Suatu ketika dahulu bila bercakap soal jodoh ia merupakan satu perihal yang sangat senditif di kalangan wanita. Namun dengan perubahan zaman golongan lelaki juga seakan amat sensitif dengan perkara yang dianggap sangat besifat peribadi.

Bagi lelaki single soal kahwin itu sebenarnya bergantung kepada individu. Ada yang tidak kisah dan ada juga yang sangat teruja untuk menjalani kehidupan berumah tangga. Namun segalanya bergantung kepada jodoh dan juga persediaan seseorang itu.

Ada juga yang sudah berkahsin namun tidak komited. Dan ada juga yang bila berkahwin berubah menjadi seorang lelaki yang lebih matang.

Berikut merupakan 7 perubahan besar yang positif mungkin berlaku selepas seseroang itu berkhawin.

LEBIH BERTANGGUNGJAWAB

Selepas berkahwin biasanya lelaki akan jadi lebih matang. Malah dia juga bersikap lebih bertanggungjawab dalam setiap perkara yang dilakukannya. Ini mungkin berbeza semasa bujang dahulu di mana semuanya mengikut mood dan keselasaan sendiri sahaja. Sesetengah orang mungkin tak berubah dengan drastik tetapi secara tak langsung ia akan terbentuk seperti itu.

IKLAN

SIKAP MELINDUNGI

Lumrah sifat seorang lelaki ialah perasaan ingin mrlindungi. Semasa bujang tak ada siapa yang perlu dilindungi terutamanya bila tinggal seorang diri. Namun bila sudah berkahwin tanggungjawab keselamatan isteri jatuh pada bahu suami. Maka tak hairanlah sikap protektif itu semakin menebal.

Soal Jodoh Itu Personal, Tapi Ia Antara ‘Ready’ Atau Tak Saja Sebenarnya

IKLAN

PRIHATIN & PENYAYANG

Zaman single it is all about me, me and me. Namun segalanya berubah selepas bergelar sebagai suami. Secara automtik sifat prihatin dan penyayang akan muncul. Dan setiap orang ada cara berbeza menunjukkan rasa kasihnya.

BERKARISMA & ADA AURA

Nak tahu kenapa ‘saham’ lelaki yang sudah berkahwin dianggap tinggi oleh sesetengah wanita? Ini kerana lelaki yang bergelar suami mempunyai aura tersendiri. Keyakinan dirinya juga akan bertambah dan sudah tidak kisah akan pandangan wanita lain kerana di hatinya hanya ada seorang permaisuri yang bertakhta.

IKLAN

LEBIH BERDIKARI

Mungkin sebelum kahwin lelaki akan lebih bermanja dengan ibunya. Segala keperluan disediakan lengkap oleh ibu tersayang. Namun bila sudah kahwin segalanya berubah. Mahu tak mahu terpaksa belajar menguruskan diri dengan pelbagai kerja rumah. Dan bila sudah berkahwin pastinya banyak perkara perlu dilakukan di rumah.

Soal Jodoh Itu Personal, Tapi Ia Antara ‘Ready’ Atau Tak Saja Sebenarnya

LEBIH SERIUS

Lelaki bergerlar suami akan mempunyai banyak pengalaman dalam menguruskan segala masalah berbeza. Dia akan menjadi lebih serius dalam mengendalikan sesuatu berbanding lelaki bujang yang kadangkala suka main-mainkan perasaan orang lain.

RELA BERKORBAN APA SAJA

Selepas sahaja berkahwin lelaki akan sentiasa berusaha membahagiakan setiap orang yang disayanginya. Malah lelaki juga akan melakukan apa sahaja untuk membahagiakan atau melindungi keluarganya. Oleh itu mereka sanggup berkorban apa saja.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI