Sosej antara makanan kegemaran semua golongan. Mudah disediakan dan juga rasa yang sedap. Namun, makanan ini mengandungi kandungan perisa tiruan,bahan pengawet dan garam dalam kuantiti yang tinggi. Ini boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, dan masalah kesihatan lain.
Jadi lebih baik kita buat sendiri kat rumah. Mudah sahaja nak buat dan lebih sedap serta berkhasiat.
– Kisarkan isi ayam bersama lobak merah, daun bawang, tepung gandum, tepung jagung, black & white pepper dan minyak bijan.
– Kisar sehingga dapat tekstur yang lembut dan cantik seperti ini. Kemudian boleh letakkan dalam cetak sosej.
Ads
– Kukus sosej tadi lebih kurang 20 minit dan boleh digoreng juga selepas itu.
Ads
Untuk info, kajian saintifik mendedahkan bahan-bahan yang terkandung dalam sosej dipasaran sangat memudaratkan kesihatan terutamanya meningkatkan risiko kanser pankreas dan usus. Jadi lebih baik kita buat je sendiri mengunakan bahan yang lebih berkhasiat. Selamat mencuba!
Sumber protein yang dikaitkan dengan minda yang cerdas ialah ikan. Ikan sangat kaya dengan acid omega-3 termasuk asid dokosaheksaenoik (DHA) yang penting untuk kesihatan otak. Menurut kajian oleh Rush Medical Center di Chicago, Amerika Syarikat mereka yang memakan ikan mempunyai risiko rendah untuk mendapat Alzheimer, strok dan melambatkan kemerosotan mental.
Jadi, untuk kesihatan minda dan jantung, makan sekurang-kurangya dua hidangan ikan setiap minggu.
Bahan seperti kafein boleh memberikan tenaga dan bantu anda untuk lebih fokus. Kafein boleh didapati dalam kopi, coklat, minuman bertenaga dan ubatan. Walau bagaimanapun, kesan kafein hanyalah sementara. Jangan makan terlalu banyak makanan mengandungi kafein kerana ia boleh menyebabkan anda berasa gelisah dan tidak selesa.
Gula juga boleh menjadi bahan meningkatkan kepekaan otak. Tapi gula di sini bukan bermakna gula yang kita guna untuk bancuh air dan memasak, tetapi gula glukosa yang dihasilkan daripada karbohidrat. Oleh sebab itu apabila anda mengambil minuman manis, anda berasa seperti minda, pemikiran dan kebolehan mental telah dirangsangkan buat seketika.
Pengambilan gula berlebihan, walau bagaimanapun, boleh memudaratkan memori. Bukan sahaja memori, malah seluruh tubuh anda pun boleh rosak. Maka, pengambilan gula dari karbohidrat ini perlu dibuat secara berpada-pada, jangan sampai kegemukan ya.
Kekacang mengandungi sumber antipengoksidaan yang baik iaitu vitamin E. Suatu kajian yang dibuat oleh Kremlin-Bicêtre University Hospital di Perancis yang dibuat ke atas 9,294 orang warga emas dari 3 buah bandar di Eropah mendapati vitamin E sememangnya mempengaruhi kualiti hidup dan kesihatan mental mereka. Coklat pahit (dark chocolate) juga mempunyai sifat antioksida dan boleh merangsang otak dengan kandungan kafein di dalamnya.
Nikmatilah sehingga 30 gram kekacang dan coklat pahit sehari untuk mendapatkan segala kelebihan ini.
Setiap organ dalam badan bergantung kepada aliran darah, terutama sekali jantung dan otak. Makanan yang tinggi kandungan bijirin penuh dan buah avokado mampu mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kolestrol yang tidak baik. Makanan ini mengelakkan pembentukan plak dan melancarkan aliran darah ke otak supaya berfungsi dengan lebih baik.
Selain itu, bijirin penuh juga mengandungi serat dan vitamin E. Manakala avokado pula mengandungi lemak baik iaitu lemak mono tidak tepu yang membantu pengaliran darah.
Kajian yang dibuat di makmal mendapati buah beri biru dapat memelihara otak daripada radikal bebas dan penyakit yang berkaitan dengan usia seperti Alzheimer dan demensia. Selain itu, diet yang tinggi kandungan buah beri mampu memperbaiki prestasi pembelajaran dan fungsi otot, menjadikan anda lebih muda remaja.
Selain itu, anda juga perlu memastikan anda makan sarapan pagi setiap hari kerana ia membantu minda anda untuk lebih fokus sepanjang hari. Mungkin semua inilah rahsia kuasai minda yang sebenar!
sumber: iluminasi.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki mempunyai sejumlah kecil tisu payudara (sel tisu payudara yang tidak dapat menghasilkan susu) yang tertumpu di belakang puting susu di dinding dada. Seperti kanser payudara pada wanita, kanser payudara lelaki adalah pertumbuhan tidak terkawal sel-sel tisu payudara.Sel payudara memang wujud untuk bayi lelaki dan perempuan. Pada masa akhil baligh , ovari gadis menghasilkan hormon wanita (estrogen) yang merangsang sel tisu payudara berkembang dan membentuk payudara. Jumlah jaringan lemak pada payudara juga meningkat apabila anak gadis akhil baligh. Untuk lelaki, hormon lelaki seperti testosteron yang disekresi oleh testis menghalang pertumbuhan tisu payudara dan pembangunan lobulus. Ini menyebabkan sel-sel ini tidak berkembang dari membentuk payudara dan sel-sel lemak tidak bertambah .
Bagaimana kanser payudara lelaki didiagnosis?
Berbanding dengan kanser payudara wanita, penyebab kanser payudara lelaki belum sepenuhnya dikelaskan. Namun kedua-dua pengaruh persekitaran dan faktor genetik berkemungkinan menjadi faktor perkembangannya. Berikut adalah faktor faktor yang boleh memberi risiko untuk kanser payudara lelaki
Paparan radiasi
Paparan radiasi pengion telah dikaitkan dengan peningkatan risiko terkena kanser payudara lelaki. Lelaki yang sebelumnya telah menjalani terapi radiasi untuk mengubati penyakit berbahaya di kawasan dada (contohnya, limfoma Hodgkin) mempunyai peningkatan risiko perkembangan kanser payudara.
Hyperestrogenism (tingkat tinggi estrogen)
Lelaki biasanya menghasilkan sejumlah kecil hormon estrogen , Namun ada beberapa keadaan di mana lelaki menghasilkan hormon estrogen yang tinggi. Ginekomastia merujuk pada keadaan di mana payudara menjadi menjadi abnormal dan besar kerana mengalami paras hormon estrogen yang tinggi. Peningkatan paras hormon estrogen juga boleh meningkatkan risiko perkembangan kanser payudara di kalangan lelaki. Majoriti kanser payudara pada lelaki adalah estrogen reseptor-positif (yang bererti bahawa mereka tumbuh sebagai respon terhadap stimulasi pada estrogen). Dua keadaan di mana lelaki memiliki paras abnormal estrogen yang umumnya berkaitan dengan pembesaran payudara, iaitu sindrom Klinefelter dan sirosis hati. Obesiti juga berkaitan dengan tahap estrogen meningkat dan pembesaran payudara pada lelaki.
Klinefelter syndrome adalah suatu keadaan bawaan yang berlaku sekitar satu daripada 1,000 lelaki. Seorang lelaki normal mempunyai dua kromosom seks (X dan Y). Dia mewarisi kromosom X perempuan dari ibunya dan kromosom Y lelaki dari ayahnya. Lelaki dengan sindrom Klinefelter’s telah mewarisi kromosom X perempuan tambahan ( Dua kromosom X) , mengakibatkan kromosom seksnya adalah XXY , abnormal berbanding XY lelaki normal . Pesakit yang terkena Klinefelter menghasilkan hormon estrogen yang tinggi dan menyebabkan pembesaran payudara, rambut jarang pada wajah dan tubuh , testikel kecil, dan ketidakupayaan untuk menghasilkan sperma. Beberapa kajian telah menunjukkan peningkatan risiko untuk mendapat kanser payudara pada lelaki klinifelter, berisiko 50 kali ganda lebih kerap berbanding lelaki biasa.
Sirosis (parut) hati disebabkan penyalahgunaan alkohol yang kronik, hepatitis virus kronik, atau faktor genetik yang mengakibatkan pengumpulan zat beracun dalam hati. Hati menghasilkan protein penting yang mempengaruhi pengangkutan dan penghantaran hormon lelaki dan perempuan melalui aliran darah. Dengan sirosis, fungsi hati terganggu, kadar hormon lelaki dan perempuan dalam aliran darah juga terganggu . Lelaki dengan sirosis hati memiliki paras estrogen yang lebih tinggi dan mempunyai peningkatan risiko terkena kanser payudara.
Faktor Keluarga / keturunan
Penyelidikan epidemiologi telah menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai beberapa saudara perempuan dengan kanser payudara juga mempunyai peningkatan risiko untuk mendapat kanser payudara
Diagnosis kanser payudara memerlukan pemeriksaan sel kanser yang diperoleh dengan biopsi. Teknik ini adalah dengan menggunakan jarum dan mengambil sampel sel tisu payudara untuk dikaji . Oleh kerana lelaki mempunyai tisu sel payudara yang sedikit, kanser pada payudara lelaki mudah di raba dan mudah dibiopsi.
Kajian imaging seperti X-ray, CAT scan (CT scan), Magnetic Resonance Imaging (MRI), USG, dan scan tulang mungkin dilakukan untuk menilai kewujudan dan luasnya metastasis ( perebakan) selepas diagnosis awal kanser payudara di peringkat lewat.
Cara pengkelasan tahap kanser payudara lelaki
Pengkelasan tahap dilakukan untuk menentukan sejauhmana kanser telah merebak dalam tubuh. Saiz tumor dan luasnya penyebaran kawasan sekitar
Tahap I
Pada Tahap I kanser payudara, tumor adalah 2cm atau kurang dengan diameter terbesar dan belum merebak ke kelenjar limfa sekitar atau kawasan lain.
Tahap II
Tahap II kanser dibahagikan menjadi dua kumpulan. Tahap kanser IIA adalah saiz kanser kurang dari 2cm diameter dan telah merebak ke kelenjar limfa kawasan ketiak, atau tumor adalah antara 2cm hingga 5cm tetapi belum merebak ke kelenjar limfa ketiak . Tahap IIB tumor baik lebih besar dari 5cm tanpa merebak ke kelenjar limfa atau adalah antara 2cm hingga 5cm dan sudah merebak ke kelenjar limfa ketiak.
Tahap III
Tahap III dianggap kanser setempat di peringkat lewat. Tahap IIIA bererti tumor lebih kecil daripada 5cm tetapi telah merebak ke kelenjar limfa ketiak, dan kelenjar limfa aksila melekat antara satu sama lain atau dengan struktur lain, atau tumor lebih besar dari diameter 5cm yang merebak ke kelenjar limfa ketiak. Mungkin ia melekat antara satu sama lain atau struktur lain. Tahap IIIB tumor sudah merebak ke jaringan sekitarnya seperti kulit, dinding dada, dan tulang rusuk, atau ke kelenjar limfa di dalam dinding dada.
Tahap IV
Kanser stadium IV merujuk pada kanser metastatik, bererti telah merebak ke bahagian lain dari tubuh. Dengan kanser payudara, metastasis (lokasi tumor di tempat lain dalam tubuh) yang paling sering dijumpai adalah pada tulang, paru-paru, hati, atau otak. Tahap IV kanser juga didiagnosis ketika tumor boleh didapati di kelenjar limfa di leher.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mungkin menjadi setiap momen dan saat paling dinanti oleh setiap pasangan yang telah berkahwin. Peranan kaum suami sangatlah besar ketika isteri sedang dalam proses dn selepas bersalin.
Mereka bukan sekadar peneman, lebih daripada itu anda seharusnya menjadi pembakar semangat agar isteri terus kuat.Ini pengkongsian lelaki ini tentang perkara yang suami perlu tahu tentang isteri yang beru bersalin.
1. Buang air besar dan kecil kali pertama lepas bersalin tu akan sangat sakit pada si dia lebih-lebih lagi dalam keadaan perineum yang jadi sangat sensitif.
2. Walaupun baby dah keluar tapi jangan ingat perut terus kempis macam sebelum mengandung ye. Rahim ambil masa dalam 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal.
3. Rambut banyak gugur masa menyikat dan mandi tapi jangan gelabah. Ni efek daripada hormon estrogen yang mendadak turun je. Biasanya rambut gugur tu akan berhenti dalam 6-12 bulan.
4. Memang boleh berpantang tapi jangan sampai melampau lampau sangat. Sampai ada yang tak bagi si ibu tu minum air putih. Dah la nak kena menyusu lagi. Bukan kita takut tubuh tu jadi dehidrasi je tapi yang paling kita takut kalau sampai terjadi pembekuan darah dalam saluran darah di paru-paru ( pulmonary embolism ) akibat daripada kurang minum air tu sendiri ( dehydration ).
Tanda-tanda Pulmonary Embolism adalah :
Bahaya ke pulmonary embolism ni? Yup. Sangat bahaya. Boleh sebabkan kematian mengejut!
5. Selepas bersalin, hormon isteri boleh jadi kacau bilau. Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba emosi isteri jadi tak stabil. Boleh jadi tiba-tiba sedih, hati pun rasa redup je dan tiba-tiba nak menangis. Tu mungkin simptom Baby Blues. Benda tu biasa terjadi dalam seminggu atau dua minggu lepas bersalin. Cuma kalau lepas tu simptom tu masih tak hilang juga memang kena jumpa doktor takut-takut dah jadi Post Partum Depression.
Masa ni la si isteri paling perlukan sokongan suaminya sendiri. Bayangkan betapa banyak luka yang si isteri dah tanggung selama nak lahirkan zuriat si suami kan. Bukan cuma luka kesan koyakan Episiotomy je tapi luka emosi tu sendiri yang lebih dasyat sebab tu la si isteri sangat perlukan tidur, makan dan minum yang cukup dan sokongan emosi yang berterusan daripada suaminya sendiri.
p/s : Tolong sebarkan pada suami isteri yang belum tahu tentang benda ni ye
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.