Saban tahun penggemar telefon pintar pasti tidak sabar menantikan apakah peranti flagship terkini yang diperkenalkan oleh Samsung.

Menerusi salah satu siri Galaxy terbaiknya, mereka kini melancarkan Samsung Galaxy S22 yang hadir dengan tiga model berbeza iaitu Galaxy S22, S22+ dan S22 Ultra. Semalam MASKULIN tekah berbesar hati memenuhi jemputan Samsung untuk menyaksikan dan merasai sendiri pengalaman mencuba sendiri peranti-peranti terbaru ini.

Dalam masa yang sama Samsung Malaysia turut mengumumkan spesifikasi serta harga rasmi untuk pasaran di Malaysia.

Siri Samsung Galaxy S22 Hadir Dengan Pembaharuan Paling Mantap Kini Dilancarkan Di Malaysia
Samsung Galaxy S22 Ultra

HARGA KOMPETITIF

Seiring dengan kategorinya iaitu flagship phone dari jenama Samsung, anda boleh menjangkakan harga yang cukup premium. Namun begitu dengan 3 model berbeza ia bolehlah dikatakan agak kompetitif dan sesuai mengikut penggunaan atau citarasa masing-masing.

Berikut merupakan senarai harga rasmi yang ditawarkan untuk model Samsung Galaxy S 22.

IKLAN
  • Samsung Galaxy S22 5G 128GB – RM3,499
  • Samsung Galaxy S22 5G 256GB – RM3,699
  • Samsung Galaxy S22+ 5G 128GB – RM4,099
  • Samsung Galaxy S22+ 5G 256GB – RM4,299
  • Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 128GB – RM5,099
  • Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 256GB – RM5,499
  • Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 512GB – RM5,899

PILIHAN WARNA

Dari segi variasi warna pula setiap model mempunyai warna yang lebih kurang sama namun ada bebera warna yang berbeza. Bagi S22 dan S22+ ia ditawarkan dalam warna Phantom Black, Phantom White, Green dan Pink Gold.

Siri Samsung Galaxy S22 Hadir Dengan Pembaharuan Paling Mantap Kini Dilancarkan Di Malaysia
Pilihan warna untuk Samsung Galaxy S22 & S22+

Manakala untuk model tertinggi iaitu S22 Ultra ia hadir dalam warna Phantom Balck, Phantom Silver, Green dan juga warna yang diramalkan menjadi sangat popular, Burgundy.

IKLAN

Untuk model S22 dan S22+ ia dilengkapi dengan 8GB RAM manakala S22 Ultra pula bagi versi storan dalaman 128GB hadir dengan 8GB RAM. Untuk storan dalaman lebih besar iaitu 256GB dan 512GB pula dipadankan dengan 12GB RAM. Difahamkan buat masa kini versi storan dalaman 1TB masih belum ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Siri Samsung Galaxy S22 Hadir Dengan Pembaharuan Paling Mantap Kini Dilancarkan Di Malaysia

IKLAN

PEMPROSES TERKINI

Bagi setiap model Samsug Galaxy S22 kali ini yang ditawarkan di Malaysia, ia dikuasaka oleh pemproses terkini Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1. Paling menarik, versi S22 Ultra pertama kalinya hadir dengan S Pen yang sebelum ini lebih sinonim dengan Galaxy Note.

Siri Samsung Galaxy S22 Hadir Dengan Pembaharuan Paling Mantap Kini Dilancarkan Di Malaysia

Buat anda yang mungkin ingin menjadi orang terawal memiliki peranti ini, Samsung Malaysia telah membuka pra-pesanan bermula pada hari ini menerusi laman sesawang rasminya, syarikat telekomunikasi dan pelbagai platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

Ia dilaporan akan mula didapati di outlet dan pasaran fizikal pada 4 Mac 2022. Untuk pra-pesanan, Samsung Malaysia turut menawarkan tawaran menarik seperti hadiah percuam bernilai sehingga RM1,317 seperti eVoucher dan banyak lagi.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI