In Hand 2 - Black

Segalanya mobil pasa masa kini. Tiada lagi wayar berselirat yang perlu kita hadapi untuk menikmati hiburan yang sifatnya on-the-go.

Antara sumber hiburan yang tidak dapat dipisahkan untuk segenap generasi ialah muzik. Dan pada masa kini cara kita mendengar muzik sudah jauh berbeza. Jika suatu ketika dahulu momen intimasi mendengar muzik bereorangan atau bersama rakan-rakan mungkin tertumpu kepada dalam lokasi yang agak terhad.

Namun dengan kewujudan pembesar suara mudah alih, muzik kini dapat dinikmati boleh dikatakan di mana sahaja. Sebagai salah sebuah jenama tersohor mengeluarkan peranti audio seperti pembesar suara pintar mudah alih, Sonos sentiasa melakukan inovasi terkini sama ada dari segi rekaan, ciri pintar dan juga ketahanannya.

Sonos Roam, Pembesar Suara Premium Mudah Alih Hadir Lengkap Dengan Pelbagai Ciri Inovatif

Terbaru, mereka memperkenalkan Sonos Roam yang dihasilkan dan dibina untuk menyediakan audio terhebat walau di mana sahaja kita berada.

Pembesar suara premium inin mampu berhubung sepenuhnya ke sistem sonos di rumah melalui wifi dan mampu beralih ke Bluetooth secara automatik semasa anda dalam perjalanan, Roam menghasilkan audio yang kuat dan mudah digunakan bagi pembesar suara yang berukuran sepertinya.

IKLAN

SOKONGAN PELBAGAI

Penyediaan dan kawalan yang dilengkapi dengan ciri-ciri pintar baharunya pula memudahkan anda menikmati muzik dan banyak lagi dari mana-mana sahaja. Hadir dengan berat kurang daripada satu paun, reka bentuk Roam yang elegan dan kukuh sangat sesuai penggunaan pelbagai lokasi dan juga cuaca.

“Kami membina Roam untuk membolehkan pelanggan membawa pengalaman Sonos ke mana sahaja mereka pergi,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Sonos, Patrick Spence.

“Ia bukan sahaja pembesar suara Sonos yang paling pintar dan serba boleh malah harganya juga sangat berpatutan. Roam memberi peluang kepada berjuta-juta pelanggan baharu untuk memulakan pengalaman bersama Sonos dan ia merupakan produk yang sangat sesuai untuk masa sekarang dimana kita akan mula berkumpul semula bersama rakan-rakan dan keluarga,” tambahnya lagi.

Sonos Roam, Pembesar Suara Premium Mudah Alih Hadir Lengkap Dengan Pelbagai Ciri Inovatif

IKLAN

Dengan ciri serba baharu Sound Swap, anda dapat menekan butang play/pause pada Roam untuk menukar muzik ke pembesar suara terdekat di sistem anda. Ini memudahkan pemindahan muzik dari bilik ke bilik.

Sambungan yang lancar juga membuka aliran Bluetooth untuk seluruh sistem anda dengan aplikasi Sonos yang membolehkan anda mengumpulkan mana-mana pembesar suara Sonos anda ke Roam untuk penstriman dengan Bluetooth.

SENI BINA & REKAAN TELITI

Ia menyokong lebih daripada 100 perkhidmatan penstriman termasuk Sonos Radio dan ia boleh dikendalikan dengan mudah menggunakan aplikasi Sonos, menggunakan suara anda melalui Amazon Alexa atau Google Assistant, Apple AirPlay 2, atau terus melalui aplikasi perkhidmatan muzik kegemaran anda.

Seperti semua produk Sonos, Roam dibina oleh para pemimpin industri muzik dan filem untuk memastikan pembesar suara ini menghasilkan ketepatan audio. Senibina akustik yang direka dengan teliti menghasilkan audio yang padat dan terperinci dengan penuh jelas. Manakala, Automatic Trueplay pula tersedia ketika melakukan penstriman melalui Bluetooth dan juga WiFi.

IKLAN

Ini bermakna Roam boleh disesuaikan dalam pesekitaran apa sekali pun untuk pengalaman audio yang tiada tandingan.

Tersedia dalam warna shadow black atau lunar white, bentuk segitiga Roam yang selesa untuk dipegang kelihatan cantik di rumah. Menggabungkan keanggunan dan reka bentuk yang tahan lasak, Roam tahan debu dan kalis air dengan penilaian IP67 dan dilengkapi penutup dan butang fizikal silikon untuk perlindungan jika terjatuh.

Sonos Roam, Pembesar Suara Premium Mudah Alih Hadir Lengkap Dengan Pelbagai Ciri Inovatif Sonos Roam, Pembesar Suara Premium Mudah Alih Hadir Lengkap Dengan Pelbagai Ciri Inovatif

Roam bersedia untuk sebarang pengembaraan dengan putaran muzik berterusan sehingga 10 jam dengan sekali cas dan hayat bateri sehingga 10 hari apabila tidak digunakan. Untuk pengecasan semula, sambungkan sahaja ke pengecas tanpa wayar magnetik yang direka khas dari Sonos yang dijual secara berasingan, pengecas tanpa wayar Qi, atau menggunakan kabel USB-C yang disertakan dalam kotak.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI