Apabila bekerja dalam sesebuah syarikat, pangkat adalah salah satu elemen yang amat dikejar-kejarkan. Hal ini kerana dengan pangkatlah kita dapat mengukur nilai gaji bulanan kita. Dalam erti kata lain, majoriti masyarakat bersetuju dengan pendapat semakin besar pangkat, semakin besarlah gaji yang diterima seseorang itu.

Tidak dinafikan ada segelintir orang tetap berada di posisi yang sama meskipun sudah bertahun-tahun lamanya bekerja di syarikat A. Dari mula masuk kerja sejak 10 tahun dahulu, hanya rutin yang sama dilakukan tanpa memikirkan ke mana langkah seterusnya yang harus dia tuju.

Namun bagi mereka yang sedang mencari rentak dan tidak mahu menerima ilmu yang terhad, ‘sesuatu’ memang perlu dilakukan untuk memastikan diri menerima pangkat yang sewajarnya mengikut kepada berapa lama tahun berkhidmat dan juga apa kelebihan yang anda ada menerusi strategi :

1. SENTIASA MENONJOL

Dalam sesebuah syarikat, memang akan ada ramai pekerjanya. Namun bagaimana untuk menjonjol dan dilihat pihak majikan? Jawapannya, anda mestilah selalu aktif dan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti syarikat. Jika dalam mesyuarat, rajin-rajinkanlah diri untuk memberi pandangan yang tersendiri.

2. TERAPKAN RASA INGIN TAHU

Perbanyakkan rasa ingin tahu dan sering berjumpa dengan majikan anda untuk bertanya. Tetapi pastikan yang ditanya itu soalan-soalan yang logik melibatkan urusan kerja dan syarikat. Dari situ majikan melihat anda begitu prihatin tentang skop kerja yang anda lakukan.

3. RELA UNTUK MENOLONG

Suntikkan sedikit elemen rela untuk menolong apa-apa sahaja yang diperlukan oleh syarikat. Kalau nak cepat naik pangkat, buang pemikiran ‘aku sekadar kerja untuk dapat gaji pada hujung bulan’. Relakan diri untuk menolong kerana sikap baik anda itu sampai masanya akan dibalas dengan jawatan yang anda impikan.

4. KUASAI PRESTASI ANDA

Anda harus jadi pakar dalam bidang kerja anda. Dengan menguasai prestasi anda, majikan pasti akan rasa kagum dan berbangga. Melepaskan anda adalah Sesutu yang merugikan dan dari situlah, jalan untuk anda dinaikkan pangkat terbuka namun jangan sesekali melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan imej syarikat.

5. LAKUKAN LEBIH DARI BIASA

Jika setiap syarikat menetapkan syarat pekerjanya harus menyediakan lima kertas kerja dalam setahun, apa kata anda buat sampai 10 kertas kerja untuk ditunjukkan kepada majikan? Dari situ, majikan bukan sahaja menerima banyak cadangan malah akan mula menyedari kemahiran yang anda miliki sekali gus nama anda pasti akan masuk dalam senarai mereka untuk dinaikkan pangkat.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI