Bukan hanya wanita, tapi anda sebagai lelaki juga boleh berdepan dengan masalah blackhead dan whitehead. Malah kadangkala kondisi pada lelaki jauh lebih teruk.
Liang pori wajah terbuka biasanya akan mengundang masalah seperti bintik hitam, bintik putih ataupun jerawat. Selain menggunakan skrub, anda boleh amalkan banyak petua untuk menghilangkan masalah ini dengan bahan semula jadi yang murah dan mudah dari dapur.
Petua menghilangkan bintik hitam dan putih ini boleh diatasi dengan menggunakan sembilan bahan murah yang mudah didapati di dapur.
1. AIS
Meningkatkan pengaliran darah pada kulit seterusnya membina kulit yang lebih sihat.
Caranya: Balut kiub ais dalam kain dan tekap pada bahagian yang bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap yang mungkin. Jika tidak sempat, cuci muka dengan air berais sekali sehari. Untuk lebih efektif, gantikan air dengan jus timun, jus epal ataupun teh hijau dan bekukan.
2. CUKA EPAL
Menegangkan kulit, mengurangkan pori dan mengembalikan kestabilan pH kulit muka.
Caranya: Campurkan cuka ke dalam air. Dengan mengguna kapas, celup dan sapukan pada kulit muka. Biarkan kering dan bilas. Sebaiknya lakukan setiap malam selepas mencuci muka.
3. PUTIH TELUR
Mengecutkan liang yang terbuka dan menghilangkan minyak berlebihan di muka.
Ads
Caranya: Pukul putih telur dan sapu pada muka. Biarkan kering baru dibilas. Untuk kesan yang efektif, selepas sapu putih telur di muka, lindunginya dengan meletakkan tisu di atasnya. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan dua kali seminggu.
4. SKRUB GULA
Membuang minyak muka yang berlebihan dan mengurangkan pori terbuka.
Caranya: Gaul dua sudu gula, satu sudu minyak zaitun dan sedikit jus lemon bersama, kemudian sapu pada muka. Biarkan selama 30 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin. Boleh juga menambah aroma lain seperti kayu manis atau vanila. Lagi wangi!
5. SODA BIKARBONAT
Membuang lebihan minyak, kotoran dan debu di permukaan kulit muka. Ia juga merawat masalah jerawat.
Caranya: Buat pes daripada dua sudu soda bikarbonat dan air. Sapu pada wajah dan urut perlahan-lahan untuk penyerapan.
Ads
6. JUS LEMON
Mengurangkan bukaan pori, mengatasi bintik hitam dan mencerahkan wajah.
Caranya: Campurkan satu sudu madu ke dalam jus lemon. Sapu pada muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas. Lakukan setiap hari selama sebulan dan hasilnya pasti menakjubkan!
7. TIMUN
Mengecutkan liang yang terbuka dan mengembalikan seri wajah.
Caranya: Ekstrak jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus dan sapu pada muka. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Lakukan setiap sehari juga selama sebulan.
8. YOGURT
Membuang minyak yang berlebihan, membuang sel-sel kulit mati, mengurangkan garis halus dan kedut di muka.
Ads
Caranya: Sapu yogurt pada muka. Biarkan selama 10 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin.
9. OAT
Sesuai digunakan oleh mereka yang punya kulit sensitif.
Caranya: Campurkan lima sudu madu dan dua sudu susu tepung dalam dua sudu oatmeal. Gaul sampai sebati dan sapu pada muka. Kemudian urut perlahan-lahan. Sesudah itu biarkan ia kering barulah dibilas.
LAKUKAN SECARA KONSISTEN
Pastikan kulit muka juga tidak terdedah pada sinaran matahari dan lakukan skrub setiap minggu untuk mengurangkan lebihan minyak, membuang sel kulit mati dan kotoran di muka.
Dengan mengamalkan petua mengatasi bintik hitam dan putih ini serta menjaga kebersihan diri, anda dapat dapat merasakan kesannya dalam masa yang singkat!
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!
Sumber: petuaibu
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Waxing adalah cara terbaik untuk membuang bulu yang tumbuh dekat badan.
Dari merapikan misai, janggut dan jambang misalnya hinggalah menghilangkan bulu di ketiak semua boleh dilakukan dengan menggunakan cara waxing.
Selain lebih cepat dan murah berbanding rawatan laser, menggunakan benang (threading) atau pelunturan, waxing mampu mencabut bulu-bulu halus tersebut terus dari akarnya.
Walaupun begitu, demi memastikan kita mampu tampil sebagai golongan maskulin yang boleh dikategorikan sebagai lelaki sofistikated, anda perlu mengetahui baik dan buruknya untuk melakukan waxing ini :
Kebaikan
1. Kesan waxing lebih tahan lama berbanding bercukur dan kebiasaannya, ia boleh bertahan sehingga 2 minggu lamanya.
2. Proses waxing adalah mencabut bulu dari akarnya. Jadi jika tumbuh bulu baharu, ia akan lebih halus dan lembut berbanding kesan daripada bulu yang dicukur.
3. Teknik waxing mampu menanggalkan kesemua bulu-bulu yang ada dan dijamin tidak satu helai bulu pun yang akan tertinggal.
4. Kesan kerosakan folikel rambut akibat waxing bukanlah sesuatu yang merbahaya, sebenarnya ia memberi kebaikan dalam jangka masa panjang kerana folikel yang rosak akan mengurangkan pertumbuhan rambut atau bulu yang baharu.
5. Amat sesuai untuk mereka yang mempunyai bulu halus yang banyak kerana ia meninggalkan kesan yang lebih halus dan licin berbanding teknik pelunturan.
6. Apa yang paling penting adalah proses waxing sememang murah dan sangat menjimatkan dan boleh melakukan waxing sendiri di rumah dengan pelbagai produk waxing dijual di pasaran.
Keburukan
1. Rasa sakit sedikit. Tapi tak adalah sakit mana pun. Sakit geli-geli jer.. Bukan apa, kulit muka kan lebih sensitif dan nipis. Nak kacak kenalah tahan sikit. Baru jantan!
2. Anda mungkin mengalami kesan kulit seperti terbakar, kegatalan atau alergi. Jadi, pilihlah barber shop, butik atau spa kecantikan yang profesional untuk melakukan waxing.
3. Jangan pernah serik untuk mendapatkan kesan yang konsisten. Anda cuma terpaksa hadapi rasa sakit geli-geli setiap bulan untuk menerima hasil yang terbaik.
4. Hati-hati apabila anda terlalu kerap waxing, pori-pori yang ‘kosong’ tanpa bulu boleh menyebabkan bintik putih timbul atau lebih teruk lagi bisul. Jadi tunggu masa sesuai.
5. Anda terpaksa menghentikan aktiviti luar selama 24 jam bagi mengelakkan sebarang jangkitan terhadap kulit yang baharu sahaja di waxing.
6. Bergantung juga kepada individu, waxing ada kalanya boleh menyebabkan timbul tompokan darah sementara akibat kesan tarikan waxing.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kualiti yang ada dalam diri pelakon James Bond ini memang satu antara berjuta.
Tak hairanlah dia pernah mendapat gelaran Sexiest Man Alive bukan hanya kerana populariti, wajah tampan dan susuk tubuh sasa yang dimiliki.
PIERCE BROSNAN Tetap Kacak Di Usia 71 Tahun, Aura ‘James Bond’ Masih Kekal
Diusia 71 tahun, Pierce Brosnan mencuri perhatian ketika menonton perlawanan akhir Wimbledon 2024. Berpakaian kemas dengan rambut dan janggut putih yang disisir rapi, aura James Bond tidak pudar.
Lihat sahaja gambar-gambarnya ini:
Malah, tidak sekadar berbakat besar sebagai pelakon, Pierce Brosnan juga disifatkan seorang lelaki, suami dan bapa yang hebat di mata peminat. Hingga ramai melabelnya seorang ‘family man’ yang lebih suka menghabiskan masa di rumah bersama isteri dan anak-anak.
Kesetiaan Pierce terhadap isteri tercinta, Keely Shaye Smith bukan lagi perkara asing dalam kalangan peminat aktor keturunan Ireland ini. Sejak pertama kali bertemu pada tahun 1994 hingga sekarang, hatinya masih tertawan dengan kejelitaan dan peribadi Keely.
PIERCE BROSNAN Tetap Kacak Di Usia 71 Tahun, Aura ‘James Bond’ Masih Kekal
5 Perkara Menarik Tentang Pierce Brosnan
1. Peranan Ikonik sebagai James Bond
Pierce Brosnan terkenal di seluruh dunia kerana lakonannya sebagai James Bond, ejen rahsia 007. Beliau membintangi empat filem James Bond antara tahun 1995 hingga 2002, iaitu “GoldenEye”, “Tomorrow Never Dies”, “The World Is Not Enough”, dan “Die Another Day”. Peranannya sebagai Bond bukan sahaja mempopularkan dirinya tetapi juga memperkenalkan generasi baharu kepada francais James Bond.
2. Latar Belakang dan Kehidupan Awal
Pierce Brendan Brosnan dilahirkan pada 16 Mei 1953 di Drogheda, County Louth, Ireland. Beliau berpindah ke London pada usia 11 tahun dan mula bersekolah di London Drama Centre. Kehidupan awalnya penuh dengan cabaran kerana dibesarkan oleh datuk dan neneknya selepas ibu bapanya berpisah ketika beliau masih kecil.
3. Kejayaan dalam Filem dan Televisyen
Selain daripada peranannya sebagai James Bond, Brosnan juga terkenal melalui pelbagai filem dan siri televisyen. Sebelum menjadi James Bond, beliau dikenali melalui siri televisyen “Remington Steele” pada tahun 1982 hingga 1987. Selepas era James Bond, Brosnan terus berjaya dengan filem-filem seperti “The Matador”, “Mamma Mia!”, dan “The Ghost Writer”.
4. Dedikasi kepada Amal dan Kebajikan
Brosnan juga dikenali sebagai seorang dermawan yang aktif dalam pelbagai kegiatan amal. Beliau terlibat dalam pelbagai organisasi kebajikan termasuk UNICEF, dan beliau juga menyokong usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar. Keprihatinannya terhadap isu-isu kemanusiaan dan alam sekitar menunjukkan sisi lembut pelakon ini.
5. Kehidupan Peribadi yang Inspiratif
Pierce Brosnan telah berkahwin dua kali. Isteri pertamanya, Cassandra Harris, meninggal dunia pada tahun 1991 akibat kanser ovari. Perkahwinannya yang kedua dengan Keely Shaye Smith pada tahun 2001 telah memberikan kebahagiaan yang besar dalam hidupnya. Beliau mempunyai lima orang anak dan sering berkongsi tentang kehidupan keluarganya yang bahagia dan penuh kasih sayang. Dedikasinya kepada keluarganya memperlihatkan nilai-nilai positif yang dipegang oleh Brosnan.
Pierce Brosnan bukan sahaja seorang pelakon yang berbakat tetapi juga seorang individu yang memberi inspirasi melalui sumbangannya kepada industri hiburan dan kerja-kerja amalnya. Keperibadiannya yang menarik menjadikan beliau seorang ikon yang dihormati di seluruh dunia.
Ramai lelaki mengalami masalah rambut gugur, nipis, atau kulit kepala kering. Sebenarnya, salah satu rahsia untuk mendapatkan rambut yang lebih kuat dan sihat bukan sahaja bergantung pada produk penjagaan rambut, tetapi juga pemakanan yang kita ambil setiap hari.
Berikut adalah beberapa jenis makanan yang terbukti berkesan dalam mengekalkan rambut lelaki agar kekal lebat, sihat, dan tidak mudah gugur.
MINYAK IKAN
minyak ikan untuk rambut
ATASI MASALAH RAMBUT ROSAK :
Variasi minyak ikan seperti salmon dan mackerel mengandungi omega-3 yang dapat membantu memperlambatkan kerosakan rambut. Ikan juga mengandungi zat besi dan vitamin B12 yang dapat menjaga kesihatan rambut dan kulit. Zat besi akan disimpan di dalam folikel rambut dan digunakan untuk berbagai proses penting seperti pembuatan hemoglobin, zat dalam sel darah merah yang mengangkut oksigen.
BIJIRIN
cereal baik untuk rambut
UNTUK MELEBATKAN RAMBUT :
Bijirin dari roti hingga cereal semuanya mengandungi zat zinc, vitamin B dan zat besi. Zinc adalah kunci kesihatan rambut kerana digunakan untuk memperbetulkan hormon dan secara langsung rambut anda akan tampak tebal.
KACANG
MENGURANGKAN KELEMUMUR :
Penuh dengan selenium dan mineral sangat penting untuk meningkatkan kesihatan kulit kepala anda. Kacang juga dapat mengurangi masalah kekeringan.
LOBAK MERAH
RAMBUT LEBIH BERSINAR SIHAT :
Sangat terkenal dengan menjaga kesihatan mata. Rupanya lobak merah juga membantu rambut lebih bersinar. Kandungan vitamin A, sayuran ini dapat membantu rambut lebih bersinar dengan menjaga kadar minyak pada kulit kepala. Selain lobak merah, sayuran lain yang ada vitamin A seperti tomato, apricot dan bayam.
PISANG
UNTUK MEMELIHARA RAMBUT :
Kekurangan vitamin B6 terbukti berkaitan dengan penipisan rambut kerana vitamin B membantu tubuh menyerap nutrisi dari makanan. Malah, turut mempengaruhi produksi sel darah merah yang membantu memelihara folikel rambut anda.