Menjadi seorang atlet profesional bukanlah halangan untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik, dan ini dibuktikan oleh penjaga gol Pahang, yang baru-baru ini berjaya menggenggam ijazah sarjana muda.
Muhammad Azfar Arif Mohd Sukri bergelar pemain bola sepak juga graduan sempena Konvokesyen ke-100 Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Aksi Azfar Arif di padang
Penuntut Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi cabang Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian) itu juga penjaga gol kelab Liga Super, Pahang FC berjaya menamatkan pengajian.
“Status sebagai pemain dan penuntut sebenar secara tidak langsung memerlukan menghadiri kelas secara atas talian akibat kekangan masa dan sebagainya.
“Namun itu bukan alasan untuk saya mengambil sikap sambil lewa sebaliknya tetap berusaha mengikuti perkembangan pembelajaran dengan sentiasa menghubungi pensyarah dan kerap bertanya soalan kepada rakan-rakan supaya tidak ketinggalan.
Ads
Dengan jadual latihan yang padat, perlawanan yang kerap, serta keperluan untuk menghadiri kelas dan menyelesaikan tugasan, dia mengakui perjalanan ini tidak mudah, namun komitmen dan disiplin tinggi telah membuahkan hasil.
Menurutnya, sokongan daripada keluarga, rakan sepasukan, serta pasukan pengurusan adalah kunci kejayaan ini.
Ads
Pemain tersebut juga berharap agar pengalamannya ini dapat memberi inspirasi kepada pemain bola sepak muda lain, agar tidak meninggalkan pelajaran walaupun mengejar impian dalam dunia sukan. “Sukan adalah sebahagian daripada kehidupan saya, tetapi pendidikan juga amat penting. Saya ingin membuktikan bahawa kita mampu menguasai kedua-duanya, asalkan ada keazaman dan pengurusan masa yang baik,” katanya dalam temubual.
Kejayaan penjaga gol Pahang ini bukan sahaja menunjukkan potensi untuk mengukir nama dalam dunia bola sepak tetapi juga mengingatkan bahawa pelajaran adalah aset yang berharga.
Kita masih belum menang. Malah kemungkinan besar kita masih jauh lagi untuk mencapai kemenangan secara total. Tapi dengan semangat rakyat Malaysia, kita boleh. MASKULIN sempat menemubual Pengarang Urusan Astro Awani, Ashwad Ismail tentang peranan media dalam menjadi antara senjata utama melawan pandemik global ini.
Media memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan maklumat tepat. Malah tanpa media kita semua mungkin tidak akan dapat sumber sahih atau terpedaya dengan fake news. Dan itu berkemungkinan besar boleh mencetuskan panik.
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu hampir setiap hari kita akan setia menantikan berita terkini di kaca televisyen. Ashwad Ismail menjadi wajah yang muncul hampir setiap hari menemai kita dengan berita-berita sahih terkini tentang penularan Covid-19.
Tapi apakah yang berlaku di sebalik tabir serta apakah pengalaman yang dihadapinya sepanjang krisis ini? Ikuti temubual MASKULIN bersama Ashwad Ismail di bawah.
Boleh terangkan secara ringkas peranan di Astro AWANI dan ceritakan sedikit latar belakang anda dalam dunia penyiaran?
Jawatan saya sekarang ialah sebagai Pengarang Urusan Astro AWANI. Saya bertanggungjawab dalam menguruskan unit Berita dan Hal Ehwal Semasa. Saya bersama Astro AWANI sejak ia ditubuhkan lagi iaitu 13 tahun yang lepas. Pada ketika itu saya bermula sebagai wartawan termuda di dalam pasukan perintis menubuhkan saluran berita 24 jam pertama di Malaysia.
Sepanjang COVID-19, apakah rutin harian di sebalik tugasan dan kehidupan peribadi. Sejauh manakah ia berbeza daripada biasa?
Covid-19 nyata membawa banyak perubahan di dalam kehidupan seharian, cara bekerja dan cara kita mengadaptasi perubahan. Dunia berbicara tentang kelaziman baharu, norma baharu atau new normal. Ini ‘real’. Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan PKP, kita menjadi susah hati.
Lebih perit apabila kita melihat mereka yang selama ini kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Golongan yang bekerja bergaji hari tidak dapat bekerja. Begitu juga peniaga, kedai tidak boleh buka.
Tetapi pada masa yang sama, ia menyerlahkan kekuatan masyarakat kita. Ramai yang cepat mengadaptasi perubahan, ‘pivot’ dengan pantas terutamanya SME mikro. Sebagaui contoh disebabkan PKP mereka pantas dalam mengubah rentak perniagaan secara online.
Sebagai media yang sentiasa di hadapan dalam menyampaikan maklumat dan berita tergempar, apakah cabaran terbesar anda hadapi?
Cabaran terbesar kami sebagai ‘tukang cerita’ ini sama dengan orang lain. Pertama, lebih berwaspada dalam aspek kesihatan . Wartawan secara keseluruhannya berada di lapangan bersama-sama barisan hadapan atau frontliners yang lain. Negara sedang berperang dengan musuh yang tidak kelihatan di mata kasar.
Kedua, ia menyerlahkan keperluan untuk memanfaatkan teknologi dalam penyampaian berita serta operasi di sebaliknya. We are THE multi-platform breaking news channel. Keanjalan setiap petugas media juga sangat membanggakan. Mereka cepat untuk ‘menghadam’ cara yang sesuai untuk menyampaikan maklumat terus kepada masyarakat.
Pada pendapat anda, sejauh manakah peranan media sepanjang PKP dan penularan COVID-19 terutamanya di waktu puncak jumlah kes yang tinggi beberapa bulan lalu?
Falsafah asasnya adalah mudah; when we are at war, we stay united and stay focus. Musuh kita satu – Virus Covid-19. Ini keutamaan kita dalam membuat keputusan editorial. Kita hidangkan segala maklumat segenap aspek daripada penerangan.
Serta menyampaikan penjelasan saintifik mengenai cara memutuskan rantaian virus sehinggalah cara-cara menampan impak Covid-19 di dalam kehidupan seharian termasuk sektor perniagaan. Koordinasi maklumat dan komunikasi adalah nadi dalam menguruskan krisis. Ini bukan sahaja cerita Malaysia, ini cerita musuh tidak kenal sempadan.
Panik merupakan antara musuh yang kita semua takuti sepanjang penularan COVID-19. Namun rakyat Malaysia boleh dikatakan cukup berdisiplin dan tenang. Pada pendapat anda apakah yang menyumbang perkara ini?
Kerana majoriti rakyat Malaysia sentiasa rasional. Masyarakat kita faham tentang kepentingan mengenepikan perbezaan sesama kita dan mencari titik penyatuan untuk melindungi nyawa sesama insan.
Sejauh manakah pandemik ini mengubah perpektif anda yang bertugas sebagai pengamal media?
Pandemik ini menyerlahkan keperluan kita untuk segera berubah. Aspek kesihatan dan ekonomi digital. Kalau sebelum ini kita sekadar berlari-lari anak untuk dalam sektor teknologi. Kita perlu ‘quantum leap’ dan ‘game changer’ sekali gus di hadapan selaku peneraju aspek teknologi serantau.
#KitaJagaKita apakah antara momen yang anda ingat yang cukup memperkasakan rakyat kita dengan tanda pagar ini?
Orang kita sayangkan negara. Semua jadi frontliners.
Saksikan dokufilem ‘Malaysia vs Covid-19’ #kitajagakita pada 12 Sptember 2020 di Astro Ria, AEC, Vinmeen, Hello dan Astro Awani.
Foto: Ashwad Ismail
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mereka adalah wira negara yang bertungkus lumus bekerja siang dan malam demi memastikan kesejahteraan negara ketika wabak COVID-19 sedang mengancam keselamatan kita semua.
Frontliners seperti doktor, jururawat dan petugas kesihatan yang lain menggadaikan segalanya demi negara. Jadi tidak hairanlah mereka merupakan golongan yang paling disayangi bukan sahaja oleh publik di Malaysia tetapi seantero dunia.
Walaupun keadaan sangat terkawal dan diiktiraf sebagai angatra negara terbaik menangani wabak ini, Kementerian Kesihatan Malaysia masih memerlukan bantuan sukarelawan daripada mereka yang mempunyai latar belakang kepakaran perubatan.
Itulah seruan yang telah disambut oleh Dr Shazril Shaharuddin atau dikenali Dr Say. Bermula semalam beliau telah memulakan tugasannya sebagai seorang sukarelawan bersama Mercy Malaysia. Perkara itu dikongsi beliau menerusi hantara di Instagram kendaliannya.
“Setelah puas menunggu, akhirnya hari ni bakal menjadi hari pertama sy memulakan tugas sebagai seorang sukarelawan bersama Mercy Malaysia. Akibat kekecewaan tempoh hari, seorang sahabat menghubungkan sy dengan team Mercy. Awal-awal pun Mercy bagitahu yg mereka tidak memerlukan sukarelawan kerana mereka juga bekerja rapat dengan CPRC @kementeriankesihatanamalaysia.
“Tup tap semalam Mercy Malaysia mesej bertanya “adakah doc masih interested untuk volunteer?” sy reply “SEMESTINYA!” mereka reply balik “esok start” terduduk sy dibuatnya peeps. Sebulan berkulat di rumah tiba-tiba kena start keje arini sedikit terkejut tapi no hal episod 9 The World Of The Married pun keluar hari jumaat nanti maka here i am super excited to be part of the frontliners.”
Dr Say juga mengucapkan terima kasih di atas ucapan dari rakan-rakan serta pengikutnya di Instagram yang memberikan kata-kata semangat.
Dalam satu posting terbaru pula, Dr Say berkongsi bagaimana pengalaman berada di barisan hadapan. Dengan memakai PPE yang lengkap beliau berkongsi pengalaman hari pertama bertugas di Pasar Borong Kuala Lumpur yang kini menjadi lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.
“Perasaan jadi frontliner? Pada awalnya cukup menggusarkan. Sebab kita tak tahu apa yg nak dijangkakan. Bila tiba tadi, beratus orang beratur untuk diambil sampel. Bayangkan selama ni kita tengok & dengar kes-kes COVID di berita sahaja tup tap arini engkau kena swab tekak beratus orang ni yg mungkin salah sorang ni ada wabak maut ni ape perasaan korang? Pulak tu lepas ni nak balik jumpa anak & bini, tak ke menakutkan sekiranya kita terbawak balik COVID ni? Nauzubillahiminzalik
“Akan tetapi sy sangat bertuah dikelilingi team yg cukup supportive & helpful. 1st time sy nampak betapa efficient-nya pegawai kesihatan, polis, tentera, JPA, RELA berinteraksi bersama. Kecuakan sy tadi terus bertukar semangat. Semangat untuk meneruskan hari-hari sukarelawan mendatang. If there is one advice i can give, jangan sesekali pandang remeh COVID ni peeps. Number of cases mungkin dua digit sekarang tapi dari apa yg sy experience tadi dua digit ini tidak akan berkekalan. Stay safe peeps!”
Apabila belajar tentang matematik, sains dan juga fizik, nama-nama besar seperti Isaac Newton, Albert Einstein, Stephen Hawking serta ramai lagi bukanlah sesuatu yang asing.
Kalau dalam Islam sendiri pun, Al khawarizmi cukup terkenal dengan kehebatan matematiknya termasuk memperkenalkan konsep algebra.
Siapa cakap tiada anak Malaysia mampu meletakkan nama setaraf nama-nama besar ini? Meski pun kini sudah memasuki era moden, pembaharuan tetap akan berlaku.
Baru-baru ini tular satu cerita salah seorang Alumni Universiti Kuala Lumpur – Malaysia France Institute (UniKL MFI) yang berjaya mencipta sebuah karya saintifik berinovasi ‘Cooling Performance Index’ atau ‘Fawzal Number’.
Fawzal number ini diambil bersempena nama bapanya iaitu Ahmad Fawzal. Fawzal number (nombor Fawzal) merujuk kepada nisbah pemindahan haba atau kapasiti penyejukan dengan kuasa yang digunakan oleh sesebuah rekabentuk.
Nombor Fawzal ini juga didefinisikan sebagai Fawzal Number bersamaan convective HT dibahagikan dengan penggunaan kuasa dan ia merupakan revolusi baharu dalam kejuruteraan permotoran.
Kongsi sebuah portal, Fawzal number ini pernah diaplikasikan pada sebuah model terpantas yang dihasilkan sebuah syarikat pembuatan supercar terulung di Itali.
Memetik perkongsian Aid, katanya syarikat terulung tersebut telah menggunakan konsep rotor cooling technique untuk sistem penyejukan kedua bagi electric machinemodel keluaran mereka.
Konsep rotor cooling technique cetusan Aid ini antara yang terawal di dunia pernah dicipta bagi electric machine berkuasa tinggi selain beliau turut diberi peluang oleh syarikat tersebut untuk menguji keberkesanannya.
Karya industri ciptaan beliau telah diguna pakai oleh syarikat penaja yang terbukti dapat meningkatkan prestasi produk mereka sebanyak 200% (original continuous performance = 50kW & improved continuous performance = 100kW).
adidas Originals x BAPE Football Collective menyatukan bola sepak dan streetwear global menerusi koleksi epik 2026 yang diinspirasikan era 90-an Jepun serta detik bersejarah Johor Bahru.