Toymaker Step2 berkolaborasi dengan McLaren Automotive bagi menghasilkan satu produk paling comel dan murah di bawah barisan McLaren. Model tersebut dinamakan sebagai Step2 McLaren 570S Push Sports Car. Kereta tolak yang sesuai buat anak kecil yang berminat dengan kereta.
Kereta tolak berkenaan bergerak dengan lancar menggunakan roda khas. Jana kuasa jentera berada di belakang model tersebut atau lebih mudah ialah ibu bapa ataupun pengasuh. Bergantung kepada siapa yang akan menolak Step2.
Ads
Walaupun tidak dilengkapi dengan enjin V8 twin turbo seperti 570S yang sebenar, tetapi kereta kecil itu memiliki lebih banyak ruang pemegang cawan berbanding model produksi. Menariknya model tersebut didatangkan dengan hendal yang boleh dilipat untuk mudah disimpan dan diangkut ke mana sahaja. Toymaker Step2 menamakan hendal berkenaan sebagai Whisper Wheels.
Kemudahan lain yang disediakan ialah kargo besar di bawah kerusi untuk memudahkan anak kecil meletakan permainan dan makanan ringan. Pada bahagian stereng tersedia butang audio yang akan menghasilkan bunyi elektronik apabila ditekan.
Ads
Ads
Hanya ditawarkan dengan satu warna Ventura Orange (Oren), Step2 dijual pada harga $79.99 (RM343.60) seunit. Model tersebut bakal berada di pasaran pada September depan dan beberapa pilihan warna badan lain akan menyusul kemudian.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) memperkenalkan varian 1.6 liter Turbo GDI (T-GDI) petrol yang baru bagi model SUV (kenderaan utiliti sport) kompak, Tucson.
Enjin itu mampu menjana kuasa 177PS pada 5,500rpm dan tork maksimum 265Nm dari 1,500 hingga 4,500rpm. Penghantaran kuasa ke roda ditugaskan kepada kotak gear 7DCT yang dibangunkan sendiri oleh Hyundai. Kotak gear berkenaan menawarkan penukaran gear lebih lancar dan pecutan pantas.
Ditawarkan pada harga RM145,588 (termasuk insurans), pihak HSDM turut menawarkan ciri-ciri menarik pada varian berkenaan antaranya lampu utama LED bersama Static Bending Lights, fungsi Auto Hold, pintu belakang pintar dan rim baharu lebih sporty.
Selain itu, pelanggan juga boleh memilih aksesori tambahan seperti dua pakej tempat duduk dan kemasan dalaman dengan pilihan warna merah dan putih. Tidak ketinggalan, kit badan dan rim bersaiz 19 inci.
Tucson dibina di atas struktur kerangka yang diperbuat daripada 51 peratus besi ultra kukuh untuk meningkatkan ketegarannya. Demi ketenangan minda pemilik, Tucson dilengkapi dengan ciri keselamatan aktif dan pasif antaranya enam beg udara, sistem Vehicle Stability Management (VSM), Hill Start Assist Control (HAC), Downhill Brake Control (DBC) dan Electric Parking Brake (EPB).
HSDM menawarkan jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 300,000 kilometer (mana-mana tiba dahulu). Tucson juga hadir bersama servis percuma untuk jarak sejauh 50,000 kilometer dalam tempoh tiga tahun.
BMW Malaysia telah melakukan kerjasama bersama Shell Malaysia dengan memperkenalkan program servis minyak enjin dan alat penyenggaraan untuk kenderaannya. Apa yang istimewa ia menampilkan minyak enjin premium, Shell Helix Ultra Professional ABB SW-4 Engine Oil.
Usaha sama dua jenama ini diraikan sebagai rakan kongsi strategik bukan sahaja di peringkat nasional tetapi global. Jelas Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl kerjasama ini membolehkan kedua-dua jenama membekalkan nilai dan servis terbaik untuk pelanggan.
Shell selaku pengeluar terbaik di dunia sepanjang 13 tahun yang lalu telah menjadi satu-satunya pembekal yang disyorkan bagi minyak enjin mereka. Ia juga menjadi pembekal bagi enjin pasaran sekunder bagi semua jenama dalam BMW Group di rantau ini sejak tahun 2015.
Menerusi program ini pemilik dapat menikmati dua pakej menarik iaitu Pakej Servis Minyak BMW dan Pakej Nilai Servis BMW. Pakej Servis Minyak BMW membawakan Shell Helix Ultra Professional ABB SW-40 Engine Oil –yang mampu melindungi dan melanjutkan jangka hayat enjin berprestasi tinggi.
Minyak enjin tersebut diformulasikan dengan PurePlus Technology yang unik, iaitu sebuah proses perintis yang membekalkan minyak yang jernih dengan tahap kebersihan yang hampir mutlak diperbuat daripada gas asli.
Produk tersebut juga menampilkan Teknologi Pembersihan Aktif Shell yang membantu melindungi kuasa dan prestasi enjin daripada mendapan.
Di samping itu, formulasi penyejatan Shell Helix Ultra Professional ABB 5W-40 yang bertahap rendah turut mengurangkan keperluan untuk menambah minyak secara kerap. Ini tawaran selain kerintangan degradasi minyak yang lebih tinggi.
Dengan pembelian dua pakej Servis Minyak BMW, yang ditawarkan pada harga RM500 untuk setiap pakej, pelanggan dapat membawa pulang BMW M4 Motorsport Collectible Remote Car edisi terhad yangbernilai RM250 secara percuma sementara stok masih ada.
Pakej Nilai Servis BMW pula menawarkan pemilik kenderaan BMW jangka panjang sebuah program yang menarik dengan potongan harga sebanyak 30% bagi alat-alat penyenggaraan Original BMW seperti brek, bilah pengelap, palam pencucuh, serta penapis mikro dan penapis udara.
Pelanggan boleh membuat janji temu dengan mudah bagi Pakej Servis Minyak BMW atau Pakej Nilai Servis BMW di mana-mana Pusat Pengedaran BMW Bertauliah.Program ini ditawarkan mulai hari ini sehingga 31 Disember 2020. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi BMW di sini.
Jika anda ingin mencari aksesori kereta pada harga menarik, boleh dapatkannya di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tukar sport rim kereta merupakan modifikasi paling ringkas seseorang pemilik kereta boleh lakukan untuk nampak lebih sporty.
Keputusan tukar sport rim ini boleh kita anggap sama seperti kita menukar kasut untuk tampil lebih bergaya.
Akan tetapi harus kita ingat dalam apa jua modifikasi atau melakukan pertukaran komponen sekali pun ia perlu selari dengan beberapa faktor atau pertimbangan melibatkan kesesuaian dan paling penting keselamatan.
Ini kerana jika anda tukar sport rim atau pasang dengan tak betul ia boleh menyebabkan bencana kemudian hari.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip tukar sport rim untuk kereta nampak lebih gempak dan mantap.
PCD atau Pitch Circle Diameter merupakan saiz lubang rim yang berada di tengah-tengah rim.
Setiap model kereta kadangkala tidak sama PCD terutamanya kereta buatan luar negara. Dan setiap PCD juga bergantung kepada jenis kereta juga. Ada yang mempunyai 4, 5 atau 6 lubang. Saiznya pula pelbagai seperti 114.3, 100, 110, 120 dan banyak lagi.
ET merupakan singkatan kepada ‘Einpresstiefe’ atau ‘Offset’, iaitu dalam kefahaman mudah dalam Bahasa Melayu ialah mengimbangi. Ia membawa maksud untuk memberitahu kita jenis rim ini sama ada masuk ke dalam atau terkeluar dari fender atau body kereta.
Seterusnya ukuran lebar rim yang sesuai. Ukuran lebar ini akan menentukan kesesuaian tayar yang kita akan gunakan nanti. Kebanyakan trend sekarang ramai yang gemar menggunakan rim lebar tetapi tayarnya tidak lebar.
Ia untuk mengelak tayar terkena pada fender atau body. Jadi ambil tahu tentang ukuran lebar rim yang biasanya tertulis di sebelah dalam atau belakang rim.
Akhir sekali pilihlah sport rim yang saiznya sesuai untuk kereta anda. Seperti anda juga ukurlah kasut sebelum beli. Begitu juga dengan sport rim.
Selain itu, pilihlah warna rim yang lebih bersifat universal seperti hitam, krom, emas atau merah. Ia merupakan antara warna yang sangat sesuai dipadankan dengan banyak jenis warna cat pada body kereta.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.