Sudahlah Cantik Pemurah Pula Tu, Daiyan Trisha Derma RM7,000 Kepada Keluarga Yang Memerlukan

Share

Sudahlah cantik, berhati mulia pula. Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha turut membantu di kala negara sendang berdepan dengan krisis penularan COVID-19 apabila si cantik manis ini menyalurkan derma lebih RM7,000 kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO), keluarga serta individu yang memerlukannya.

Menurutnya di Instagram, dia sangat bersyukur kerana dapat membentu dan mengambil inisiatif ini dalam beberapa hari yang lalu untuk membantu keluarga yang kurang pendapatan, keluarga susah yang memerlukan bantuan kewangan untuk meringankan beban mereka.

“Bagaimanapun, bantuan saya cumalah satu peratus saja dan saya sangat memerlukan bantuan daripada orang ramai yang boleh menyumbang sama. Selepas habiskan peruntukan sendiri, saya masih menerima banyak mesej di laman sosial daripada individu yang perlu bantuan.

“Saya tidak boleh duduk diam dan perlu mencari jalan untuk memaklumkan mereka mengenai paltfrom berkenaan. Ada juga individu yang bertanya bagaimana mereka boleh tampil ke depan dan menyumbang sama.

“Saya sendiri ada berhubung dengan organisasi ini menerusi mesej peribadi. Ini disebabkan saya tahu mereka ada platform untuk orang memberi sumbangan kepada masyarakat tidak berkemampuan di Malaysia.

“Mereka menyediakan peralatan membasmi virus kepada golongan warga emas, keluarga kurang pendapatan, individu disyaki dijangkiti virus, dan kurang bernasib baik,”ujarnya di dalam video tersebut.

Daiyan turut berkongsi beberapa platform selain Mercy Malaysia, IMARET, dan MyCARE juga tersenarai dalam organisasi bukan kerajaan.

Semangat seperti inilah yang kita mahukan dan galakan daripada generasi muda zaman sekarang. Biarlah kita menderma sedikit mana pun tetapi jika niat kita betul untuk menringankan beban, ia pasti akan dipandang murni di mata masyarakat.

Sumber: Instagram Daiyan Trisha

 

IKLAN