Kredit: Singapore Tourism Board

Selepas kira-kira dua tahun terputus hubungan keluar masuk di antara negara Malaysia dan Singapura, kini segalanya sudah hampir pulih seperti sedia kala. Pandemik COVID-19 benar-benar menguji rakyat kedua-dua negara terutamanya dari segi pelancongan.

Dan kini Singapura menerusi Singapore Tourism Board (STB) mengalu-alukan dengan terbuka kedatangan rakyat dari negara kita. Menerusi jamuan Raya yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini, STB mengumumkan mereka bersedia menyambut kembali ketibaan pelancong terutamanya dari Malaysia.

Singapura Sedia Raikan Kedatangan Pelancong Dari Malaysia Dengan Kempen SingaporeReimagine 
Image credit Singapore Tourism Board

Bagi mengalu-alukan kedatangan semula, STB melancarkan kempen SingaporeReimagine, kempen yang mensasarkan kepada pemulihan pelancongan dengan memperkenalkan pengalaman yang baru dan luar biasa, termasuklah tarikan terbaharu dan restoran yang unik, pusat kesihatan dan pengalaman lestari. Kempen ini dibangunkan dengan mengambil kira terhadap perubahan keperluan dan aspirasi pengguna secara global.

Singapura Sedia Raikan Kedatangan Pelancong Dari Malaysia Dengan Kempen SingaporeReimagine 
Pengarah Bahagian Malaysia dan Brunei STB, Lee Jian Xuan

Jelas Pengarah Bahagian Malaysia dan Brunei STB, Lee Jian Xuan, ““Sejak pembukaan semula sempadan, kami mendapat maklum balas yang positif daripada para pelancong Malaysia. Malaysia merupakan pasaran yang penting untuk Singapura.

IKLAN

“Kini, aktiviti melancong juga semakin mudah tanpa kuarantin atau ujian bagi para pelancong yang telah menerima vaksin penuh, kami mengalu – alukan kepada semua untuk menikmati pengalaman dan membayangkan tawaran yang merupakan sebahagian daripada kempen SingapoReimagine”.

SISI BERBEZA & MENARIK

SingapoReimagine mempamerkan sisi yang berbeza dari apa yang ditawarkan oleh bandar ini, dari tarikan baharu dan tempat makan yang menarik, hingga pelbagai pengalaman kesihatan dan lestari. Pelancong juga boleh menantikan pengalaman baharu, tidak dijangka dan inovatif, disamping langkah-langkah kebersihan dan kesihatan yang dipertingkatkan.

Untuk mendorong inisiatif ini, STB Malaysia bekerjasama dengan rakan kongsi seperti Mandai Wildlife Group dengan menawarkan diskaun ekslusif sebanyak 33% kepada pelancong Malaysia ke atas pembelian tiket untuk ketiga-tiga taman mereka – Singapore Zoo, Night Safari dan Jurong Bird Park dengan kod promosi – MY33OFF.

IKLAN
Singapura Sedia Raikan Kedatangan Pelancong Dari Malaysia Dengan Kempen SingaporeReimagine 
Photo by Andy Kho

Selain itu, pelbagai tawaran menarik dari syarikat penerbangan Singapore Airlines juga ditawarkan menerusi Travel Fair dengan kadar tambang yang cukup berpatutan. STB turut menandatangani persefahaman dengan airasia bagi mempromosikan lawatan ke negara mereka.

Awal tahun ini, STB Malaysia melancarkan beberapa aktiviti pemasaran yang mensasarkan kepada destinasi pilihan dikalangan pelancong Malaysia. Contoh yang pertama merupakan siri kandungan “Hello from Singapore” doku-siri 10 episod yang menawarkan pandangan para penggiat industri di Singapura dalam memikirkan cara terbaharu untuk membuka peluang perniagaan pelancongan mereka.

IKLAN

Pelbagai insan yang terkenal muncul di dalam program tersebut termasuklah Trase One, perintis adegan seni jalanan tempatan Pirakash T, Ketua APAC Muzium Ais Krim yang bertemakan alam Ajaib, Oniatta Effendi pengasas Baju by Oniatta, jenama baju yang menampilkan kembali fesyen Batik moden dan lain – lain.

Video bersiri 4 bahagian “Chic In The City” telah dilancarkan untuk memberikan pelancong maklumat terkini tentang pelbagai tawaran runcit di Singapura. Webisodes ini dibawakan oleh personaliti TV Malaysia dan influencer, Amanda Chaang menerokai perkara yang unik dan istimewa di Singapura melalui program “Made With Passion” yang menampilkan jenama utama tentang cerita Singapura bermula daripada Fesyen & Aksesori, Reka Bentuk, Rumah & Dekorasi, Kecantikan & Kesihatan dan juga Makanan & Minuman.

Dalam beberapa bulan akan datang, STB Malaysia akan bekerjasama dengan rakan media, penglibatan daripada content creator dan influencer, untuk mengimbas kembali pengalaman melancong di Singapura dan juga memperkenalkan kepada pelancong tentang tarikan yang kurang dikenali oleh para pengguna.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI