kacak sporty
Foto: Pexels/Andrea Piacquadio

Lelaki yang aktif bersukan atau ‘sporty guy’ sememangnya cukup popular di kalangan wanita. Lihat sahajalah bintang-bintang sukan sekeliling anda. Di bangku sekolah atau universiti sekali pun, sporty guy inilah yang sering menjadi bualan pelajar perempuan.

Pernah tak anda tertanya-tanya mengapa kawan-kawan anda yang merupakan seorang sporty guy selalu didampingi wanita?

Mereka seakan mempunyai daya tarikan tersendiri berbanding lelaki yang malas bersenam atau bersukan.

‘Sporty Guy’ Lebih Kacak Di Mata Wanita, Bukan Sebab Sihat Semata
Foto: Pexels/Andrea Piacquadio

Satu hal yang pasti mereka yang aktif bersukan kebiasaannya mempunyai bentuk fizikal yang baik dan menarik. Kemungkinan besar mereka tidak berdepan masalah perut buncit dan memiliki otot yang cukup baik di beberapa bahagian utama badan seperti dada, perut, lengan dan juga kaki.

IKLAN

BUKAN FAKTOR RUPA SAJA

Lelaki aktif bersenam juga cenderung memiliki mental yang lebih sihat dan stabil. Tapi adakah ini sahaja yang menyebabkan mereka memiliki daya tarikan lebih kuat berbanding lelaki lain?

Ini semua mungkin berkaitan dengan evolusi hubungan manusia dan biologi sendiri. Dalam satu kajian dilakukan oleh University Exeter mendapati wanita lebih tertarik dan cenderung memilih lelaki yang lebih atletik kerana ia memberikan idea bahawa lelaki tersebut mampu perlindungan.

IKLAN

Manakala dalam satu lagi kajian dilakukan di Australia oleh Griffith University mendapati ciri-ciri lelaki menarik lelaki tertumpu kepada tiga poin utama.

‘Sporty Guy’ Lebih Kacak Di Mata Wanita, Bukan Sebab Sihat Semata
Foto: Pexels/Pixabay

Data yang diperolehi daripada 150 orang wanita tersebut mendapati mereka menetukan daya tarikan seorang lelaki kepada betapa gagah penampilannya, berbadan tegap dan ketinggiannya.

IKLAN

Anda mungkin beranggapan ia merupakan satu pandangan yang mungkin agak cetek namun itulah kekuatan first impression. Lelaki yang aktif bersuka sememangnya diakui mempunyai daya tarikan lebih tinggi.

Selain itu terdapat juga kajian mendapati bahawa lelaki berkepala botak lebih menarik, yakin dan bersifat mendomonasi. Tidak hairanlah kenapa Dwayne Johnson atau The Rock cukup mempunyai pengaruh cukup luar biasa.

Buat anda yang ingin mencari peralatan senaman yang hebat, boleh dapatkannya di sini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI