Berkepala botak pastinya menjadi mimpi negeri buat segelintir lelaki. Ini kerana tidak semua lelaki sesuai dengan imej berkepala botak. Malah ramai lelaki tidak bersedia berdepan dengan imej berkepala ‘pulau’.
Jadi, sebaik mungkin mereka akan berusaha untuk menjaga rambut agar sentiasa lebat, hitam dan terurus dengan baik tanpa sebarang masalah keguguran rambut, kelemumur, berminyak dan sebagainya.
Masalah keguguran rambut yang serius tentu membimbangkan kerana sudah pasti anda tidak mahu rambut semakin hari semakin sedikit sehingga meninggalkan ‘pulau’ yang boleh mencacatkan penampilan anda.
Sekiranya anda salah seorang yang berdepan dengan masalah keguguran rambut dan ingin rambut di kawasan botak kembali tumbuh, bolehlah amalkan tonik rambut ini.
Pakai lepas shampoo. Spray kan benda ni atas kulit kepala, bukan kat rambut eh. Kat kulit kepala. Pastu urut2. Then biar kan je . Memula memang ada bau cam ubat tapi akan hilang after few minutes. ?
Pempengaruh terkenal dan juga adik kepada selebriti dan usahawan terkenal Neelofa iaitu Ameera Khan mengakui bahawa dirinya lebih tertarik dengan lelaki negara jiran, Indonesia.
Mengakui usia masih muda, Ameera berkata, tidak salah untuk berkenalan dengan beberapa lelaki dan menilai yang mana satu memiliki kriteria yang tepat dan menepati ciri idaman.
“Ketika ini saya masih mencari lelaki yang tepat untuk diri saya. Umur saya juga masih muda iaitu 23 tahun.
Jadi, saya tidak boleh tergopoh-gapah sekiranya jumpa seorang lelaki terus katakan dia adalah yang dicari selama ini, tidak begitu.
Saya perlu mengenali beberapa lelaki untuk menilai mana yang ada potensi, mana yang lebih selesa berkawan, mana yang tak boleh pakai langsung.”
Ameera berkongsi mengenai perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di sebuah platform media sosial, baru-baru ini.
Indonesia ‘sweet’ sangat
Dalam sesi sama, adik kepada selebriti terkenal Noor Neelofa turut berkongsi pengalaman peribadi berkenalan dengan lelaki berasal dari Malaysia dan Indonesia.
Kata Ameera, lelaki dari seberang lebih ‘sweet’ berbanding jejaka di Malaysia yang kebanyakkan membuat hubungan cinta menjadi toksik.
“Mungkin jodoh saya orang Indonesia, Mesir atau Malaysia. Saya kenal ramai yang dari Malaysia, mereka sangat baik.
Tetapi orang Indonesia sangat ‘soft spoken’, memahami, ambil berat dan tidak toksik.
Berdasarkan pengalaman peribadi saya, orang Malaysia apabila terlalu mencintai, hubungan itu lama-kelamaan akan jadi toksik.
Orang Indonesia sangat ‘sweet’, kalau ketika sedang menelefon, dia akan panggil ‘hi cinta, tengah buat apa itu’. Saya suka begitu.”
MASKULIN : Mungkin Ameera tak jumpa lagi orang Malaysia yang sweet lagi kot. Apa-apa pun moga Ameera Khan berjumpa jodoh lelaki yang baik okay!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sesetengah lelaki sememangnya dikurniakan dengan kelebihan untuk jadi awet muda dan kelihatan jauh lebih muda dari umur sebenarnya. Sekali imbas, ada yang macam seorang bapa anak seorang walhal usia sudah lebih separuh abad.
Pelakon-pelakon popular lelaki di Hollywood sebagai contohnya ada beberapa orang yang cukup terkenal dengan kurniaan ini. Tapi ramai sebenarnya tidak sedar bahawa penampilan awet muda mereka tidak hadir tanpa sebarang usaha.
Salah seorangnya ialah pelakon yang kini terkenal dengan membawakan watak Scott Lang atau Ant-Man iaitu Paul Rudd. Pelakon yang usianya mencecah 54 tahun ini dahulu dikenali ramai dengan kehebatannya melakonkan watal-watak komedi dalam beberapa buah filem hebat.
Jika dilihat pada penampilannya kira-kira 20 tahun dahulu dan sekarang memang tidak banyak yang berbeza. Seakan-akan usianya tidak langsung berubah jika lihat pada wajah dan juga penampilannya.
Kemunculannya yang nampak serba baharu dalam filem ‘Clueless’ cukup diingati ramai dan kini dalam filem-filem terbarunya seperti ‘Ant-Man and the Wasp: Quantumania’ memang ada sedikit perbezaan tapi tidaklah terlalu ketara berbanding pelakon-pelakon seusianya.
Paul Rudd jarang berbicara tentang bagaimana dia menjaga penampilan sama ada dari segi wajah dan juga bentuk badannya. Namun dia pernah berkongsi sedikit sebanyak dengan beberapa pengamal media sepanjang kariernya.
Tidak dinafikan penggunaan losyen pelindung matahari atau sunscreen mampu membantu kulit wajah lebih selamat dan terhindar dari agen-agen penuaan.
Menerusi temu bual bersama InStyle pada tahun 2015, Paul Rudd mendedahkan dia merupakan seorang yang percaya kepada kelebihan sunscreen. Dia mengakui menggunakan sunscreen dengan cukup kerap bagi melindungi kulit dari sinaran UV.
Percayalah penggunaan sunscreen setiap hari memang mampu melindungi kulit wajah dan badan dari kesan penuaan lebih pantas.
Tidak ramai yang sedar bahawa lelaki juga boleh menggunakan krim concealer. Concealer atau color corrector ialah sejenis kosmetik yang digunakan untuk menutup ketidaksempurnaan pada kulit. Ketidaksempurnaan ini boleh termasuk lingkaran hitam di bawah mata, cela dan hiperpigmentasi.
Pelakon Elizabeth Olsen pernah berkongsi tentang bagaimana dia mendapat tip dari Paul Rudd untuk menggunakan sedikit concealer bagi penampilan lebih muda.
Kondisi kulit jadi nampak lebih tua boleh berlaku jika tahap kelembapannya tidak terjaga dengan baik. Disebabkan itulah penggunaan pelembap sangat penting.
Ia bukan sahaja mengekalkan tahap hidrasi kulit yang baik tetapi membuatkan kulit nampak lebih ‘hidup’ dan segar. Ingat, semakin tua semakin terjejas tahap kesihatan liang minyak yang menjaga kesihatan kulit kita.
Bukan sahaja Paul Rudd malah ramai aktor lain juga turut berkongsi akan kepentingan tidur yang cukup untuk kesihatan fizikal dan mental yang baik.
“Salah satu perkara penting dalam apa jua bentuk latihan ialah tidur yang cukup,” jelasnya kepada Men’s Health dalam satu temu bual pada awal tahun ini. “Pertama tidur, kedua diet, kemudian angkat berat dan seterusnya kardio,” tambahnya lagi.
You are what you eat. Itulah juga yang diamalkan oleh Paul Rudd dari segi corak pemakanannya. Walaupun tidak pernah berkongsi tentang rahsia dietnya namun Paul Rudd pernah menyatakan dia makan telur setiap hari yang disertakan bersama ikan salmon.
Selain itu dia juga menggemari minuman protein goncang yang disatukan dengan gabungan tepung protein dan juga air. Dalam temu bualnya bersama AARP pada tahun 2019, Paul Rudd berkata, “Saya mulakan latihan dan pemakanan seperti atlet dengan mengehadkan tanpa gula, tanpa akohol dan hanya fokus kepada protein dan sayuran.
Semoga tip dan amalan yang dilakukan oleh Paul Rudd ini boleh dijadikan inspirasi buat anda semua.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perasan tak di botol perfume anda terdapat perkataan EDP, EDT atau parfum pada botol. Adakah anda tahu apakah yang dimaksudkannya dan apakah perbezaan yang diwakili oleh istilah tersebut?
Dalam bahasa mudah istilah-istilah tersebut sebenarnya mewakili jumlah amaun penumpuan minyak wangian dalam minyak wangi atau dalam bahasa Inggeris, concentrated perfume oil in perfume.
Okay tak dinafikan kebanyakan minyak wangi lelaki terdiri daripada jenis Eau de Toilette (EDT). Disebabkan itu MASKULIN lebih cenderung untuk memperkenalkan istilah ini terlebih dahulu.
Perkataan ‘Eau’ membawa maksud ‘air’ dalam bahasa Perancis. ‘De’ pula bermaksud ‘dari’ dan perkataan ‘Toilette’ pula membawa makna proses mencuci atau boleh digunakan untuk menjelaskan penampilan diri untuk majlis istimewa.
Ramai yang salah anggap perkataan ini dengan ‘toilet’ yang bermaksud tandas dalam bahasa Inggeris. Malah ia sebenarnya disebut dengan sebutan ‘twa-let’.
PERBEZAAN JENIS MINYAK WANGI
Maksud EDT adalah seperti yang MASKULIN terangkan di atas. Minyak wangi jenis ini merupakan yang paling popular dan banyak terdapat di pasaran.
Ini mungkin kerana ia merupakan minyak wangi yang terletak di tengah-tengah kesemua kelas minyak wangi. Dari segi harga ia juga lebih murah berbanding minyak wangi EDP. Walaupun memiliki konsentrasi lebih rendah, EDT juga mampu memberikan bau yang tahan lama. Secara kebiasaannya EDT boleh bertahan antara 8 hingga 12 jam pada pakaian.
Ini merupakan jenis minyak wangi yang memiliki konsentrasi minyak wangi kedua paling tinggi. Anda boleh dapat di pasaran bahawa harga EDP juga lebih mahal berbanding dengan jenis EDT. Malah baunya juga dikatakan boleh bertahan lebih lama iaitu 10 jam hingga 16 jam atas.
Suatu ketika dahulu hampir semua EDP di pasaran hanya terdapat untuk wanita sahaja. Namun dengan perkembangan trend terkini semakin banyak minyak wangi EDP untuk lelaki diperkenalkan.
Kebanyakan minyak wangi EDP juga membawa karakteristik bau yang lebih keras dan kuat. Jadi tak semua orang boleh sesuaikan diri dengan jenis ini.
Minyak wangi jenis parfum mengandungi kira-kira 15 hingga 40 peratus concentrated perfume oil menjadikannya sebagai yang paling tinggi dalam semua jenis minyak wangi. Ia juga menjadi sebab mengapa jenis ini yang paling mahal terdapat di pasaran.
Kira-kira 20 tahun lalu amat sukar untuk kita mendapati minyak wangi parfum terdapat di pasaran. Memiliki minyak wangi jenis ini menjadi satu simbol status kekayaan luar biasa kerana harganya yang sangat mahal.
Namun pada hari ini Eau de Parfum yang berharga sedikit rendah mula dijual untuk pengguna.Pada hari ini kita boleh dapati sebotol minyak wangi parfum 100ml dijual pada harga RM400.
Penggunaannya boleh bertahan sehingga 12 jam menjadikan ia sebagai minyak wangi paling lama bertahan pada pakaian dalam sehari.
Semoga perkongsian MASKULIN ini boleh memberikan anda sedikit idea tentang perbezaan tiga jenis minyak wangi ini.
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.