Sudahlah cantik, berhati mulia pula. Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha turut membantu di kala negara sendang berdepan dengan krisis penularan COVID-19 apabila si cantik manis ini menyalurkan derma lebih RM7,000 kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO), keluarga serta individu yang memerlukannya.
Menurutnya di Instagram, dia sangat bersyukur kerana dapat membentu dan mengambil inisiatif ini dalam beberapa hari yang lalu untuk membantu keluarga yang kurang pendapatan, keluarga susah yang memerlukan bantuan kewangan untuk meringankan beban mereka.
“Bagaimanapun, bantuan saya cumalah satu peratus saja dan saya sangat memerlukan bantuan daripada orang ramai yang boleh menyumbang sama. Selepas habiskan peruntukan sendiri, saya masih menerima banyak mesej di laman sosial daripada individu yang perlu bantuan.
“Saya tidak boleh duduk diam dan perlu mencari jalan untuk memaklumkan mereka mengenai paltfrom berkenaan. Ada juga individu yang bertanya bagaimana mereka boleh tampil ke depan dan menyumbang sama.
Ads
“Saya sendiri ada berhubung dengan organisasi ini menerusi mesej peribadi. Ini disebabkan saya tahu mereka ada platform untuk orang memberi sumbangan kepada masyarakat tidak berkemampuan di Malaysia.
“Mereka menyediakan peralatan membasmi virus kepada golongan warga emas, keluarga kurang pendapatan, individu disyaki dijangkiti virus, dan kurang bernasib baik,”ujarnya di dalam video tersebut.
Ads
Daiyan turut berkongsi beberapa platform selain Mercy Malaysia, IMARET, dan MyCARE juga tersenarai dalam organisasi bukan kerajaan.
Semangat seperti inilah yang kita mahukan dan galakan daripada generasi muda zaman sekarang. Biarlah kita menderma sedikit mana pun tetapi jika niat kita betul untuk menringankan beban, ia pasti akan dipandang murni di mata masyarakat.
Tidak sekadar mahu menjadi peniaga kecil-kecilan biasa, tetapi mahu menjadi jenama besar setanding ‘jenama-jenama yang diboikot’, demikian impian jejaka muda yang mengusahakan perniagaan birria tacos.
Meor Fauzan Zolkifli, 26, merupakan pemilik perniagaan Chillin N Grillin (CNG) yang menjual Birria Tacos, sejenis makanan Mexico itu.
Walaupun beroperasi sebagai gerai pinggiran jalan, Meor meluahkan hasrat besarnya mahu melihat jenama CNG miliknya itu menguasai industri Makanan dan Minuman (F&B) negara yang kini banyak dikuasai jenama-jenama luar.
“Saya rasa jenama-jenama itu sangatlah overrated,” ujar Meor ketika ditemui MASKULIN di salah satu cawangan CNG di Kota Damansara.
“Makanan luar bawa datang Malaysia, mereka pula yang pijak tanah air kita. Kenapa tidak kita yang takluki tanah air kita sendiri, betul?” tambahnya.
Dengan empat cawangan gerai yang telah beroperasi kini, Meor tekad mahu membuka cawangan kedai pula sebagai langkah awal menggapai impian tersebut.
Terdahulu, Meor memiliki kerjaya di bidang kewangan dan sudah meraih gaji sebanyak RM5,000 di usia 22 tahun.
Namun dia rela meninggalkan kerjaya itu demi memulakan perniagaan sendiri.
Kongi Meor, ketika dia memutuskan untuk meletakkan jawatan ketika itu, majikannya cuba menawarkan kenaikan gaji demi mengekalkan Meor untuk berkhidmat di syarikat berkenaan.
“Bukan kerana gaji. Saya rasa ia lebih kepada keinginan untuk tidak berada dalam ‘sistem’ itu,” jelasnya.
Berbekalkan wang simpanan lebih RM30,000 yang telah dikumpul hasil titik peluh bekerja di syarikat berkenaan, Meor tekad memulakan perniagaan makanan.
Meor juga mengambil masa sekitar sembilan bulan untuk mengkaji, mencipta dan mengubah suai resipi birria tacos mengikut citarasa tempatan.
“Anda tahu tak perasaannya apabila anda memasak sesuatu dan berikannya pada seseorang, orang itu akan berkata “sedap gila benda ini”? Itu yang membuatkan saya rasa teruja”.
Ditanya mengenai pendiriannya dalam mengusahakan perniagaan, Meor sentiasa berpegang kepada konsep percaya pada rezeki dan tidak iri hati melihat rezeki orang lain.
“Kalau dalam satu kawasan ada 10 peniaga burger tetapi satu sahaja yang laris, maksudnya itu rezeki dia. Itulah ketetapan minda saya sehingga hari ini,” ujarnya.
“Kalau anda bekerja keras dan sanggup untuk melalui segala keperitan, maka Allah akan balas sesuai dengan sebanyak mana anda telah bersusah payah.
“Itu sahaja peraturan alam ini. You do more, you get more. Tapi kalau anda berusaha kurang tapi bercakap seolah-olah sudah berusaha lebih, maka anda tidak akan dapat banyak lah,” katanya lagi.
Perniagaan CNG kini mempunyai empat cawangan iaitu di Shah Alam, Putra Heights, Klang dan Kota Damansara.
Rasanya agak mustahil bagi seorang lelaki terutamanya tidak mengenali jenama denim, Levi’s. Mungkin anda sendiri tidak menyedari betapa besarnya impak jenama denim ini terhadap dunia budaya popular dan juga sub budaya yang mempunyai banyak cabangnya di seluruh dunia.
Tidak kiralah sama ada anda seorang pemuzik, rokcer, pemain papan selaju, pekerja buruh binaan hatta pekerja dalams sektor profesional sekalipun seluar merupakan antara pakaian yang wajib ada dalam almari.
Jenama yang terkenal dengan denim biru ini diasaskan oleh seorang imigran dari Jerman yang berkenala ke Amerika Syarikat. Levi Strauss merupakan seorang imigran yang tiba di San Farancisco pada tahun 1850 di mana era kegemilangan lombong emas berada di puncak.
Pada mulanya Levi Strauss hanya bertindak menjadi pembekal kepada barangan kering untuk pelombong. Namun selepas mendegar keluhan pelombong yang berdepan masalah seluar yang tidak tahan lasak, timbul idea untuk dia melakukan sesuatu.
Levi kemudian mengupah seorang tukang jahit untuk menghasilkan pakaian daripada kanvas khemah. Selepas beberapa kali percubaan dia kemudian cuba menggunakan kain denim dengan riveting tembaga ditambah di bahagian poket untuk memberi sokongan lebih kuat.
Mendapati seluar itu kian popular bukan sahaja di kalangan pelombong tetapi juga bagi pekerja binaan landadsan, pembalak dan juga koboi. Levi kemudian bekerjasama dengan dua orang adik-beradinya iaitu Jonas dan Louis untuk membuka syarikat sendiri.
Dari situlah legasi jenama Levi’s mula terbina dan tersebar ke serata Amerika Syarikat dan juga dunia.
Seluar denim Levi’s mula menjadi popular di kalangan pelbagai sub budaya di antara tahun 1950-an hingga 1980-an. Dan antara iterasi seluar Levi’s yang paling popular ialah model 501. Ia boleh dilihat di majalah-majalah serta pelbagai program televisyen menampilkan selebriti berpengaruh menggayakan seluar ini.
Sehingga kini walaupun berdepan dengan pelbagai saingan dari segala macam jenama, Levi’s masih utuh terutamanya di kalangan penggemar denim. Malah, harga bagi denim vintage semakin hari semakin tinggi harganya dan mempunyai peminatnya yang tersenduri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di mana ada kemahuan pasti akan ada jalannya. Setiap orang pasti mempunyai cita-cita yang tersendiri terutamanya apabila berbicara tentang kerjaya.
Siapa sangka dengan hanya berbekalkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lelaki bernama Muhammad Farid Farok yang dahulunya bekerja sebagai kelindan lori kini mengapai cita-citanya untuk bekerja dalam bidang penerbangan.
Mesra dengan nama pangilan Farid, anak muda berusia 24 tahun berasal dari Johor ini tidak menyangka kehidupannya berubah 360 darjah selepas mengikuti kursus Cabin Crew, Customer Service & Basic Ground Handling selama tiga bulan di Kolej dan Pusat Latihan Teknikal Meatech yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan.
Dengan berbejalkan tekad jitu untuk memastikan masa depan lebih cerah, Farid beralih bidang dan kini bertugas sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di bawah Malaysia Airlines.
“Selepas habis SPM, saya terus bekerja sebagai kelindan lori, waktu itu fikir hanya untuk mencari duit. Tetapi kesan jangka panjang bekerja sebagai kelindan lori adalah masalah kesihatan kerana perlu mengangkat barang berat selain terlalu banyak duduk di dalam lori.
“Jadi, apabila terlihat peluang untuk belajar selama tiga bulan, saya cuba walaupun ketika itu langsung tidak tahu tentang dunia penerbangan.
“Alhamdulillah, saya belajar pada 2018 dan pada 2019 saya telah bekerja bersama Malaysia Airlines sebagai Ground Staff. Saya masih menimba ilmu kerana pada masa yang sama saya juga ingin mencuba menjadi seorang pramugara,” jelas Farid.
Tambahnya lagi, walaupun langsung tidak mempunyai apa-apa pengetahuan dalam bidang penerbangan tetapi pengambilan sijil di Kolej Meatech itu sangat membantunya mempersiapkan dirinya untuk bekerja dalam bidang tersebut.
“Saya suka bekerja dalam bidang penerbangan kerana selain suka melancong, minda saya semakin terbuka apabila berjumpa pelbagai ragam pelanggan dari seluruh dunia,” kongsinya.
Seorang lagi alumni Kolej Meatech, Ainun Darayani Omar atau Dara, gadis berusia 28 tahun yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu pelancong dan juga pembantu klinik veterinar tidak menyangka percubaannya untuk terjun ke dunia penerbangan membuahkan hasil.
Sebaik sahaja menamatkan kursus selama tiga bulan, Dara terus ditawarkan pekerjaan sebagai pramugari dan kini telah tujuh bulan terbang di awan biru.
“Sebelum ini saya bekerja di bidang pelancongan, tetapi kerana pandemik Covid-19, saya kehilangan kerja. Selepas itu, saya bekerja sebagai pembantu klinik veterinar. Walaupun pekerjaannya stabil tetapi minat saya bukan di situ.
“Oleh itu, saya cuba mengambil kursus tiga bulan dan tidak sangka terus dapat kerja selepas itu. Sejak bekerja sebagai pramugari banyak perubahan positif pada diri saya terutamanya daripada aspek disiplin dan juga kemahiran komunikasi,” tambah Dara lagi.
Sementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif Batik Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri berkata, perkembangan agresif industri penerbangan pada masa kini telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda.
Terutama selepas pandemik Covid-19, ramai pekerja mahir dalam bidang penerbangan memilih untuk tidak kembali bekerja kerana telah memiliki pekerjaan lain atau perniagaan sendiri.
“Peluang untuk golongan muda memang terbuka luas kerana industri penerbangan memerlukan begitu ramai pekerja bagi mengisi semula ekosistem yang sebelum ini terjejas kerana Covid-19,” ujar Kapten Mushafiz.
Malah, Batik Air membuktikan perkembangan positif industri penerbangan pada masa kini kerana bakal menambah 47 sehingga 50 buah pesawat pada tahun depan daripada 35 pesawat sedia ada.
“Ini baru Batik Air sahaja, belum syarikat penerbangan lain yang turut menambah pesawat masing-masing. Maksudnya lebih banyak perjalanan dibuka dan lebih ramai pekerja diperlukan.
“Jadi, dengan adanya kolej seperti Meatech ini memang sangat membantu kerana memudahkan syarikat penerbangan untuk mendapatkan pekerja yang berkemahiran,” kata Kapten Mushafiz yang ditemui pada Majlis Aviation Experience Day anjuran YEG Academy dengan kerjasama Kolej Meatech di Sama-Sama Hotel, Sepang, Selangor baru-baru ini.
Di majlis tersebut kira-kira 1,000 orang bakal pelajar menghadiri program tersebut yang turut memuatkan sesi perkongsian pengalaman bersama felo Kolej Maetech seperti Zarul Umbrella dan juga pekerja-pekerja industri penerbangan.
Selain itu, Kolej dan Pusat Latihan Teknikal Meatech turut menawarkan program diploma untuk pelajar lepasan SPM seperti Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat, Diploma Pengurusan Operasi Penerbangan, Diploma Pengurusan Penerbangan Kargo, Pra Diploma Operasi Penyelenggaraan Pesawat dan Sijil Kemahiran Operasi Penyelenggaraan Pesawat.
Buat anda yang berkelayakan dan ada minat untuk ceburi industri ini bolehlah ikuti program atau kursus yang mereka tawarkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.