Buat anda yang mungkin seorang pengguna kenderaan dua roda di kota besar seperti Kuala Lumpur, skuter pastinya menjadi pilihan utama. Ia lebih mudah dikendalikan dan juga lebih santai untuk digunakan sebagai kenderaan harian.
Terbaru, jenama skuter yang kian popular KYMCO menampilkan jentera terbaru yang lebih mantap, premium dan sarat spesifikasi terkini. KYMCO AK550 Premium dipasarkan di Malaysia menerusi Edara Modenas Sdn Bhd (EMOS) yang secara rasminya dilantik sebagai pengedar eksklusif mereka.
Pengenalan skuter terbaru ini menjadi salah satu manifestasi perjanjian strategik yang telah dimeterai kedua-dua pihak pada tahun 2016.
Ditawarkan pada harga permulaan pada RM65,600 model ini dijangka akan berada di beberapa di pengedar Modenas yang sah bermula Februari 2024.
KYMCO AK 550 hadir dengan enjin dwi-silinder sebaris, 4 lejang, DOHC, berpenyejuk cecair dengan kapasiti 550.4 cc. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 50.9 Hp pada 7500 rpm dan tork maksimum 52 Nm pada 6000 rpm.
Ads
Skuter ini dilengkapi dengan tangki bahan bakar berkapasiti 15 liter, memungkinkan perjalanan jauh tanpa perlu sering mengisi bahan bakar. Kecekapan enjin dan kapasiti tangki yang besar menjadikannya pilihan ideal untuk perjalanan di dalam bandar mahupun perjalanan jarak jauh.
AK 550 dilengkapi dengan ciri-ciri elektrikal canggih, termasuk mod kuasa elektrik yang membolehkan pemandu beralih antara mod kuasa penuh dan mod hujan.
Skuter ini juga dilengkapi dengan sistem pemantauan tekanan tayar, memberikan keselamatan dan prestasi yang optimal. Sistem pencahayaan menggunakan LED untuk lampu hadapan, belakang, dan lampu isyarat, memberikan visibiliti yang luar biasa dalam semua kondisi.
Ads
Dilengkapi dengan klac basah dan transmisi automatik CVT, skuter ini menawarkan pengalaman berkendara yang lancar dan bebas repot. Transmisi ini juga mematuhi standard emisi Euro 4.
AK 550 mempunyai tayar depan berukuran 120/70 – R15 dan tayar belakang 160/60 – R15. Sistem Pengereman Canggih Berintelek (AIBS) meningkatkan keselamatan, dengan kaliper Brembo 4-piston dan dua cakera apung 270 mm di depan, serta kaliper dua-piston dengan cakera tunggal 260 mm di belakang.
Skuter ini mempunyai berat 238 kg, menjadikannya stabil ketika tunggangan dan mudah untuk dikendalikan.
Ads
Ketinggian tempat duduk adalah selesa pada 785 mm, dengan jarak roda 1,580 mm. Dimensi keseluruhannya (panjang, lebar, tinggi) adalah 2,220 mm, 795 mm, dan 1,494 mm.
AK 550 dilengkapi dengan suspensi belakang lengan ayun mendatar. Sistem suspensi inovatif ini menjamin kestabilan dan keselesaan di atas pelbagai jenis permukaan jalan.
KYMCO AK 550, dengan gabungan kecanggihan kuasa, teknologi, dan rekaan skuter ini bakal menjadi pilihan penggemar skuter maxi di Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Bagi anda yang ingin membeli kereta baru salah satu perkara yang sentiasa diberi penekanan penting ialah nilai kereta tersebut selepas jualan. Dalam erti kata lain nilainya untuk menjadi kereta terpakai selepas beberapa ketika anda menggunakannya.
Di dalam pasaran yang dipenuhi dengan lambakan model dan juga jenama pastinya ia cukup memeningkan bagi sesetengah daripada anda. Dan mungkin bagi sesetengah indvidu faktor ini tidak penting buat mereka.
Namun bagi anda yang ingin menjadikan pembelian kereta sebagai satu pemilikan aset yang ada masih ada nilai baik walaupun susut, inilah jenama kereta yang berbaik buat anda. Atau bagi anda yang ingin beli kereta terpakai, inilah jenama yang cukup ‘reliable’ dan dipercayai kualitinya.
Jadi jenama kereta manakah yang ada nilai pasaran selepas jualan yang baik dan apa menyebabkan ia mampu mengekalkan harga kompetitif dan menarik?
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari pempengaruh automotif, James Alatin menerusi TokTok beliau. Nak tahu mengapa jenama Toyota menjadi pilihannya? Ikuti perkongsian dio bawah!
————————————————————
Tahukah anda sebab jenapa jenama kereta Toyota ada nilai pasaran selepas jualan atau secondhand yang baik? Ia dikatakan sebagai jenama kereta tahan lasal dan sebab itulah valuenya diatakan lebih hebat berbanding jenama lain.
Toyota merupakan jenama automotif yang gergasi di negara Jepun. Mereka cukup dikenali kerana sentiasa mengamalkan pemprosesan dan penghasilan yang rumit namun dalam masa yang sama sangat berhati-hati semasa membangunkan setiap model.
Jika kereta model baru atau ciri teknologi baru ingin diperkenalkan ia akan direka dari bawah atau kosong dan perlu melalui proses FMEA (failure mode & effect analysis) yang cukup ketat.
‘Kaizen’ atau penambahbaikan adalah perkara yang sentisa dilakukan oleh Toyota dari semasa ke semasa. Ia dilakukan oleh pasukan khas pembangunan teknologi Toyota baik dari segi RND atau aspek pembuatan enjin. Jadi tidak hairanlah Toyota sentiasa menjadi salah satu peneraju teknologi mesra pelanggan.
Hasilkan komponen sendiri. Toyotan menghasilkan komponen sendiri bagi memastikan ia sentiasa menepati ciri dan kualiti tinggi mereka.
Mengamalkan sistem ‘keiretsu’. Ia bemaksud beberapa syarikat yang memiliki hubungan perniagaan dan saham antara satu sama lain. Contohnya Toyota memiliki saham Archi Steel, Aisin Toyota, Toyota Tsusho dan beberapa syarikat lain lagi yang menjadi pembekal utama mereka.
Teknologi mudah, ringkas dan mesra pengguna. Ia juga dikenali sebagai pengeluar yang hanya mengeluarkan teknologi yang sudah matang.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Selepas kemunculan rasmi Toyota CH-R pada program Carlist.my MAA Drive, Test & Buy Mei lalu, akhirnya UMW Toyota Motor akan mempamerkan model berkenaan kepada umum dengan lebih dekat.
Toyota CH-R akan melakukan siri jelajahnya di pusat pameran Toyota terpilih dan di beberapa program Toyota di Semenanjung Malaysia bermula bulan depan.
Model SUV (kenderaan utiliti sport) kompak itu akan dipamerkan di:
– Pusat Pameran Toyota Seksyen 19, Petaling Jaya (4-8 Ogos)
-Toyota GAZOO Racing (TGR) Festival (12-13 Ogos) di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang
-Pusat pameran Toyota di Subang Jaya (16-22 Ogos)
-Pusat membeli belah Mid Valley (23-27 Ogos)
-Pusat membeli belah Sunway Pyramid (4-10 September) dan beberapa lagi lokasi lain yang terpilih di Semenanjung Malaysia.
Difahamkan, Malaysia akan membawa masuk CH-R dengan enjin 1.8 liter Dual VVT-yang dipadankan dengan transmisi CVT bersama sequential shifter.
Untuk makluman, model C-HR merupakan model kedua yang dibangunkan di bawah platform Toyota New Global Architecture (TNGA).
Dari segi jana kuasa, CH-R ditawarkan dengan tiga pilihan enjin iaitu 1.2 liter turbo, 1.8 liter hibrid dan 2.0 liter DOHC 4-silinder (pasaran Amerika Syarikat).
Perkataan CH-R bermaksud Coupe-High Riding. Dan..model itu memiliki dimensi panjang 4, 360mm, lebar (1, 795mm) dan tinggi (1, 550mm) serta jarak roda 2, 640mm.
Pihak UMW Toyota Motor memberitahu model tersebut secara rasmi akan berada di pasaran tempatan pada penghujung tahun ini. Masa yang tepat masih belum diketahui.
Subsidi petrol RON95 RM1.99 seliter, cara mudah & senang guna TNG eWallet kini jadi pilihan lelaki moden yang mahu jimat masa dan wang. Bermula 30 September, kerajaan memperkenalkan skim BUDI Madani bersama mini-app BUDI95 dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet) bagi memudahkan rakyat menikmati subsidi petrol secara telus dan pantas.
Melalui inisiatif ini, rakyat Malaysia boleh membeli petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter, berbanding harga pasaran sekitar RM2.60 seliter. Kementerian Kewangan (MOF) memperuntukkan kira-kira RM11 bilion untuk menampung subsidi ini, yang boleh dinikmati semua warganegara dengan MyKad aktif dan lesen memandu sah.
Tak perlu lagi bawa MyKad setiap kali ke stesen minyak. Dengan aplikasi TNG eWallet, pembelian petrol kini lebih mudah menggunakan kod QR melalui mini-app BUDI95.
Langkah-langkahnya:
Buka aplikasi TNG eWallet dan pilih ikon BUDI95.
Tekan “Buy Fuel”.
Pilih stesen minyak (atau aktifkan lokasi GPS).
Masukkan nombor pam & jumlah petrol.
Sahkan bayaran dalam aplikasi.
Kod QR akan dipaparkan – tunjuk di kaunter untuk pengesahan.
Isi petrol RON95 seperti biasa.
📌 Nota penting: Kod QR hanya sah selama 10 minit. Jika jumlah dibeli melebihi kapasiti tangki, baki lebihan akan dipulangkan automatik ke akaun eWallet.
Berita baik untuk pemandu aktif – tiada had isi petrol bersubsidi dalam sehari. Malah, pemandu e-hailing boleh memohon tambahan kuota subsidi melalui portal www.budimadani.gov.my.
Selain TNG eWallet, aplikasi rasmi stesen minyak seperti Setel (Petronas), Shell App, CaltexGo, Petron Miles, dan BHPetrol eCard turut menyokong penggunaan BUDI95.
Selain nikmati subsidi, lelaki juga boleh amalkan gaya pemanduan bijak untuk kurangkan kos:
Servis kereta ikut jadual supaya enjin lebih efisien.
Pastikan tayar cukup angin, tayar lembik buat petrol cepat habis.
Elakkan pecutan mengejut, ia boleh bazir minyak hingga 20%.
Kurangkan beban kereta, barang berlebihan naikkan penggunaan petrol.
Dengan adanya BUDI Madani dan TNG eWallet BUDI95, lelaki kini mempunyai solusi pintar untuk jimat kos petrol tanpa renyah bawa MyKad. Hanya dengan scan, bayar & isi, terus nikmati harga subsidi RM1.99 seliter – cara paling mudah, cepat dan maskulin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.