
Bagi anda yang bekerja di kota metropolitan yang cukup sesak dan memerlukan mobiliti yang tinggi penggunaan skuter elektrik pastinya membantu pergerakan menjadi lebih lancar.
Disebabkan itulah servis skuter elektrik secara sewa dilihat popular di kota besar seperti Kuala Lumpur. Tidak kurang juga ada yang menunggang skuter elektrik milik mereka sendiri yang kecil dan kompak.
Jadi tidak hairanlah semakin banyak jenama terkenal mula memperkenalkan skutrer elektrik mereka tersendiri. Terbaru, syarikat yang lebih sinonim dengan mengeluarkan peranti pintar dari China iaitu Xiaomi turut memperkenalkan skuter elektrik terbarunya.
Xiaomi Electric Scooter 4 Pro merupakan model terbaru yang dibina hasil inspirasi dari model sebelumnya dengan pelbagai penambah baikan dari segi rekaan dan juga kelajuan. Walaupun dari segi luaran tidak jauh berbeza dengan model sebelumnya, Xiaomi Electric Scooter 4 tampil dengan motor baharu yang boleh memacu kelajuan dengan power output 700W.
Hadir dengan bateri 12,400mAh, Xiaomi Electric Scooter 4 mampu memecut sehingga 25 km/j dalam Sports mode dengan jarak sehingga 45 km dengan Eco mode. Menariknya, ia juga tidak terlalu berat dengan hanya 17 kg hasil dari badannya yang diperbuat dari aluminium.
Ia dijangka menjadi skuter elektrik yang boleh memberikan kepuasan kepada pengguna konvensional dan juga untuk hobi. Nantikan kemunculannya di pasaran.
https://www.youtube.com/watch?v=SrkNhnoqHIE
Tip Bersihkan Aircond Dengan Setting Pada Remote Selepas Digunakan Waktu Malam

Bersihkan aircond di rumah dengan menggunakan remote sahaja?
Iya, ia boleh dilakukan dengan cara cukup mudah. Lebih menarik lagi ia juga lebih menjimatkan kerana anda boleh buat sendiri tanpa perlu mengupah orang untuk membersihkan aircond.
Jadi selepas ini anda tidak perlu risau jika aircond berasa kurang sejuk kerana anda boleh lakukannya sendiri.
Ini cara-caranya.
STEP & CARA
Selepas anda gunakan aircond pada waktu malam, JANGAN matikan terus aircond anda sebaliknya anda buat langkah berikut.
TEKNIK-TEKNIK BERSIHKAN AIRCOND
– Tetapkan mode daripada “Cool” ke mod “Fan”, tetapkan Kelajuan Kipas ke tahap paling tinggi.
– Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
– Kemudian, barulah matikan aircond.
MENGAPA TETAPKAN KE MODE ‘FAN’?
Mengapa tetapkan ke mode “Fan” ? Tujuan kita tetapkan ke Mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) & udara bertiup.
Ia akan mengeringkan kelembapan dalaman unit aircond anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran serta kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran + kelembapan)
PESANAN
Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “Cool” apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.
50 Soalan Yang Perlu Anda Suarakan Untuk Fahami Wanita Dengan Lebih Dekat

Perempuan adalah golongan yang paling sukar diramal. Mood mereka kadang-kala berubah tak tentu pasal dan ada waktunya, boleh peningkan kaum lelaki.
Namun begitu dalam usaha mewujudkan kesefahaman, komunikasi berkesan merupakan langkah penting yang perlu dititik beratkan.
Sehubungan itu, ini antara 50 koleksi soalan yang boleh lelaki ajukan kepada wanita untuk mengenali golongan tersebut dengan lebih dekat :
50 soalan kepada wanita
- Apa yang terjadi kepada anda yang membuatkan anda menjadi orang yang lebih tabah?
- Apa yang berlaku dalam hidup anda membuatkan anda berasa lemah?
- Di mana tempat yang anda merasakan anda menjadi diri sendiri?
- Di mana tempat kesukaan anda untuk menenangkan diri?
- Siapakah orang yang menurut anda, memberikan pengaruh paling besar terhadap diri anda sehingga ke hari ini?
- Jika anda boleh ubah satu perkara tentang diri anda, apa yang anda ingin ubah?
- Jika anda hanya mempunyai satu hari lagi untuk hidup, apa perkara pertama yang anda akan lakukan?
- Anda rasa anda paling sesuai dalam dekad apa?
- Siapa orang yang paling rapat dengan anda dalam keluarga? Mengapa?
- Siapakah orang yang paling mengenali anda dengan terbaik dalam dunia ini?
- Apa kualiti kegemaran anda tentang kawan baik anda?
- Ketika anda lebih muda, apa cita-cita anda?
- Jika anda menjadi satu karakter fiksyen (daripada buku atau filem), anda akan menjadi siapa?
- Adakah anda mudah menerima pujian?
- Atau adakah anda tidak sukakan pujian?
- Adakah sumbangan kesukaan anda terhadap diri anda secara fizikal atau bukan fizikal?
- Apakah sumbangan fizikal kesukaan anda terhadap diri sendiri?
- Apakah sumbangan bukan fizikal yang paling anda sukai terhadap diri anda?
- Adakah anda percaya pada cinta pandangan pertama? Adakah anda percaya pada jodoh?
- Pernahkah anda bercinta? Berapa kali pertama?
- Apa yang membuatkan anda jatuh cinta dengan seseorang?
- Apa maksud disakiti pada pendapat anda?
- Apa yang membuatkan anda rasa disakiti?
- Apa perkara yang anda takut untuk bertanya kepada seorang lelaki, tetapi ingin bertanya?
- Jika anda adalah seorang lelaki selama satu hari, apa perkara pertama yang anda akan lakukan?
- Adakah anda akan terus reject lelaki yang tidak disukai?
- Apa satu perkara yang anda ingin belajar dengan lebih mendalam?
- Apa perkara yang anda tidak pernah lakukan tetapi anda selalu ingin melakukannya? Kenapa anda masih tidak melakukannya?
- Jika wang tidak penting, apa kerja idaman anda?
- Jika anda bercuti dari kerja pada hari ini, apa yang anda akan lakukan?
- Apa perkara terakhir yang membuatkan anda menangis?
- Apa perkara terakhir yang membuatkan anda ketawa?
- Apa kenangan yang paling anda suka?
- Apa perkara terakhir yang sangat memalukan anda? Apa ketakutan anda yang paling besar?
- Dalam seumur hidup anda, pernahkah anda rasa menyesal?
- Kalau tak keberatan, mungkin boleh kongsikan apa penyesalan terbesar anda?
- Pernah tak langgar undang-undang? Jika tidak, undang-undang mana yang anda ingin langgar?
- Apa perkara paling gila yang pernah anda lakukan?
- Adakah anda akan berbual dengan orang yang tidak dikenali?
- Adakah anda akan memberitahu orang yang tidak dikenali, yang tisu tandas melekat pada kasut mereka?
- Atau sesuatu yang memalukan untuk dilihat di khalayak ramai?
- Apa lawak kegemaran anda?
- Kalau lawak itu hambar, apa yang anda akan buat?
- Jika anda boleh menjadi haiwan, haiwan apa yang anda pilih?
- Apakah filem atau buku, yang anda malu nak mengaku anda menyukainya?
- Bagaimana ibu bapa anda menceritakan anda sebagai seorang anak?
- Jika anda boleh kembali ke masa tertentu dalam hidup anda, pada umur atau saat mana yang anda inginkan?
- Apakah perkara yang anda percaya, tetapi orang lain tidak mempercayainya?
- Apa satu perkara yang anda akan katakan, yang membuatkan anda unik daripada orang lain?
- Apakah satu perkara yang anda rasakan, hilang dari hidup anda?
Ini adalah sekadar 50 soalan asas yang boleh lelaki gunakan. Jika wanita membaca ini dan ada lelaki yang cuba mendekati anda tetapi malu-malu, apa kata share artikel ini untuk bacaan mereka sebagai salah satu ‘hint’!
Elak Terkena Anxiety Attack Di Musim PKP, Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil!

Adalah normal untuk merasa bimbang dan resah, kerana terdapat banyak perkara yang masih tidak jelas berkenaan Covid 19.
Namun tidak perlu risau, masih banyak perkara yang boleh dibuat sepanjang tempoh arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
World Federation of CBT ada menyerankan orang ramai untuk lakukan beberapa pergerakan senaman dan lakukan amalan yang berfaedah untuk menangani cabaran emosi.
Berikut antara tip yang boleh dilakukan untuk menangani cabaran emosi semasa tempoh ini.
#1: Normal untuk berasa bimbang dan resah
Terdapat banyak yang kita tidak tahu mengenai virus COVID-19, jadi ia adalah tindak balas normal dan biasa untuk merasa bimbang, cemas dan resah tentang impak dan penyebarannya.
#2: Jangan fikir sesuatu yang negatif
Melihat dari pelbagai perspektif, berfikiran rasional dan berfikiran optimis dapat membantu mengurangkan kebimbangan dan tekanan anda.
#3: Libatkan diri dengan aktiviti dan tingkahlaku berfaedah
Ambil Tindakan untuk lindungi diri anda. Pastikan penjagaan diri diamalkan. Kekal aktif Ketika berasa di rumah.
#4: Hilangkan tekanan dengan regangan fizikal
Latih pernafasan dan meditasi mampu mengurangkan kebimbangan dan meningkatkan kesejahteraan umum.
Namun berbeza dengan Anxiety Attack, situasi semasa menyebabkan ramai yang mengalami anxiety atau kebimbangan. Anda mungkin bimbang jika perkara yang tidak diingini berlaku kepada diri sendiri atau individu disekitar anda.
Lebih merumitkan, ada beberapa gejala anxiety mempunyai persamaan dengan gejala jangkitan Covid 19 itu sendiri.
Perasaan bimbang dan cemas mengundang serangan panik yang menyebabkan seseorang individu mula rasa sukar untuk bernafas dan sakit dada.
Pada waktu malam, jantung masih berdegup kencang menyebabkan seseorang individu sukar melelapkan mata.
Sekiranya gejala ini berterusan, dapatkan pemeriksaan segera. Anda mungkin memerlukan bantuan dan nasihat doktor untuk membuat anda rasa tenang.
Jika anda mula alami gejala kerisauan bokeh cuba tips berikut dan paling penting, lockdown diri anda dari terdedah kepada berita mengenai Covid 19 secara berlebihan.
Tahap tekanan yang sangat tinggi terasa seperti kena serang dan kerisauan yang sangat kuat pada jangka masa tertentu.
Antara gejalanya ialah seperti tengang otot, sukar untuk fokus, letih, gelisah, sangat sensitif dan mudah tersinggung, berdebar-debar, sesak nafas, tidur terganggu dan pening.
Antara sebab anda terkena Anxiety Attack ini adalah kerja berlebihan, orang yang toksik, waktu exam, flashback trauma lepas, tempat yang ada rasa terperangkap, ramai orang dan konflik keluarga. Namun setiap orang mempunyai trigger berbeza.
Cara pencegahannya lakukan senaman dengan kerap. Hidari orang yang toksik. Rancang awal jika akan berdepan dengan situasi yang stress. Tetapkan waktu untuk diri sendiri atau ‘me time’ seperti memasak, beribadat dan meditasi. Elakkan daripada minum kopi dan minuman bertenaga. Bebual dengan rakan serta menulis.
Namun jika Anxiety Attack terjadi, kawal penafasan dengan bernafas perlahan (pastikan udara masuk dari hidung dan keluar dari mulut). Kemudian cari beberapa perkara di bawah…
- 5 benda yang boleh dilihat
- 4 benda yang boleh disentuh
- 3 benda yang boleh didegar
- 2 benda yang boleh dibau
- 1 perasaan yang boleh dirasai
Apa jadi jika ianya masih sukar? Minta orang yang anda sayangi batu lakukannya. Anda hanya fokus pada pernafasan dan katakana ulangi penyataan ini…
“InsyaAllah, akan berjaya ku lalui….”
“Akan ku lupakan semua rasa bimbang ini”