Tidak dinafikan trend tontonan bahan hiburan kini banyak tertumpu kepada platform penstriman. Dengan tersedianya pelbagai kandungan yang boleh diakses bila-bila masa menjadikan platform di atas talian menjadi pilihan ramai terutamanya generasi lebih muda.

Salah satu platform yang kian mendapat tempat ialah sooka. Baru-baru ini, sooka melancarkan siri pertama sooka Originals iaitu ‘Love in Lockdown’. Drama menarik tersebut dibintangi oleh Siti Saleha, Julia Farhana Marin, Shah Iskandar, Sara Mac, dan Bella Rahim. ‘Love in Lockdown’ boleh mula distrim oleh pengguna menerusi sooka bermula pada 20 Februari 2022.

Sejak ia dilancarkan pada Jun 2021, sooka memasang impian untuk menjadi aplikasi penstriman hiburan tempatan utama yang diminati generasi milenial tempatan.

LEBIH BANYAK

Melihatkan perkembangan yang sangat positif mereka juga menyasarkan untuk menerbitkan lebih banyak lagi kandungan hiper-tempatan yang relevan untuk generasi tersebut. Sasaran ini makin hampir untuk direalisasikan bersempena pelancaran siri sooka Originals yang pertama, ‘Love in Lockdown’.

Siri Original Pertama sooka, ‘Love in Lockdown’ Paparkan Kisah Cabaran Di Sebalik Pandemik

IKLAN

“Apa yang membezakan sooka ialah keupayaan kami untuk menawarkan acara sukan global dan tempatan secara LIVE, dan pada masa sama menggabungkan pelbagai cita rasa tempatan seperti drama lokal bersiri dan filem, serta rancangan hiburan realiti LIVE ke dalam satu aplikasi.

“Dengan perancangan untuk melancarkan lebih banyak kandungan sooka Originals tahun ini, penonton dapat menikmati penghasilan karya yang lebih banyak menerapkan elemen, citarasa, dan nilai lokal bersesuaian dengan minat dan pilihan golongan milenial tempatan,” kata Ketua Rancangan sooka, Emarina Mohd Kamal.

PERMULAAN BAIK

Drama ‘Love in Lockdown’ diarahkan oleh Mai Fernandez mengisahkan tentang kesukaran yang dialami oleh individu serta keluarga akibat pandemik. Projek hasil kolaborasi bersama syarikat produksi tempatan, Pho Sumpro ini akan ditayangkan dengan 10 episod dan ia hanya akan ditayangkan secara eksklusif menerusi sooka.

IKLAN
Siri Original Pertama sooka, ‘Love in Lockdown’ Paparkan Kisah Cabaran Di Sebalik Pandemik
Ketua Rancangan sooka, Emarina Kamal

“Pelancaran Love in Lockdown ini adalah pemulaan yang mantap bagi sooka untuk melancarkan 20 kandungan sooka Originals sepanjang 2022, yang bakal dihasilkan melalui kerjasama kreatif kami dengan beberapa syarikat produksi dan pencipta kandungan tempatan, seperti Pho Sumpro, Thinker Studios, Petra Vision Works, KL Motion Pictures Co., KRU, Michael Ang dan banyak lagi,” kata Emarina.

“Kisah yang ingin kami sampaikan melalui sooka Originals bermula daripada aspirasi jenama kami untuk menjadi lebih berani, berwawasan dan berbeza.

IKLAN

“Dan kami ingin merealisasikannya melalui kerjasama dengan rakan kongsi kandungan tempatan yang mahir di dalam bidang penceritaan, dan yang memahami elemen yang dicari oleh khalayak dalam kandungan tempatan yang hebat,” tambah Emarina.

‘Love in Lockdown’ boleh didapati secara eksklusif di sooka. Penonton boleh menyaksikan 2 episod pertama secara PERCUMA mulai 20 Februari 2022, dan menonton episod selebihnya dengan melanggan Pelan Hiburan VIP sooka (RM15.90/bulan), atau Pelan VIP+Sports (RM41.90/bulan).

Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!

https://www.youtube.com/watch?v=EzKC5HjFbJ8&t=5s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI