi persepsi negatif terhadap amalan sunnah itu sendiri. Jadi, bagaimana sebenarnya Nabi menjaga janggutnya? Jom kita selami sunnah ini dengan lebih mendalam.

1. Simpan Janggut, Tapi Nipiskan Misai

Dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda:

“Simpanlah janggut dan cukurlah misai.”

Ini menunjukkan bahawa menyimpan janggut adalah sunnah yang sangat digalakkan, tetapi pada masa sama, misai pula perlu dipendekkan agar tidak menutup bibir. Ia bukan hanya soal gaya, tapi kebersihan ketika makan dan minum juga diutamakan.

Ads

2. Janggut Jangan Dibiarkan Serabut

Menurut Ustaz Muhaizad, Saidina Umar RA pernah berkata:

“Kalau janggut aku macam tu, aku potong je.”

Ini menunjukkan bahawa para sahabat sangat menitikberatkan soal kekemasan. Janggut yang dibiarkan panjang tidak terurus atau kusut akan mencacatkan penampilan dan boleh mencemarkan imej lelaki Muslim. Maka, adalah digalakkan untuk ‘trim’ janggut agar sentiasa rapi.

Simpan Janggut Sunnah Bagi Lelaki, Ini Cara Rasulullah SAW Jaga Janggut
Gambar Hiasan AI

3. Potong Bulu Lebih di Bahagian Pipi

Dalam mazhab Syafi’i, bulu yang tumbuh di bahagian pipi bukan dianggap sebagai janggut, tetapi dikenali sebagai jambar. Justeru, bahagian ini boleh dan disarankan untuk dirapikan supaya janggut kelihatan lebih teratur. Jangan takut untuk mencukur bulu halus yang tidak seimbang atau menonjol.

Ads

4. Gunakan Minyak Janggut untuk Kelembapan dan Bauan

Rasulullah SAW sangat suka dengan bau wangi. Baginda sering memakai minyak wangi, termasuk ketika menyikat rambut dan janggut. Lelaki moden hari ini boleh menggunakan minyak janggut (beard oil) untuk menjaga kelembapan, mengelakkan janggut daripada kering atau bercabang, serta memberikan aroma yang menyenangkan.

5. Haram Cukur Habis Janggut

Ustaz Muhaizad turut mengingatkan bahawa menurut mazhab Syafi’i, mencukur janggut secara keseluruhan adalah haram. Malah, seseorang yang mencukur janggut sehingga licin tidak layak menjadi wali kepada anak perempuannya kerana dia telah meninggalkan sunnah yang jelas. Ini bukan soal remeh, tetapi soal prinsip dan ketaatan.

6. Janggut Kemas Tarik Imej Positif Lelaki Muslim

Janggut yang dijaga dengan baik bukan hanya mematuhi sunnah, tapi juga menyerlahkan imej seorang lelaki yang berdisiplin dan matang. Ia menunjukkan kita peduli terhadap kebersihan, keterampilan dan penampilan — nilai-nilai penting bagi seorang lelaki yang mahu tampil yakin dan dihormati.

Ads

Simpan janggut sunnah bagi lelaki, tapi cara kita menjaganya juga sangat penting. Jangan biarkan panjang tak terurus, serabut atau kotor. Amalkan sunnah seperti Rasulullah SAW — simpan janggut, trim dengan kemas, rapikan misai, dan wangi selalu.

Janggut bukan hanya lambang kejantanan, tapi juga simbol iman dan penghayatan sunnah. Lelaki maskulin yang sejati bukan hanya nampak hebat, tapi juga berpegang teguh pada prinsip dan sunnah Nabi.

Mulakan hari ini, simpan janggut dengan gaya dan iman!

Sumber: Facebook

BACA LAGI : Warnakan Janggut Dengan Inai? Ini Hukumnya Mengikut Sunnah Rasulullah

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads