Impikan Otot Triceps Yang Padu, Coach Ini Kongsi Senaman Yang Boleh Dibuat Guna Dumbbell!

Share

Otot triceps (lower arms) adalah otot yang terletak di bahagian belakang lengan, manakala bahagian hadapan pula dikenali sebagai otot biceps (upper arms).

Kedua-dua otot ini sentiasa menjadi idaman para peminat sukan bina badan serta lelaki kerana ia boleh menaikkan keyakinan seseorang tambah-tambah apabila anda memakai baju tanpa lengan.

Coach Idraki Idrus berkongsikan sebuah video di Instagram tentang variasi senaman lain yang sesuai untuk menaikkan otot di bahagian triceps. Ini kerana ramai orang melakukan senaman yang mana tanpa mereka sedar hanya untuk otot bicep sahaja.

BACA: Senaman Mudah Guna Sofa Agar Perut Pejal & Berotot, Hanya 15 Minit Sehari!

Ikuti tipnya di bawah ini:

Otot triceps terletak di bawah lengan dan mempunyai tiga bahagian (lateral, medial dan long head). Kebiasaannya, kita buat cable pushdown sahaja untuk melatih triceps kita, jadi bahagian seperti long head of triceps kurang mendapat perhatian berbanding dua bahagian lagi.

Oleh itu, kita kena lakukan lebih variation supaya ketiga-tiga bahagian triceps ini mendapat muscle stimulation yang secukupnya.

Senaman Dumbell Skull Crusher

✅ Pastikan siku lock lebih (“correction”) daripada 90 darjah

✅ Gunakan beban yang moderate x terlalu berat

BACA: 4 Teknik Senaman Kaki Yang Mudah Untuk Lelaki Ikut Kalau Nak Dapat Kaki Super Seksi

✅ Turunkan dumbbell sejauh yang boleh untuk dapat stretch yang cukup

✅ Naikkan dumbbell tanpa menghayunkan lengan ke depan, pastikan siku sentiasa LOCK?

Buat dalam lingkungan 4 set

IKLAN