Pengalaman menonton filem atau menikmati muzik di rumah kini bukanlah satu perkara yang remeh dalam industri audio. Disebabkan itulah tahun demi tahun kita dapat menyaksikan revolusi hebat produkpproduk audio berkualiti luar biasa ditawarkan pada pelbagai peringkat harga di pasaran.

Bagi yang menggemari sistem audio di rumah yang baik pastinya soundbar menjadi pilihan hati. Di antara jenama terkenal yang dikatakan mampu memberikan kepuasan audio ialah Sonos. Hari ini, Sonos telah mengumumkan pelancaran Beam (Gen 2).

Ia merupakan versi terbaharu soundbar pintar kompak untuk kegunaan TV, muzik, permainan video dan banyak lagi. Beam (Gen 2) memberikan pengalaman bunyi yang lebih baik dan lebih mendalam dengan kejelasan yang lebih tinggi, serta sokongan untuk Dolby Atmos. Beam (Gen 2).

Sonos Beam (Gen 2) Hadir Dengan Sokongan Dolby Atmos & Format Audio Baharu Sonos Beam (Gen 2) Hadir Dengan Sokongan Dolby Atmos & Format Audio Baharu

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sonos, Patrick Spence, pihaknya melihat konsep ‘Hollywood at Home’ sebagai pemangkin sebenar perniagaan. Menerusi Beam mereka memainkan peranan besar sebagai salah satu soundbar yang terlaris dalam kategorinya.

“Dengan apa yang telah kami pelajari selama bertahun-tahun tentang kualiti bunyi dan teater rumah, kami telah menemui cara yang terbaik untuk membawakan ciri-ciri terbaharu yang dapat menghasilkan kualiti bunyi yang terhebat khas untuk Beam yang didatangkan dalam saiz kompak yang terbukti sangat popular dengan para pelanggan kami,” tambahnya lagi.

BUNYI PANORAMIK

Sesuai dengan lebih daripada 100 perkhidmatan penstriman yang tersedia di aplikasi Sonos, para pelanggan dapat menikmati peningkatan yang menarik dari segi bunyi, reka bentuk, dan pembungkusan, termasuk:

IKLAN

Audio 3D dengan Dolby Atmos: Teknologi bunyi yang mengasyikkan menempatkan anda di tengah-tengah aksi dimana anda dapat merasakan penerbangan pesawat di atas kepala, mendengar tapak kaki melintas atau menikmati bunyi di sekeliling anda.

Sonos Beam (Gen 2) Hadir Dengan Sokongan Dolby Atmos & Format Audio Baharu

Bunyi yang Dipertingkatkan dengan Saiz yang Sama: Dengan kekuatan pemprosesan yang lebih tinggi dan pembesar suara yang baru dibina, Beam mengarahkan dan melokalisasikan bunyi di sekeliling bilik untuk nikmat pengalaman sebenar. Pembesar suara ini juga serasi dengan HDMI eARC pada TV anda, jadi anda dapat menikmati filem dan permainan video dengan bunyi berdefinisi lebih tinggi dengan sokongan untuk format audio baharu.

Reka Bentuk Menarik: Gril polikarbonat berlubang yang diperbaharui membolehkan pembesar suara ini berbunyi dengan hebat dan dapat disesuaikan dengan dekor rumah anda, seperti Sonos Arc.

IKLAN

Penyediaan Mudah dan Lebih Selamat: Dengan hanya dua kabel dan keupayaan NFC yang terbaharu, penyediaannya mudah dan membolehkan anda menikmati kualiti bunyi terhebat dalam masa beberapa minit sahaja. Hanya buka aplikasi Sonos, ikuti beberapa arahan, dan sambungkan peranti pintar ke Beam anda.

Bunyi Lestari: Beam baharu ini menampilkan pembungkusan lestari, termasuk kertas kraft premium tanpa lapisan, kotak yang diperbuat daripada 97% kertas lestari, dan tiada busa sekali pakai.

Seperti semua produk Sonos, Beam baharu ini telah diselaraskan dengan input daripada Sonos Soundboard – sekumpulan pemimpin muzik, filem, dan ramai lagi – untuk menghasilkan pengalaman bunyi terbaik dan tulen. Anda juga dapat menyesuaikan bunyi Beam dengan Trueplay yang mengesan dan menyesuaikan bunyi pembesar suara untuk pantulan dinding dan perabot demi pengalaman mendengar yang terbaik untuk bilik dan setup anda.

IKLAN

SOKONGAN PERKHIDMATAN & FORMAT AUDIO BAHARU

Turut dilancarkan pada akhir tahun ini terpilih ialah sokongan, Sonos terhadap audio Amazon Music Ultra High-Definition. Ia membolehkan pendengar menikmati audio lossless hingga 24-bit / 48kHz pada pembesar suara Sonos, serta Dolby Atmos Music, sebuah format audio mendalam yang menjangkaui batasan rakaman studio tradisional dan mendedahkan setiap perincian muzik.

Sonos Beam (Gen 2) Hadir Dengan Sokongan Dolby Atmos & Format Audio Baharu

Sonos Beam (Gen 2) Hadir Dengan Sokongan Dolby Atmos & Format Audio Baharu

Tersedia tanpa kos tambahan untuk pelanggan Amazon Music Unlimited, Ultra HD akan tersedia di semua peranti S2, kecuali Play: 1, Play: 3, Playbase, dan Playbar, sementara Dolby Atmos Music akan tersedia di Arc dan Beam (Gen 2). Sonos juga mengumumkan rancangan untuk menambah sokongan untuk menyahkod DTS Digital Surround Sound akhir tahun ini melalui platform S2 di Playbar, Playbase, Amp, kedua-dua generasi Beam dan Arc.

Sonos juga merancang untuk menawarkan kedua-dua Ultra HD dan Dolby Atmos Music pada akhir tahun ini melalui Amazon Music (tidak tersedia di Malaysia), untuk memberikan pendengar pengalaman penstriman muzik yang berkualiti tinggi dan audio 3D yang mendalam

Ia akan mula ditawarkan di seluruh dunia dan di kedai-kedai utama kami bermula 6 Oktober dengan harga jualan RM2,699, dan pra-tempahan akan mula dibuka pada 14 September, 9.00 malam di trysonos.my.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI