Dunia sukan gelanggang kini semakin rancak dan menarik dengan hadirnya satu sukan yang sedang melonjak naik popularitinya di serata dunia iaitu Pickleball. Menggabungkan elemen terbaik dari tenis, badminton dan ping pong, Pickleball menawarkan aksi pantas, strategik, dan pastinya menyeronokkan.

Jadi tidak hairalah menjadikannya pilihan tepat untuk lelaki yang mencari cabaran baharu atau sekadar aktiviti sihat yang kompetitif.

Bagi peminat sukan raket dan mereka yang ingin menguji kemahiran di gelanggang, Skechers, jenama gaya hidup global terkemuka menampilkan Skechers Pickleball Tournament – Malaysian Edition 2025.

Acara sukan menarik ini bakal menjadi platform terbaik untuk pemain-pemain Pickleball tempatan bersaing, bertukar pengalaman serta dalam masa yang sama berentap merebut hadiah yang cukup lumayan.

Kejuaraan ini dijadualkan berlangsung selama dua hari penuh aksi mendebarkan pada 16 hingga dan 18 Mei 2025. Lokasi yang dipilih pastinya strategik dan mudah diakses, iaitu di PickleDepot @ Sentul Depot, Kuala Lumpur.

Skechers Pickleball Tournament 2025 Bakal Tampilkan Bakat Hebat Sukan Tular Kini

Ads

Ini adalah peluang terbaik untuk anda melihat sendiri atau terlibat secara langsung dalam komuniti Pickleball yang semakin berkembang di Lembah Klang.

KATEGORI BERBEZA

Skechers Pickleball Tournament 2025 membuka persaingan dalam beberapa kategori beregu, memastikan peluang buat pelbagai tahap kemahiran. Kategori yang dipertandingkan termasuklah:

  • Perseorangan (Lelaki & Wanita)
  • Beregu Lelaki (Lelaki & Lelaki)
  • Beregu Wanita (Wanita & Wanita)
  • Beregu Campuran (Lelaki & Wanita)

Setiap kategori ini pula dibahagikan kepada dua tahap kemahiran berdasarkan sistem penarafan NTRP Pickleball: Intermediate dan Open. Kategori Intermediate sesuai untuk pemain dengan NTRP 3.0 – 3.5, manakala kategori Open adalah untuk pemain NTRP 4.0 dan ke atas. Ini memastikan persaingan yang lebih seimbang dan adil untuk semua peserta.

Berikut hadiah buat pemenang untuk Itermediate dan Open.

Ads

Skechers Pickleball Tournament 2025 Bakal Tampilkan Bakat Hebat Sukan Tular Kini Skechers Pickleball Tournament 2025 Bakal Tampilkan Bakat Hebat Sukan Tular Kini

Format pertandingan yang akan digunakan adalah Double Elimination Bracket, memberikan peluang kedua kepada pasukan yang tewas di pusingan awal untuk terus bersaing melalui ‘consolation bracket’.

Sistem kiraan mata akan menggunakan format standard: 11 mata (menang dengan beza 2, had mata 15) untuk peringkat Kumpulan/Kelayakan, dan 15 mata (menang dengan beza 2, tiada had mata) untuk peringkat Playoff/Utama.

Peraturan kejohanan akan berpandukan peraturan USAPA terkini dengan beberapa modifikasi spesifik kejohanan.

Ads

Skechers Pickleball Tournament 2025 bukan sekadar pertandingan, tetapi juga platform untuk komuniti Pickleball berkumpul dan meraikan sukan ini.

BACA: Kenali Pickleball, Sukan Gabungkan Elemen Badminton, Tenis & Ping Pong

Jika anda seorang pemain atau peminat sukan pickleball yang serius atau sekadar ingin mencuba nasib dan merasai pengalaman kejohanan yang teratur, ini adalah peluang yang tidak patut dilepaskan!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI