Senaman ini sebenarnya perkara yang sama ada kita mahu atau tidak mahu lakukan sahaja. Alasan tiasa masa?
Itu alasan paling malas untuk kita dengar. Melakukan senaman sebenarnya bukanlah menuntut masa sehingga satu hingga dua jam. Jika dilakukan secara konsisten anda tidak perlu lakukan dengan lama pun!
Anda sebenarnya tak memerlukan masa yang lama pun untuk bersenam. Percaya atau tidak anda boleh bersenam hanya dalam masa 4 minit sahaja!
MULAKAN HARI INI!
Akan tetapi ia perlulah dilakukan secara konsisten setiap hari dan anda pula perlulah realistik. Dengan melakukan senaman 4 minit ini jangan pula harapkan perubahan pada badan dan tahap kesihatan berlaku sekelip mata.
Apa yang MASKULIN boleh jamin ia akan beri satu hasil yang anda sendiri tak akan sangka dan ia mampu berlaku dalam tempoh 4 hingga 6 bulan.
Usah berlengah kerana anda boleh mulakannya pada hari ini! Ikuti step berikut untuk melakukan 4 senaman dalam masa 4 minit! Lakukan mengikuti turutan berikut dengan mengulangi sebanyak 2 reps.
Dengan melakukan senaman secara konsisten seperti ini anda boleh hilangkan lebih 18 peratus lemak bada. Kepada yang ingin mencuba, selamat maju jaya MASKULIN ucapkan kepada anda.
Jadi sila buang sifat malas itu jauh-jauh. Cuba paksa diri lakukan senaman ini selama lima hari berturut-turut. Pasti selepas itu anda akan terus jadikan ia sebagai satu rutin harian yang wajib.
PERNAH ATAU TIDAK ANDA LIHAT GAMBAR LAMA ADA SEWAKTU USIA 20-AN, MESTI ADA PERUBAHAN BESAR PADA FIZIKAL YANG BOLEH ANDA KESAN. JANGAN RISAU KERANA SEMUA ORANG AKAN TUA, TETAPI APA DIA 5 TANDA MENUNJUKKAN ANDA MEMANG BETUL-BETUL DAN MENJENGAH USIA 30-AN
RAMBUT MULA GUGUR
Mungkin beberapa dari anda berpendapat keguguran merupakan masalah kosmetik dan tidak ada hubungannya dengan kesihatan. Tetapi, tahukah anda bahawa kebanyakan lelaki di akhir usia 20-an mengalami masalah emosi kerana masalah ini, mereka tidak bersedia dengan keguguran dan mengalami krisis percaya diri kerananya. Malahan masalah ini akan mengganggu penampilan seseorang dan membuatkan diri lebih mudah hilang rasa keyakinan terhadap banyak perkara.
KANSER PROSTAT
Kanser prostat adalah kanser yang paling umum berlaku pada lelaki, tetapi khabar baiknya kanser ini mudah diatasi. Kira-kira satu daripada enam lelaki pernah mengalami kanser ini dalam hidupnya, dan mereka yang mempunyai ayah atau saudara pesakit kanser prostat biasanya mempunyai risiko dua kali lebih tinggi.
SEMAKIN GEMUK
Ketika memasuki fasa ini, lelaki mengalami kesukaran untuk mengurangkan berat badan.Melambatnya metabolisme tubuh dan tingginya tahap stres merupakan beberapa faktor penyebabnya.
TEKANAN
Anda pasti tahu hidup tidak lah mudah untuk lelaki dewasa, mereka sibuk menata kerjaya, membahagikan masa dengan keluarga, membesarkan anak. Tetapi, tidak ramai yang menyedari bagaimana tanggungjawab tersebut memberikan tekanan dan boleh membawa kesan buruk terhadap kesihatan mental (kemurungan) dan kesihatan anda secara keseluruhan lebih-lebih lagi sudah tentu ia juga sedikit sebanyak menjejaskan kualiti seks sehingga membawa kepada masalah mati pucuk
TEKANAN DARAH TINGGI
Tekanan darah tinggi atau hipertensi dikenali dengan istilah ” silent killer” kerana penderitanya sering kali tidak menyedari kehadiran penyakit ini. Darah tinggi tidak mempunyai tanda atau gejala yang jelas, walaupun begitu hipertensi menjadi punca kematian berjuta-juta lelaki dewasa di atas usia 20 tahun.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berapa ramai daripada anda yang pernah mendaftar keahlian di gim, namun akhirnya menjadi sia-sia kerana tidak dimanfaatkan?
Perkara ini bukanlah satu perkara yang luar biasa kerana memang ramai individu yang ingin mengubah gaya hidup menjadi lebih aktif dan sihat.
Tetapi, ramai juga yang tidak mampu untuk terus kekal dalam perubahan tersebut. Kebanyakannya ibarat ‘hangat-hangat tahi ayam’ sahaja.
Jika anda tidak mahu menjadi salah seorang seperti itu, mungkin langkah-langkah ini boleh membantu anda.
Apabila ditanya mengapa anda mahu bersenam, ramai yang memberi jawapan yang hampir serupa. Kebanyakannya memberi jawapan ingin membina keyakinan diri. Namun adakah itu benar-benar sebabnya?
Setiap individu pasti mempunyai alasan yang berbeza-beza.
Ada yang disebabkan ingin menceburi sukan bina badan, ada yang ingin memohon pekerjaan yang memerlukan mereka mempunyai bentuk badan tertentu, ada pula yang disebabkan trauma menjadi bahan ejekan orang sekeliling, malah ada yang sekadar mahu mengisi masa lapang.
Sebab-sebab yang spesifik sebeginilah sebenarnya ‘Big Why’ anda yang akan membuatkan anda terus kekal konsisten selagi anda belum mencapai tujuan hasrat anda.
Walau apa pun sebabnya, anda tidak sepatutnya berasa malu dengannya kerana ‘Big Why’ inilah punca motivasi sebenar anda.
Apabila anda sudah jelas dengan matlamat anda, maka ini lah saatnya untuk anda mencuba aktiviti yang anda gemari.
Ramai yang kecundang di tengah jalan kerana merasa terbeban dengan aktiviti yang dilakukan.
Setiap orang tidak diciptakan untuk menyukai perkara yang sama. Sedangkan citarasa makanan, hiburan dan jodoh juga berbeza-beza, apatah lagi aktiviti harian.
Sesetengah orang mungkin tidak gemar aktiviti berjoging. Oleh itu, mereka boleh mencuba aktiviti lain seperti berzumba atau berbasikal.
Tidak semua individu yang ingin melatih otot pula gemar menangkat bebanan di gim, maka mereka mempunyai pilihan untuk melakukan senaman kalistenik di taman atau di rumah.
Apabila anda menemui aktiviti yang dekat dengan jiwa anda, barulah anda mampu menjalani setiap sesi latihan tanpa merasa terbeban.
Kebanyakan individu terpaksa menempuh perjuangan membina kecergasan diri secara berseorangan. Alangkah baiknya jika sahabat kita juga turut bersama dalam menempuh perjuangan itu.
Bagaimanapun, perkara itu jauh dari realiti kebanyakan orang.
Tidak semua orang mempunyai minat dan matlamat yang sama, begitu juga dengan sahabat. Beruntung bagi segelintir yang mempunyai sahabat bersama-sama mengubah gaya hidup menjadi lebih aktif dan sihat, namun tidak bagi segelintir yang lain.
Lebih menyedihkan, ada yang terpaksa menjauhkan diri dari sahabat kerana keenganan mereka untuk turut serta mengubah gaya hidup.
Maka, mungkin sudah tiba masanya untuk mencari sahabat baharu di dalam dunia kecergasan.
Bukanlah bermaksud anda perlu memutuskan persahabatan sedia ada, cukup sekadar membina persahabatan yang baharu untuk meneruskan perjuangan anda.
Di saat anda ingin bersenam, anda sudah pun mempunyai sahabat baharu. Apabila anda ingin bersantai pula, sahabat sedia ada anda sentiasa mengalu-alukan anda.
Tidak salah untuk mempunyai ramai sahabat bukan? Sekurang-kurangnya, tidaklah anda berasa sunyi dalam menempuh perjuangan kecergasan anda.
Tidak semua aktiviti kecergasan memerlukan bayaran yang mahal. Namun tidak salah untuk bersiap sedia.
Penting untuk anda mengkaji jenis aktiviti kesukaan anda agar mudah untuk anda kenal pasti sama ada aktiviti itu melibatkan kos tertentu atau tidak.
Jika ya, penting juga untuk mengetahui sama ada kosnya berbentuk sekali bayar ataupun tanggungan berterusan secara bulanan.
Misalnya, yuran keahlian di gim perlu dibayar setiap bulan. Pengambilan makanan harian anda juga akan berubah dan secara tidak langsung memberi impak kepada perbelanjaan harian anda.
Itu belum termasuk jika anda perlu mengambil makanan tambahan seperti minuman protin yang tidak murah harganya.
Jika anda sudah mengambil kira semua aspek perbelanjaan ini, lebih mudah untuk anda mengekalkan komitmen terhadap aktiviti kecergasan anda tanpa risiko terkandas di tengah jalan dengan alasan tidak mampu untuk terus menanggung kos perubahan gaya hidup berkenaan.
Tiada jalan singkat untuk mencapai kejayaan. Begitu juga dengan kecergasan. Kebanyakan individu berhenti separuh jalan kerana letih menunggu hasil yang tidak kunjung tiba.
“Rome was not built in a day”, sebelum anda memulakan perjalanan anda dalam dunia kecergasan, penting untuk anda tanamkan di dalam fikiran anda yang perjalanan itu merupakan suatu perjalanan yang jauh.
Tidak begitu realistik untuk anda menjangkakan hasil yang anda harapkan dapat dicapai dalam jangka masa yang singkat. Tempoh beberapa bulan pertama anda itu bukanlah untuk anda meraih hasil yang jelas dilihat.
Sebaliknya, tempoh itu hanyalah untuk anda membina rutin baharu dan menjadikannya sebagai suatu kebiasaaan.
Untuk mengubah gaya hidup, ia perlu dilakukan secara berterusan. Tidaklah ia dipanggil sebagai ‘gaya hidup’ seandainya ia tidak kekal dalam kehidupan anda. Jika ia begitu mudah pasti sudah ramai yang mempunyai tahap kecergasan yang mantap, bukan? Be patient and enjoy the process, hasilnya akan tiba kelak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Adakah duduk berjam-jam setiap hari sebahagian daripada rutin kerja anda? Jika ya, anda mungkin tidak menyedari bahawa postur duduk yang tidak betul boleh membawa pelbagai masalah kesihatan jangka panjang.
Jangan pandang remeh tabiat ini! Walaupun anda mungkin sudah tahu bahawa duduk terlalu lama tidak baik untuk kesihatan, ramai yang masih mengabaikannya. Duduk tanpa banyak pergerakan bukan sahaja boleh menyebabkan obesiti, malah turut meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, penyakit jantung, diabetes, dan buasir.
Namun, jangan risau. Masalah ini boleh dihindari! Ada banyak cara untuk memastikan badan anda kekal sihat walaupun sibuk dengan kerja.
Menurut satu penelitian bahawa dengan berolahraga dan membuat beberapa aktiviti kecergasan secara rutin dapat membantu serta mencegah seseorang mendapat pelbagai kesan buruk terutamanya ke atas kesihatannya jika duduk terlalu lama.
Penelitian menunjukkan bahawa aktiviti fizikal adalah kunci utama untuk menjaga organ tubuh kekal sihat, terutamanya selepas duduk berjam-jam.
Sama ada anda bekerja, bersantai, atau menjalani gaya hidup yang kurang aktif, risiko penyakit boleh dikurangkan dengan bersenam secara teratur.
Para penyelidik telah membezakan dua kumpulan dewasa: mereka yang kerap bersenam dan mereka yang menghabiskan sebahagian besar masa dengan duduk. Hasilnya jelas, bersenam adalah langkah proaktif untuk melindungi kesihatan anda.
Mereka yang banyak duduk dan kurang aktif lebih berisiko mengalami sakit pinggang, hipertensi, penyakit jantung, diabetes, dan peningkatan kolesterol jahat.
Sebaliknya, individu yang rajin bersenam menunjukkan tahap kesihatan dan kecergasan yang lebih baik.
Jika anda sering duduk di meja kerja, ada cara mudah untuk kekal aktif. Mulakan dengan regangan dan senaman ringan di pejabat. Elak guna lif, sebaliknya gunakan tangga. Letak kereta lebih jauh dari pintu masuk pejabat supaya anda boleh berjalan kaki selama 5 hingga 10 minit.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perasan tak ramai pemain Piala Dunia 2026 pakai but merah jambu? Rupanya ada sebab saintifik dan strategi pemasaran bernilai jutaan dolar di sebalik trend paling mencuri perhatian tahun ini!