STEPHEN CURRY BRAND UNDER

Tidak dapat dinafikan Stephen Curry kini merupakan antara nama paling besar dalam sukan bola keranjang di NBA. Namanya kini menjadi pujaan ramai peminat bukan sahaja di Amerika Syarikat tetapi juga di peringkat global.

Merintis status legenda yang bakal dikecapinya pada masa akan datang, Sthepen Curry yang disokong oleh jenama sukan popular, Under Armour tampil memperkenalkan Curry Brand yang dilancarkan 1 Disember 2020.

Dengan misi untuk menjadikan bola keranjang sebagai sukan yang boleh dimainkan di mana sahaja dia menampilkan koleksi kasut, pakaian dan juga aksesori menerusi jenamanya sendiri, Curry Brand. Apa yang lebih menarik, pengenalan jenama ini bukan dilakukan di atas faktor keuntungan semata.

SASARAN AKAN DATANG

Beberapa peratusan daripada jumlah jualan produk Curry Brand setiap tahun akan dilaburkan untuk pembangunan komuniti. Sasaran yang diletakkan menjelang 2025, Curry Brand mampu mewujudkan kira-kira 20 lokasi selamat untuk bermain bola keranjang, menyokong 125 program sukan atlet muda dan membukan peluang untuk melahirkan lebih 15 ribu jurulatih yang sekali gus memberi impak kepada lebih 100,000 belia.

IKLAN

Stephen Curry & Under Armour Lancarkan Legasi Baharu ‘Curry Brand’

Sejak kecil, Stephen Curry membesar di dalam komuniti yang berpegang kuat pada semangat sukan komuniti. Ketika beraksi bersama pasukan Charlotte Hornets, bapanya telah mula aktif bersama komuniti di Carolina lalu menubuhkan The Dell Curry Foundation.

Stephen Curry & Under Armour Lancarkan Legasi Baharu ‘Curry Brand’ Stephen Curry & Under Armour Lancarkan Legasi Baharu ‘Curry Brand’

IKLAN

BACA: Senaman Sesuai Dilakukan Buat Anda Selalu Stres & Ada Darah Tinggi

Kewujudan Curry Brand juga meraikan impian mudanya yang percaya bahawa kejayaan seseorang tidak harus ditentukan oleh pelbagai jenis halangan. Curry Brand yang baru ditubuhkan akan menumpukan dan melakukan pelaburan dalam sukan dicintainya iaitu bola keranjang.

IKLAN

Menurut CEO Under Armour, Patrik Frisk, kerjasama antara jenama mereka dan Stepehen Curry telah dibina di atas perkongsian nilai-nilai positif yang sama.

Koleksi Curry Brand kini boleh di dapati di outlet Under Armour di seluruh negara serta laman sesawang rasmi mereka.

Jangan lupa untuk follow Instagram MASKULIN untuk perkongsian menarik gaya hidup lelaki terkini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI