Kita bersyukur kerana rata-rata kereta pada masa kini dilengkapi dengan teknologi power steering. Berbeza dengan kereta lama yang tidak dilengkapi teknologi ini. Lihatlah orang dulu-dulu pandu kereta memang bekerja keras bila nak membelok dalam keadaan pegun.
Kalau kereta lama terasa berat bila membelok itu perkara biasa. Tapi kalau kereta baru yang lengkap dengan power steering terasa berat, itu petanda masalah besar!
Apabila kondisi seperti ini berlaku itu bermakna sistem steering kereta anda mempunyai masalah. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa jenis punca yang menyebabkan stereng terasa berat dan lebuh teruk mengeluarkan bunyi apabila membelok.
KEBOCORAN POWER STERENG PUMP
Kebocoran pada pump atau tersumbat menyebabkan stereng menjadi berat, bunyi bising seperti besi bergeser dan berdengung ketika sedang bergerak
Ads
STERENG RACK BERMASALAH
Kedengaran bunyi ‘kelekuk kelekuk’, stereng menjadi lebih berat dari biasa dan kadangkalanya seperti tersangkut sangkut ketika membelok.
Bunyi ‘kuk kuk’ sekitar kawasan tayar dan dapat dirasai ketika memegang stereng, biasa akan dengar jelas ketika melalui jalan yg x rata atau berlekuk, juga ketika membelok
RACK END
Stereng menjadi semakin ringan, mudah tersasar ketika bergerak dan allinment tidak sekata walaupun sering lakukan allignment
Ads
HOS BOCOR ATAU REPUT
Kebocoran atau mereput (faktor wear & tear)
BUNYI BERDENGUNG
Kekurangan minyak di botol simpanan power stereng
Ads
Sebagai pemandu dan pemilik kereta anda perlu tahu akan risiko jika berlakunya kerosakan pada sistem power steering. Kegagalan sistem power stereng ini boleh menyebabkan kemalangan yang serius. Jadi untuk elak perkara ini berlaku, pentingnya untuk lakukan pemeriksaan dan servis power stereng secara ‘Preventive Maintenance’ seperti:
Tukar minyak dan servis sistem power stereng setiap 40,000km
Tambahkan penyejuk (oil cooler) pada sistem untuk sesetengah model kereta
Elakkan kerap memusing stereng sehingga maksimum kecuali perlu supaya tie rod end tahan lama
Elakkan hentakan mengejut terutama melangar lubang kerana ianya mampu merosakkan tie rod end dan stereng rack
Tukar hos paip dan o ring setiap 60,000km
Tukar boot getak rack end setiap 100,000 untuk mengelakkan dari koyak dan dimasuki kotoran bendasing spt pasir yg mampu merosakkan stereng rack
Lakukan allignment setiap 10,000km dan lakukan pemeriksaan untuk mengelakkan apa apa kerosakan yang tidak disedari
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!
Bayangkan sebuah kanvas kosong yang dihidupkan dengan lukisan sarat makna, sama ada dalam lingkup fantasi, kisah benar, mahu pun realiti masyarakat. Kanvas inilah yang pada awalnya menjadi sebuah platform yang menyediakan ruang untuk para pengkarya mencoretkan hasil tangan unggul mereka.
Buat julung kalinya, MASKULIN mengangkat layar tempatan ke tahap baharu dengan menghimpunkan barisan pelakon drama Astro yang menjadi nadi kepada karya-karya penuh emosi. Inilah wajah-wajah yang bukan sekadar menghidupkan watak, tetapi menzahirkan sebutir idea menjadi sebuah naratif yang mampu menggugat jiwa penonton.
Di sebalik lensa kamera, bukan sekadar aksi yang dirakam, tetapi denyut rasa dan kejujuran seni yang memerangkap emosi. Sebuah naskhah drama yang baik adalah cerminan hakikat kehidupan rakaman jujur tentang apa ertinya menjadi manusia. Itulah kekuatan karya tempatan di Astro; berjiwa besar, berakar budaya dan sentiasa mendefinisi semula makna hiburan.
Astro terus mengukuhkan reputasinya sebagai “Home of Drama” dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk membawa setiap naskhah dekat di hati peminat. Bukan sekadar hiburan, setiap karya yang dilahirkan sarat dengan jalan cerita yang memancarkan jutaan warna emosi menghiburkan, menginspirasi, dan mengisi ruang tamu keluarga Malaysia.
Lihat sahaja seleksi yang mencetus fenomena sebelum ini, Thariq Ridzuwan: His Treasure, Mandul Bukan Pilihan, Project EXIT, dan Generasi Perfect 10, semuanya menjadi buah mulut peminat drama tempatan. Lebih daripada itu, Astro mengangkat wajah Malaysia dalam kepelbagaian bahasa, bukan sahaja Bahasa Melayu, tetapi juga Mandarin, Kantonis dan Tamil.
Pendekatan ini menjadikan Astro bukan sekadar saluran TV, tetapi sebuah platform penstriman unggul, destinasi drama yang meraikan kepelbagaian dan menjulang karya pelbagai budaya.
Dalam masa yang sama, Astro kekal tegas dan lantang menentang cetak rompak digital serta tontonan haram, yang terus mengancam kelangsungan industri hiburan secara keseluruhan.
Inilah keistimewaan Astro karya tempatan yang berjiwa besar, mendefinisi semula makna hiburan dan terus memimpin naratif drama di Malaysia.
Di sebalik jadual mereka yang padat. MASKULIN berpeluang bertemu lapan bintang yang menjadi wajah baharu Home of Drama: Kamal Adli, Nad Zainal, Sweet Qismina, Nazri Nazrief, Jay Iskandar, Lorenzo Irmann, Henley Hii, dan Nitya Shree.
Mereka menghidupkan seleksi drama bersiri terbaharu yang sarat emosi dan berimpak besar seperti Bahagia Yang Tertangguh, Setiaku Berdiri, The Exiled, Impiana, dan Idhayam Thotta Kathigal.
Padat dengan emosi dan lakonan penuh warna daripada barisan pelakon terbaik. Astro sekali lagi menghadirkan hiburan istimewa untuk seisi keluarga! Saksikan rangkaian drama pilihan yang menggabungkan kisah lokal dan antarabangsa melalui Astro One, semuanya hanya dengan RM49.99 sebulan. Strim sehingga 4 peranti.
Tidak sempat di rumah? Teruskan menonton melalui aplikasi sooka, di mana sahaja anda berada. Muat turun dan strim secara percuma. Langgan sekarang dan nikmati pengalaman hiburan tanpa batas!
“Bila saya bawa watak Armin, saya fikirkan bagaimana nak tunjuk sisi ‘green flag’ dia. Bukan sekadar baik, tapi boleh buat orang rasa selamat. Armin umpama ‘hero’ yang datang ketika masa Hanna dalam masalah. Itu yang boleh buat penonton ‘lega’ setiap kali dia muncul.”
KAMAL ADLI sebagai Armin BAHAGIA YANG TERTANGGUH Setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam
“Watak kali ni memang berat. Bila isteri jadi provider, lepas tu berdepan pula dengan ipar-duai yang toksik, penonton pasti akan rasa sakitnya. Sebab tu, saya rasa cabaran saya kena sentiasa ‘all out’ macam berlakon filem. Kalau pengarah nak hasil yang power, kita bagi yang terbaik.”
NAD ZAINAL sebagai Hana BAHAGIA YANG TERTANGGUH Setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam
“Sukar sebenarnya nak sentiasa pastikan kontinuiti emosi watak ni sepanjang 40 episod, terutamanya bila dia seorang lelaki yang ‘terluka parah’ akibat konflik keluarga. Saya tak nak penonton rasa emosi dia ‘hilang’, dia perlu sentiasa jadi mangsa yang tersakiti.”
NAZRI NAZRIEF sebagai Kamal SETIA KU BERDIRI Setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang
“Apa yang buat watak Marissa ni menarik, dia bukan saja belajar berkorban, tapi diuji dengan penyakit yang buat dia sukar dapat zuriat. Personally, ia sangat menguji emosi saya! Saya rasa penonton akan betul-betul dapat rasa kesakitan dan pengorbanan Marissa.”
SWEET QISMINA sebagai Marissa SETIAKU BERDIRI Setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang
“Organisasi ‘Impiana’ yang klaim boleh tunaikan impian ni memang plot yang menarik untuk diterokai. Sebagai pendatang baru, drama ini betul-betul buka mata saya dengan storyline tentang sisi gelap manusia, obsesi, dendam dan pengaruh media sosial dalam mengejar kesempurnaan.”
JAY ISKANDAR sebagai Qamil IMPIANA KARMA Setiap Rabu & Khamis, jam 9 malam
“Watak Fahrin ni ada dualiti yang menarik. Dia suami penyayang, tapi pada masa sama struggle dengan ketagihan rokok. Dia nak kejar impian berhenti merokok, tapi terjumpa orang yang salah. Konflik dalaman macam ni, saya rasa ramai lelaki kat luar sana boleh relate.”
LORENZO sebagai Fahrin IMPIANA KARMA Setiap Rabu & Khamis, jam 9 malam
“Ah Keong ni terperangkap dalam dua dunia gelap, gangsterism dan ketagihan dadah. Saya kena buat kajian mendalam untuk sampaikan kesengsaraan dia. Kita nak audiens nampak realiti perit watak seorang Keong dalam THE EXILED.”
HENLEY HII sebagai Ah Keong THE EXILED Setiap Ahad, jam 9.30 malam
“Penonton boleh jangkakan satu benda dari Sheila, dia adalah karakter yang akan menceriakan dalam apa situasi. Dan saya yakin mampu vibe positif karakter ini pasti melimpah hingga ke luar skrin terus kepada penonton.”
NITYA SHREE sebagai Sheila IDHAYAM THOTTA KATHIGAL Setiap Rabu & Khamis, jam 9 malam
KREDIT:
Head of Men & Hobbies: Fiezreen Ahmad Ass. Manager Men & Hobbies dan Penata Gaya: Farizul Izwany Idea dan konsep: Farizul Izwany & Azniza Aziz Dengan kerjasama: Content Marketing, Group Marketing, Astro Malaysia Penulis: Farizul Izwany Penerbit video Maskulin: Faez Akhmal Arahan Seni & Peletakan Grafik: Azniza Aziz Mekap: Airin, Fifi, LVLi Mua Fotografer: Jazlan Nangar Pembantu fotografer: Nurul Niza Suhami Eksekutif Pengiklanan: Siti Suria Suntingan Foto: Hezry Rokman Persalinan dan aksesori: Koleksi Zalora dan Buttonscarve
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kepada pemilik kereta Toyota baru, anda layak merebut peluang memenangi Toyota Vios Edisi Sports atau percutian ke Jepun bagi mengunjungi Tokyo Motor Show 2017. Kempen ‘Buy & Win’ berkenaan akan memilih dua pemenang bertuah untuk membawa pulang hadiah utama Vios Edisi Sports Edition dan 45 pemenang bakal memenangi tiket ke Tokyo Motor Show 2017. Lebih menarik pemenang tiket ke Tokyo berkenaan boleh membawa pasangan bersama untuk melihat pameran automotif tersebut.
Kempen yang bakal berakhir pada 30 September itu dianjurkan pada masa yang tepat. Ini kerana, pihak UMW Toyota Motor menawarkan rebat tunai sehingga RM5, 000 bagi model Vios, Camry, Hilux Double Cab, Corolla Altis, Fortuner, Sienta dan Avanza (bergantung kepada model).
Selain itu, pelanggan yang membeli Vios baharu juga akan menerima aksesori percuma bernilai RM4,000 manakala pembeli Corolla Altis akan menerima aksesori bernilai RM5,700. Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, pembeli Vios juga berpeluang menikmati Ganjaran Merdeka bernilai RM500.
Untuk makluman, Vios Edisi Sports adalah inspirasi daripada kereta perlumbaan Vios Challenge yang akan memulakan perlumbaan pusingan pertama di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang hujung minggu ini. Model tersebut dijual pada harga RM85,000 seunit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda perasan, cuaca sekarang memang tak menentu dan tapi hampir setiap hari hujan kebelakangan ini.
Malang tidak berbau, pada musim hujan ini juga mungkin akan berlaku banjir dan banjir kilat. Salah satu langkah berjaga-jaga yang perlu kita buat ketika ini adalah memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang selamat dari bencana alam ini.
Justeru kita diingatkan supaya mengelak daripada meletakkan kenderaan di empat kawasan ini sepanjang musin hujan.
1. Lereng bukit
Ada banyak kawasan perumahan atau pejabat yang terletak di tepi kawasan bukit. Berhati-hati sekiranya perlu meletakkan kenderaan ini di sini ketika hujan. Ini kerana tanah di lereng bukit ini tidak terlalu kuat.
Sekiranya air hujan yang deras melalui kawasan lereng bukit berkemungkinan terjadi tanah runtuh. Jika perlu memarkir kereta di kawasan ini kena pastikan sentiasa bersedia. Alih kenderaan jika hujan lebat dan selalu update keadaan ramalan cuaca.
2. Kawasan rendah
Meletak kereta di kawasan rendah memang terdedah kepada risiko kereta ditenggelami air akibat banjir kilat. Ini kerana banjir kilat berlaku dengan pantas, air boleh naik sekejap saja apabila hujan lebat berterusan dalam tempoh beberapa jam saja.
Boleh jadi kereta kita sendiri tak sedar kereta ditenggelami air kerana duduk di dalam pejabat. Jika satu-satu kawasan itu selalu terjadi banjir kilat, elakkan meletakkan kenderaan di sini sekiranya hujan.
3. Tepi pantai dan sungai
Dua kawasan ini antara kawasan yang bahaya dan tidak selamat dalam keadaan hujan. Jadi jangan memarkir kenderaan berhampiran dengan sungai dan pantai dalam keadaan cuaca sebegini.
Selain risiko banjir, keadaan air pasang juga boleh menyebabkan kereta kita dihanyutkan. Walau pun kita rasa dah parking jauh dari sungai atau pantai tapi fenomena air pasang tak boleh dijangka.
4. Bawah pokok
Meletakkan kenderaan di bawah pokok memang tak selamat ketika hujan. Biasa berlaku hujan lebat akan datang bersama dengan angin kuat atau pun ribut.
Kereta boleh rosak ditimpa dengan dahan-dahan pokok jika berlaku angin kuat. Jika sekadar ranting, tak mengapa tapi kalau dahan atau pokok yang tumbang memang besar kerosakan pada kereta. Dah tentu akan menyusahkan.
Jadi bebelum berlaku kejadian tak diingini beringatlah sebelum meletakkan kenderaan. Jika terpaksak meletak kenderaan di kawasan ini sentiasa berhati-hati dengan keadaan cuaca. Sekiranya hujan, alihkan kenderaan supaya dalam keadaan selamat.
Stay safe guys!
Sumber: Baterihub
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video gaya dan fesyen menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pembukaan Bonia Pavilion KL Concept Store dengan penuh gaya dan craftsmanship, diserikan kehadiran Joong Archen sebagai Brand Muse dalam acara eksklusif yang mencerminkan evolusi luxury lifestyle serantau.