
Skechers Monster Evo x Demon Slayer untuk tahun 2026 hadir sebagai kolaborasi yang bukan sekadar hype, tetapi benar-benar membawa identiti anime ke dalam dunia streetwear moden.
Meninjau trend dunia fesyen masa kini, gabungan antara jenama global dan siri anime popular bukan lagi satu perkara baharu, bahkan ia sentiasa dinantikan peminat fesyen dan anime sendiri. Namun hanya segelintir kolaborasi berjaya mengimbangi elemen visual dan fungsi sebenar.

Melalui koleksi ini, Skechers membuktikan bahawa interpretasi karakter boleh dilakukan dengan matang dan praktikal.
Model utama yang menjadi tumpuan sudah tentu Skechers Monster Evo, sebuah sneaker yang tampil dengan siluet moden, struktur kukuh dan sentuhan karakter Demon Slayer yang jelas tetapi tidak keterlaluan.
Skechers Monster Evo x Demon Slayer: Struktur Moden Dengan Jiwa Anime
Dari segi reka bentuk, Skechers Monster Evo x Demon Slayer mengekalkan DNA sneaker atletik moden. Ia tampil nampak struktur kukuh, layering warna berani dan tapak yang seimbang untuk kegunaan harian. Apa yang membezakannya ialah bagaimana elemen Demon Slayer diserap secara subtil tetapi signifikan.

Setiap pasangan hadir dengan logo rasmi Demon Slayer, penjenamaan Skechers serta simbol ikonik 滅 (Metsu) yang menjadi identiti siri tersebut.
Corak sisi diinspirasikan daripada pemegang pedang dan motif visual karakter diterjemahkan ke dalam panel kasut tanpa menjadikannya terlalu sarat.
Harus diingat ya, ini bukan kasut cosplay. Ini adalah interpretasi street-ready yang matang dan relevan untuk gaya harian.

Empat Warna, Empat Personaliti Dalam Skechers Monster Evo x Demon Slayer
Untuk versi lelaki, dua rekaan utama menjadi pilihan dalam barisan Skechers Monster Evo x Demon Slayer ini.
Green Multi – Muichiro Tokito

Pilihan ini menggunakan ton turquoise dengan elemen kabus yang sinonim dengan Mist Hashira. Ia berani tetapi refined, sesuai untuk lelaki yang mahu sesuatu yang unik tanpa terlalu menjerit.
Brown Multi – Tanjiro Kamado

Inilah versi paling ikonik. Corak hijau hitam checkered Tanjiro diterjemahkan dalam versi lebih clean dan moden. Bold, jelas dan penuh karakter. Jika anda mahukan rekaan yang terus dikenali, ini pilihannya.
Bagi wanita pula, Skechers Monster Evo x Demon Slayer menawarkan dua lagi interpretasi menarik.
White Multi – Mitsuri Kanroji

Sentuhan pink dan lime green memberi vibe playful namun masih seimbang untuk gaya kasual harian.
Black Multi – Nezuko Kamado

Rekaan ini paling striking dalam keseluruhan koleksi wanita. Motif hemp leaf daripada kimono Nezuko digabungkan dengan detailing merah putih yang kuat dan tegas.
Setiap rekaan bukan sekadar bermain warna, tetapi benar-benar mewakili identiti karakter masing-masing dengan pendekatan yang boleh dipakai dalam dunia sebenar.
Keselesaan Jadi Keutamaan Skechers Monster Evo x Demon Slayer
Skechers terkenal dengan teknologi keselesaan mereka, dan Skechers Monster Evo x Demon Slayer tidak terkecuali. Ia dilengkapi dengan Skechers Air-Cooled Memory Foam® cushioned insole yang memberikan kusyen lembut serta sokongan sepanjang hari.

Versi lelaki menggunakan lightweight EVA midsole untuk sokongan responsif, manakala versi wanita hadir dengan lightweight cushioning midsole dan konstruksi slip-on bersama fixed laces untuk kemudahan pemakaian.
Dalam erti kata lain, ini bukan kasut yang cantik untuk dipamerkan sahaja. Ia benar-benar boleh dipakai seharian – dari pejabat ke sesi santai, dari pusat beli-belah ke acara hujung minggu tanpa mengorbankan keselesaan.
Foamies & Apparel, Pelengkap Koleksi
Selain model utama, koleksi ini turut menampilkan Foamies Surge Sandals untuk lelaki dan Foamies Tai untuk wanita. Kedua-duanya menggunakan upper EVA waterproof yang ringan serta teknologi anti-odor.

Menariknya, setiap Foamies hadir dengan Cali Bits khas diinspirasikan karakter Demon Slayer bersama simbol Metsu, menjadikannya item koleksi yang unik.
Koleksi apparel pula menawarkan tee unisex, knit sweater serta aksesori seperti tote bag, sling bag, stoking dan topi baseball. Ia membolehkan peminat membina keseluruhan look tanpa bergantung kepada kasut semata-mata.


Nilai & Harga
Skechers Monster Evo x Demon Slayer ditawarkan pada harga RM459, satu angka yang masih munasabah untuk kolaborasi anime berskala global dengan detailing premium. Foamies dan apparel pula bermula dari RM69 hingga RM369 bergantung kategori.
Tambahan menarik, pembelian terpilih turut disertakan dengan kad karakter eksklusif Demon Slayer, menjadikannya lebih bernilai dari sudut koleksi.
Gabungan Identiti, Keselesaan & Fungsi
Skechers berjaya melakukan sesuatu yang sukar – mengimbangi fandom dan fungsi melalui Skechers Monster Evo x Demon Slayer.
Model ini bukan sekadar sneaker kolaborasi. Ia adalah gabungan identiti, keselesaan dan gaya yang praktikal. Sama ada anda peminat Demon Slayer atau sekadar mencari sneaker street dengan karakter unik, ia mampu berdiri sendiri tanpa perlu bergantung pada hype.
Dalam dunia di mana banyak kolaborasi hanya kuat dari segi visual tetapi lemah dari segi fungsi, koleksi ini membuktikan bahawa kedua-duanya boleh berjalan seiring.
Dengan Skechers Monster Evo x Demon Slayer, anda bukan sekadar melangkah. Anda melangkah dengan identiti.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




