Suit Pertama Iron Man Yang Bernilai RM1.7juta Dilapor Hilang

Share

Ini menggemparkan, dalam pada Malaysia sibuk meraikan kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU14, peminat-peminat Siri Marvel di Malaysia mungkin terlepas pandang dengan kehilangan suit penuh Iron Man yang dipakai oleh Robert Downey Jr, sepanjang wataknya sebagai Iron Man.

 

Menerusi News.Com, Pegawai polis di Los Angeles kini sedang mencari dalang yang mencuri persalinan Iron Man asalnya dipakai oleh Robert Downey Jr, di francais Marvel Studios, menurut jurucakap polis. Suit merah dan emas – bernilai $ 431,000 lenyap dari gudang penyimpanan prop di pinggir LA Pacoima antara Februari dan 25 April, tetapi hanya dilaporkan dicuri pada malam Selasa
. Menurut Mental Floss.com, jurucakap LAPD enggan mendedahkan butiran pemilik gudang tersebut dan tidak melaporkan dengan jelas berkenaan jenayah terbabit. Sementara itu, Marvel ada bertanya mengenai kes ini kepada kepada Walt Disney Studios, dan Disney tidak segera bertindak balas dengan komen. Kepada peminat siri Marvel, jangan bersedih hati, sama-sama kita berharap suit itu ditemui semula.

 

 

IKLAN