Episod pertama MASKULIN Who’s Your Bro bermula dengan penuh debaran dan cabaran yang tidak disangka-sangka.
Cabaran larian menara KL sambil membawa beban berat sehingga 20kg bukan sahaja menguji kekuatan fizikal, malah menuntut kecekalan mental setiap peserta.
Namun, luar biasanya, kesemua 12 peserta berjaya menakluki puncak Menara KL, membuktikan semangat juang mereka yang luar biasa.
Setiap peserta diberi cabaran unik yang mencabar kemampuan mereka secara individu. Maskulin berkesempatan menemubual dua peserta dengan cerita yang paling mencuri perhatian – Saddam, peserta terpantas, dan Nad, peserta terakhir yang mengharungi kecederaan belakang.
Sebagai seorang pelari menara yang berpengalaman, Saddam Pittli menggunakan segala kemahiran, pengalaman, dan aplikasi taktikalnya untuk mencatatkan masa terpantas.
Dengan target awal 15 minit, Saddam berjaya mengejutkan semua apabila menamatkan cabaran hanya dalam 14 minit lebih!
Saddam Pittli
“Saya takde strategi apa sangat sebab dah biasa tower running. Tapi ini pertama kali buat dengan beban seberat 20kg. Masa lari, macam-macam perasaan timbul, saya tanya diri sendiri, ‘Apa aku buat ni?’,” kata Saddam sambil tertawa.
Ads
Namun, semangatnya melonjak apabila melihat rakan-rakan lain berjaya menamatkan cabaran sebelum beliau. Beban berat yang digalas bukan cabaran utama, tetapi teknik membawa beban tersebut adalah kunci kejayaan.
“Cara saya bawa, sebelah tangan kiri dan sebelah lagi atas bahu. Bila rasa penat, saya tukar-tukar. Itu sahaja caranya untuk pastikan saya konsisten,” tambah Saddam.
Dengan keazaman dan fokus yang tinggi, Saddam membuktikan bahawa persediaan dan teknik yang baik adalah resepi untuk kejayaan.
KEKUATAN MENTAL LUAR BIASA
Berbeza dengan Saddam, Nad, seorang ahli bina badan, mengakui cabaran ini bukanlah kekuatannya. Ditambah pula dengan kecederaan belakang yang dialami semasa mendaki, Nad mengakui cabaran ini adalah pengalaman yang cukup memeritkan.
Ads
“Berasa sangat lega kerana tiada elimination. Sebab performance saya memang tak memberangsangkan dengan kecederaan ni. Saya akan cuba lebih baik untuk cabaran seterusnya,” ujar Nad.
Walaupun bukan di posisi teratas, semangat Nad menjadi inspirasi kepada peserta lain. Baginya, kekuatan mental lebih penting daripada kemampuan fizikal dalam situasi ini.
“Tak sangka challenge ini dilakukan. Sangat tough dan saya salute semua rakan-rakan, semua dapat selesaikan. Satu perkataan saya boleh kongsi untuk cabaran ini ialah ‘hell’!” kata Nad penuh emosi.
Dengan episod pertama yang mengujakan, persoalan yang bermain di minda semua – apakah cabaran seterusnya yang bakal mereka hadapi?
Siapa bro, siapa lawan? Adakah kekuatan fizikal akan terus mendominasi, atau adakah cabaran yang memerlukan kebijaksanaan dan strategi bakal muncul?
Jangan lupa saksikan episod kedua MASKULIN Who’s Your Bro pada Jumaat ini, 6 Disember 2024 jam 9 malam di Astro Ria.
Saksikan perjuangan peserta yang tidak kenal erti putus asa dan saksikan sendiri siapa yang bakal muncul sebagai “Bro” sejati dalam siri penuh aksi ini!
Di pentas MASKULIN Who’s Your Bro (WYB), bukan sekadar kekuatan fizikal yang diuji, tetapi semangat kerjasama dan kepimpinan menjadi elemen terpenting untuk mara ke hadapan.
Salah seorang peserta yang sering “low profile” namun tetap menunjukkan konsistensi ialah Dr. Shazif. Dalam episod keempat bertajuk Muddle Trouble, Dr. Shazif menjadi perhatian dengan keberanian dan penghargaan beliau terhadap kepimpinan kumpulannya.
True Leader
Episod ini mempertemukan para peserta dalam cabaran unik yang penuh aksi – membawa bendera dari poin A ke poin B sambil berdepan halangan pemain ragbi.
Dalam cabaran ini, kumpulan Saddam berjaya mencatat masa terpantas, membuktikan kehebatan strategi mereka dan sekaligus muncul juara cabaran utama.
Dr. Shazif, salah seorang anggota kumpulan Saddam, memuji gaya kepimpinan ketua kumpulannya yang dilihat sebagai elemen pemacu kejayaan mereka.
“Cabaran ini memang sukar, tapi kami ada true leader, Saddam,” ujar Dr. Shazif penuh semangat.
Katanya lagi, kepimpinan Saddam bukan sekadar kata-kata kosong tetapi hadir dengan tindakan yang membawa kesatuan dalam pasukan.
Brotherhood Sebagai Kunci Kejayaan
Bagi Dr. Shazif, semangat brotherhood adalah tulang belakang setiap cabaran. Dalam suasana tekanan yang tinggi, semangat kerjasama antara ahli kumpulan menjadi penentu.
“Saddam buktikan dia leader sebenar. Dia bawa kami ke arah kejayaan dalam cabaran episod ini. Kalau tak ada brotherhood dalam team, memang susah nak buat apa-apa cabaran di WYB. Jadi, semangat brotherhood memang sangat diperlukan,” tambahnya lagi.
WYB terus memecahkan kebiasaan dengan cabaran yang bukan sahaja menguji kekuatan fizikal, tetapi juga ketahanan mental.
Dr. Shazif mengakui bahawa setiap tugasan di WYB benar-benar “di luar kotak” dan memerlukan fokus yang maksimum. Cabaran ini bukan sekadar tentang siapa yang paling kuat, tetapi siapa yang mampu membawa pasukannya bersama untuk berjaya.
Semangat atau Persaingan?
Namun, persoalannya kini, sampai bila semangat brotherhood ini dapat bertahan? Dalam medan persaingan seperti WYB, garis antara kawan dan lawan boleh menjadi kabur.
Bila tiba masa untuk bertarung individu, siapa sebenarnya “bro” dan siapa yang akan menjadi lawan terbesar?
Siapa bro, siapa lawan?
Buat para penonton yang mengikuti perjalanan WYB, jangan lupa untuk saksikan episod kelima yang penuh dengan aksi mendebarkan pada 27 Disember, 9 malam di Astro Ria.
WYB bukan sekadar rancangan – ia adalah simbol kekuatan lelaki, kepimpinan, dan semangat kerjasama yang luar biasa.
Nantikan drama, aksi, dan persaingan yang bakal meletup di episod seterusnya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Cabaran episod tujuh dalam Who’s Your Bro benar-benar membuka mata saya tentang erti sebenar brotherhood.
Walaupun masing-masing mempunyai keinginan kuat untuk menang, kami tidak membiarkan perbezaan atau persaingan itu mencetuskan rasa permusuhan.
Saya sendiri berhadapan dengan Nad dalam pusingan penyingkiran Beach Brawl, manakala Irwan bertarung dengan Syafiq.
Ini adalah sebahagian daripada strategi kami. Walaupun kalah, reaksi pasukan kami sangat positif.
Tiada rasa kecewa atau anggapan bahawa permainan itu tidak adil.
Malah, selepas setiap cabaran, hubungan kami semakin erat dengan sesi santai bersama.
Brotherhood yang terjalin di program ini berterusan di luar set apabila kami sering meluangkan masa bersama.
Strategi dan Semangat Pasukan
Setiap cabaran dalam Who’s Your Bro memerlukan kerjasama dan pemahaman yang mendalam antara rakan sepasukan.
Sebagai contoh, dalam episod kedua Metal Mania, kami perlu berbincang tentang strategi terbaik berdasarkan kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Begitu juga dalam episod lima, apabila saya dan Irwan perlu menyesuaikan langkah bersama untuk mendaki bukit dengan kaki yang diikat.
Semua cabaran ini mengajar saya pentingnya komunikasi dan kepercayaan terhadap rakan sepasukan.
Mengatasi Tekanan dan Kekurangan Persediaan
Episod tujuh menjadi salah satu cabaran terbesar saya. Kurang tidur dan keletihan mental menambah tekanan, ditambah pula dengan rasa gementar apabila mengetahui kami perlu bertanding dalam pusingan penyingkiran.
Saya dan Irwan merancang strategi seawal pagi untuk memastikan kami dapat memberi yang terbaik.
Walaupun tanpa latihan khusus untuk cabaran ini, kami tetap fokus dan berusaha keras.
Dengan ring yang kecil dan pertandingan melibatkan empat orang serentak, ia benar-benar mencabar kekuatan fizikal dan mental kami.
Who’s Your Bro telah mengubah perspektif saya tentang brotherhood.
Ia bukan sekadar persaingan, tetapi lebih kepada membina hubungan, saling memahami dan menyokong satu sama lain.
Pengalaman ini akan saya kenang sepanjang hayat, sebagai simbol persahabatan sejati yang terbentuk melalui cabaran dan kerjasama.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
@maskulinmyCabaran makin sukar di episod 7! Dr Say mahu aksi lebih memuncak. Siapakah yang akan bertahan? Jangan lupa saksikan Whos Your Bro setiap Jumaat jam 9 malam hanya di Astro Ria! #maskulin #majalahmaskulin #maskulinWhosYourBro #SiapaBrosSiapaLawan #astro♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat peminat kecergasan, aksi lasak, dan semangat persaudaraan sejati, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ (WYB) pastinya satu program yang sudah tidak asing lagi buat anda pada ketika ini.
Kini bergelar sebagai program realiti nombor satu, WYB telah tampil dengan empat episod memaparkan pelbagai cabaran epik yang benar-benar menguji kekuatan mental dan fizikal setiap Bros. Namun, apa lagi yang menanti para Bros dalam episod kelima kali ini?
Episod pertama mereka bermula dengan cabaran mendaki Menara KL, para Bros telah mempamerkan daya tahan mereka dalam cabaran larian ekstrem
Kemudian mereka diuji pula dengan cabaran Metal Mania di junkyard – satu medan ujian kekuatan dan ketangkasan yang memerlukan keberanian luar biasa. Selepas itu, ke hutan dalam Log Challenge, cabaran yang menuntut kerjasama dan strategi mantap.
Dan siapa boleh melupakan pertempuran sengit di sawah bersama pemain ragbi profesional? Setiap episod adalah pertempuran yang menguji sempadan kecergasan, ketahanan mental, dan semangat kerjasama mereka.
SIAPA KING OF THE HILL?
Kini dengan 10 Bros yang masih kekal dalam saingan bakal menghadapi satu lagi cabaran yang tidak kurang hebatnya dalam episod kelima – ‘King of the Hill’!
Cabaran di lereng bukit ini menjanjikan aksi yang lebih mencabar, penuh dengan liku dan ujian ketabahan. Lebih menarik, gandingan pasukan Bros akan dirombak sepenuhnya. Siapakah yang bakal menjadi sekutu, dan siapa pula yang akan menjadi lawan dalam pertempuran mendaki puncak?
Dengan nama cabaran ‘King of the Hill’, apakah yang anda jangkakan? Adakah ianya sekadar larian menawan bukit atau melibatkan beban yang perlu ditarik?
Atau mungkinkah terdapat elemen kejutan yang akan mengubah keseluruhan dinamik pertandingan? Apa pun, satu perkara pasti – para Bros akan memberi segala yang mereka ada untuk membuktikan siapa yang layak bergelar juara!
Jangan lepaskan peluang menyaksikan MASKULIN Who’s Your Bro episod kelima pada 3 Januari 2025, jam 9 malam di Astro Ria.
Anda juga boleh menikmati aksi mereka secara digital melalui platform Sooka dan Astro GO. Saksikan sendiri, siapa bro, siapa lawan, dan siapakah yang akan menguasai cabaran terbaharu ini.
WYB bukan sekadar rancangan – ia adalah simbol kekuatan lelaki, kepimpinan, dan semangat kerjasama yang luar biasa.
Siapa bro, siapa lawan? Nantikan!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.